Quantcast
Channel: PEREKA CERITA
Viewing all 1410 articles
Browse latest View live

BULLETS OVER PETALING STREET

$
0
0


BULLETS OVER PETALING STREET
GENRE: Aksi / Komedi
MULA TAYANGAN: 13 Februari 2014
PENGARAH: Ho Shih Phin, Sampson Yuen
PELAKON: Debbie Goh, Chen Han Wei, Irene Ang, Jeffrey Cheng, Steve Yap



SINOPSIS BULLETS OVER PETALING STREET
Sebuah filem aksi komedi yang mengisahkan seorang pelakon bernama Angel yang secara tidak sengaja terpilih menjadi pemimpin sebuah kumpulan kongsi gelap dalam pilihan raya antara empat buah kumpulan di Jalan Petaling.

Media telah membuat banyak liputan mengenai pemimpin baru kumpulan ini sehingga menyebabkannya terdedah kepada pembunuhan. Ketika dia cuba bersembunyi daripada pembunuh upahan, dia terserempak dengan pemilik restoran Xie Da Xiang yang merupakan bekas teman lelakinya.


VAMPIRE ACADEMY

$
0
0
VAMPIRE ACADEMY
GENRE: Fantasi
MULA TAYANGAN: 13 Februari 2014
PENGARAH: Mark Waters
PELAKON: Zoey Deutch, Lucy Fry, Danila Kozlovsky



SINOPSIS VAMPIRE ACADEMY
Filem arahan Mark Waters ini mengisahkan Rose Hathaway yang merupakan seorang dhampir iaitu separuh manusia, separuh pontianak dilatih untuk menjadi penjaga di Akademi St. Vladimir bersama orang lain sepertinya.

Terdapat Pontianak baik dan juga jahat dalam dunia mereka. Moroi adalah pontianak yang hidup secara aman bersama manusia dan hanya mengambil darah daripada penderma serta mempunyai keupayaan untuk mengawal salah satu daripada empat elemen iaitu air, bumi, api dan udara.

Manakala Strigoi, pontianak yang membunuh untuk menghisap darah manusia. Rose dan penjaga dhamir yang lain ditugaskan untuk melindungi Moroi dan membunuh Strigoi. Bersama sahabat baiknya, Puteri Vasilisa Dragomir, Rose perlu melarikan diri untuk melindungi Lissa daripada bahaya.

ANUGERAH TERINDAH (TV3)

$
0
0
ANUGERAH TERINDAH (TV3)
JUMLAH EPISOD: 15 episod
HARI : Isnin hingga Khamis,
SLOT: Samarinda TV3
MASA: 10.00 - 10.30 malam
PELAKON : Sari Yanti, Fezrul Khan, Syafiq Kyle, Alif Hadi, , Ayda Jebat, Adriana



SINOPSIS ANUGERAH TERINDAH (TV3)













MADU (DOWNLOAD)

$
0
0
MADU (TV3)
MASA: 10 malam
TARIKH: 16 Februari 2014,
SLOT: Festival TV3
PELAKON : Rozita Che Wan, Zamarul Hisham, Shahz Jaszle, Syatilla Melvin



DOWNLOAD MADU (TV3)
BILLIONUPLOAD = DOWNLOAD

SINOPSIS MADU (TV3)

Kisah bermula apabila Anita mempunyai dua orang anak iaitu Shah dan Shima. Anak pertamanya Shah berkerja sebagai pramugara dan Shima pula baru memulakan karier dalam bidang perhubu­ngan awam. Shima selalu bekerja tak tentu masa dan sering kali balik ke rumah lewat malam.


Suami Anita iaitu Mazlan selalu bertugas ­'outstation' menguruskan syarikat landskap dan seni tamannya dan Anita berasa bosan kerana selalu ditinggalkan. Bagaimanapun, hati Anita sedikit terhibur apabila setiap kali pulang daripada bertugas, Shah membawa pulang cenderamata dari luar negara, tetapi selalunya cita rasa Shah tidak menepati kehendak ibunya.


Dalam pada itu, Anita teringin pergi melancong, tetapi dek kerana kesibukan Mazlan, hasrat­nya tidak pernah tertunai. Perniagaan Mazlan pun bukannya selalu berada pada tahap yang bagus. Oleh itu, Anita tidak mahu begitu membebankan Mazlan dengan keinginannya.


Anita yang terus kebosanan tinggal di rumah seorang diri mula mencetuskan idea gilanya. Dia sering melayari Facebook, Instagram, lalu terlihat gambar pramugari ­melancong ke sana sini. Dia minta Shah berkahwin, tetapi Shah pula tak mahu mengahwini seorang pramugari. Lalu Anita mencadangkan Shah mencari madu untuknya dalam kalangan pramugari.


Shah pada mulanya menganggap isterinya tidak serius, tetapi selepas dia melihat kesungguhan Anita, dengan berat hati Shah terpaksa bersetuju. Shah perlu mencari calon yang betul-betul boleh dipercayainya. Ia juga perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Anita. Apabila Shima mendapat tahu, dia naik angin kerana kenapa perlu ada ibu tiri pula.

Selepas lebih kurang dua minggu Mazlan berada di Kuching, dia balik ke rumah. Dia terkejut apabila Shima memberitahu yang Anita sudah memilih calon isteri kedua untuknya dan pada mulanya Mazlan menolak kerana kononnya dia sangat setia serta sayangkan Anita.

Rupa-rupanya Mazlan ada rahsia yang disembunyikan daripada Anita. Untuk mengetahui apakah yang akan berlaku dalam keluarga ini, jangan lupa untuk menyaksikan Madu di TV3, Ahad ini.

SEJOLI - MISI CANTAS CINTA

$
0
0


SEJOLI - MISI CANTAS CINTA
GENRE : Drama / Romantik
TARIKH TAYANGAN: 20 Februari 2014
PENGEDAR: PRIMEWORKS STUDIOS
PENGARAH : Osman Ali
PELAKON : Remy Ishak, Maya Karin, Bront Palarae, Izara Aishah





SINOPSIS SEJOLI - MISI CANTAS CINTA
Filem Sejoli mengisahkan cerita perjalanan Joe (Bront Palarae) ke Phuket setelah hatinya hancur disebabkan ditinggalkan Nita (Izara Aishah). Semasa ke sana, Joe bertemu dengan Gina (Maya Karin) yang turut ke Phuket selepas ditinggalkan kekasihnya Hardy (Remy Ishak).



Selepas berlaku beberapa insiden yang menyatukan mereka, mereka mendapat tahu bahawa mantan kekasih mereka, Nita dan Hardy sedang bercinta.



Mereka berpakat untuk membantu antara satu sama lain bagi melupakan bekas pasangan masing-masing, tapi dalam pada masa yang sama mereka masih gagal untuk melupakan bekas pasangan mereka.


Dan, apabila mereka mendapat tahu yang Nita akan berkahwin dengan Hardy, mereka bercadang untuk merosakkan perkahwinan tersebut sebagai jalan untuk mendapatkan semula bekas pasangan masing-masing.


Pelbagai taktik kotor dilakukan oleh Joe dan Gina dengan harapan hubungan Nita dan Hardy akan berakhir bersama bantuan sahabat baik mereka Lola (Dira Abu Zahar) dan Tompy (Azad Jazmin) sehingga tibanya hari pernikahan Nita dan Hardy.








KAMEN RIDER GAIM (DOWNLOAD)

$
0
0



KAMEN RIDER GAIM
GENRE: Tokusatsu, Anime
PENGARAH: Ryuta Tasaki, Takayuki Shibasaki
PELAKON: Gaku Sano, Yutaka Kobayashi, Mahiro Takasugi, Yuumi Shida, Yuki Kubota



DOWNLOAD KAMEN RIDER GAIM
Kamen Rider Gaim Episod 01 = DOWNLOAD
Kamen Rider Gaim Episod 02 = DOWNLOAD
Kamen Rider Gaim Episod 03 = DOWNLOAD
Kamen Rider Gaim Episod 04 = DOWNLOAD
Kamen Rider Gaim Episod 05 = DOWNLOAD
Kamen Rider Gaim Episod 06 =DOWNLOAD
Kamen Rider Gaim Episod 07 = DOWNLOAD
Kamen Rider Gaim Episod 08 = DOWNLOAD
Kamen Rider Gaim Episod 09 = DOWNLOAD
Kamen Rider Gaim Episod 10 = DOWNLOAD
Kamen Rider Gaim Episod 11 =DOWNLOAD
Kamen Rider Gaim Episod 12 = DOWNLOAD
Kamen Rider Gaim Episod 13 = DOWNLOAD
Kamen Rider Gaim Episod 14 = DOWNLOAD
Kamen Rider Gaim Episod 15 = DOWNLOAD
Kamen Rider Gaim Episod 16 = DOWNLOAD
Kamen Rider Gaim Episod 17 = DOWNLOAD
Kamen Rider Gaim Episod 18 =
Kamen Rider Gaim Episod 19 =
Kamen Rider Gaim Episod 20 =
Kredit: kamen rider indonesia






SINOPSIS KAMEN RIDER GAIM
Dalam kota yang menjadi setting Kamen Rider Gaim, perusahaan Yggdrasil membuat kota tersebut menjadi kota yang terlihat seperti Jokamachi (castle town).



Untuk mengobati rasa bosan akan kehidupan di kota tersebut, para pemuda di kota tersebut berkelompok untuk membuat dance group. Bahkan yang sedang populer saat ini, mereka menggunakan Lockseed yang berisi binatang yang disebut Invase yang menurut kabar berasal dari dimensi lain.




Akan tetapi saat trend ini semakin populer. Tercipta sebuah retakan yang menjadi pintu masuk para monster untuk memasuki kota.

Kota Sakuraba adalah orang yang memutuskan untuk berhenti menjadi dancer, dan bekerja layaknya pegawai biasa untuk membantu kakaknya, tiba2 saja dia terpilih untuk menggunakan Sengoku Driver dan menggunakan Lockseed yang istimewa untuk berubah menjadi Kamen Rider Gaim. Dan membasmi para monster yang bermunculan

SUAMIKU JURURAWAT (TV3)

$
0
0


SUAMIKU JURURAWAT (TV3)
TARIKH: : 23 Februari 2014
GENRE : Keluarga / Komedi
HARI : Setiap hari Ahad
MASA: 10.30
PELAKON: Tomok (Mikail), Yana Samsudin (Dr.Suriati), Shima Anuar, Sheera Iskandar, Mustafa Kamal, Angeline Tan






SINOPSIS SUAMIKU JURURAWAT (TV3)
mengisahkan Mikhail anak tunggal Haji Abdul. Bapanya seorang tukang kebun di kediaman Dato' Shahrizal dan Datin Ila. Mikhail bercita-cita menjadi seorang doktor. Oleh kerana keputusan SPM Mikhail tidak memuaskan, Mikhail hanya mampu belajar dalam bidang kejururawatan saja. Setelah menjadi pelajar jururawat, bapa Mikhail meninggal dunia. Dato' Shahrizal nekad mengambil Mikhail sebagai anak angkat dan tinggal sebumbung bersamanya. Dato' Shahrizal sangat menyayangi Mikhail sehingga Datin Ila mencemburuinya.











THE MONUMENTS MEN

$
0
0



THE MONUMENTS MEN
GENRE: Drama
MULA TAYANGAN: 20 Februari 2014
PENGARAH: George Clooney
PELAKON: George Clooney, Cate Blanchett, Matt Damon, John Goodman, Bill Murray, Hugh Bonneville, Jean Dujardin





SINOPSIS THE MONUMENTS MEN

Berdasarkan buku "The Monuments Men": Allied Heroes, Nazi Thieves And The Greatest Treasure Hunt In History daripada Robert M. Edsel, filem ini sangat menitikberatkan tentang cerita monumen, seni halus dan program arkib, kumpulan Allied, dan diberi tugasan untuk menyimpan lukisan dan seni warisan penting yang lain sebelum berlakunya kemusnahan oleh Hitler sewaktu Perang Dunia ke 2.





PASAR MALAM

$
0
0



PASAR MALAM
GENRE : Komedi / Drama
MULA TAYANGAN: 20 Februari 2014
PENGARAH: Bryan Gao
PELAKON: Victor Wong, Henry Thia, Chris Tong, James Wong





SINOPSIS PASAR MALAM
"Pasar Malam" adalah sebuah filem komedi drama mengisahkan Chu Yi, seorang penjual tofu di kampung yang bercita-cita untuk berjaya dalam kariernya.


Dia telah bekerjasama dengan Angry Bird dan berpindah ke bandar untuk menjual tofu mereka di pasar malam. Namun Chu Yi sering dibuli oleh pesaingnya, Wan Ji You.

Bagi menyelamatkan perniagaannya, abang Chu Yi, Chu Jiu merancang untuk mencari 'rahsia' yang digunakan oleh Wan Ji You dalam resepinya.




SNOWPIERCER

$
0
0



SNOWPIERCER
GENRE: Aksi / Drama / Fiksyen Sains
MULA TAYANGAN : 20 Februari 2014
BAHASA: English / Korean
PENGARAH : Joon-ho Bong
PELAKON : Chris Evans, Song Kang-ho, Go Ah-sung, Jamie Bell, John Hurt, Tilda Swinton, Octavia Spencer, Ed Harris



SINOPSIS SNOWPIERCER
Filem ini menceritakan tentang masa depan di mana satu eksperimen terkawal untuk menghentikan pemanasan global telah menyebabkan berlakunya kecairan ais yang telah mengorbankan hampir semua kehidupan di planet ini.


Satu-satunya mangsa yang teselamat adalah penduduk dari 'Snowpiercer'. Lama kelamaan sistem kasta berkembang di kereta di kereta api itu, dengan golongan elit duduk di barisan hadapan manakala penduduk miskin duduk di belakang kereta api.


Bosan dengan syarat-syarat itu, mereka meberontak dan cuba untuk merampas kereta api itu yang mana pada masa itu golongan atasan di anggap suci.

PHILOMENA

$
0
0


PHILOMENA
GENRE: Drama
MULA TAYANGAN: 20 Februari 2014
PENGARAH: Stephen Frears
PELAKON : Judi Dench, Steve Coogan



SINOPSIS PHILOMENA
Sebuah filem drama komedi arahan Stephen Frears berdasarkan buku tulisan Martin Sixsmith, "The Lost Child Of Philomena Lee". Filem ini merupakan kisah benar mengenai Philomena Lee yang mencari anak lelakinya selepas terpisah 50 tahun lalu.

Philomena Lee pernah melahirkan seorang bayi lelaki di Ireland, tetapi disebabkan dia tidak berkahwin, dia dipaksa memberi anaknya untuk dijadikan anak angkat. Wartawan Sixsmith telah bertemu Philomena Lee bagi menyiasat dan membantu mencari anak lelakinya itu.

FEAR FACTOR SELEBRITI MUSIM 2 (ASTRO RIA)

$
0
0


FEAR FACTOR SELEBRITI MALAYSIA MUSIM 2 (ASTRO RIA)
MULAI: 15 February 2014
SALURAN: Astro Ria (104) dan Mustika HD (134)
EPISOD : 13 Episod
HARI: setiap Sabtu,
MASA: 9 malam
SELEBRITI:





SINOPSIS FEAR FACTOR SELEBRITI MUSIM 2 (ASTRO RIA)
Fear Factor Malaysia Musim Kedua yang akan menampilkan 39 cabaran dan 16 pasukan yang akan merebut RM320,000. Siapakah bakal menampilkan persembahan terhebat musim ini?


Musim terbaharu 'Fear Factor Malaysia' kembali! Menariknya kali ini, selain penglibatan peminat berpasangan dengan selebriti popular, program yan diadaptasi daripada format program popular antarabangsa ini mencabar para peserta memakan makanan pelik-pelik.


Justeru bagi memastikan tidak berlaku sebarang isu atau kontroversi, pihak Astro menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi memastikan makanan-makanan pelik tersebut tidak dipertikaikan status halalnya.


"Walaupun program 'Fear Factor' di negara luar memberikan cabaran ngeri dengan meminta peserta makan makanan yang luar biasa, tapi kita pula tidak lah nak boleh begitu.


"Sebaliknya sebagai langkah berjaga-jaga, pihak kami menjalinkan kerjasama dengan Jakim untuk memastikan cabaran memakan makanan pelik itu adalah halal," katanya.


Sebanyak 16 pasangan peserta telah dibahagikan kepada dua kumpulan di mana setiap pasangan terdiri daripada seorang selebriti dan peminat.



Kumpulan A menampilkan Ungku Ismail dan Fify, Syed Ali dan Tatt, Norman Hakim dan Zarina, Nas-T dan Kairul, Ryzal Jaafar dan Sam, Sari Yanti dan Anbia, Dira Abu Zahar dan Azura serta Erin Malek dan Redha.



Kumpulan B pula terdiri daripada Izzue Islam dan Emri, Shuib (Sepahtu) dan Zakaria, Bambang Soteto dan Faisal, Shah Iskandar dan Kartini, Yana Samsudin dan Janice, Azura Zainal dan Rachel serta Thanuja dan Joy.



"Pada setiap minggu, Kumpulan A dan B akan menempuh cabaran dan proses penyingkiran turut dilakukan pada setiap minggu.


"Ini bermakna para penonton hanya dapat menyaksikan peserta Kumpulan A pada minggu pertama manakala peserta daripada kumpulan B boleh ditonton pada minggu berikutnya sehinggalah ke peringkat akhir,"











BEIJING LOVE STORY

$
0
0
BEIJING LOVE STORY
GENRE: Drama / Romantik
MULA TAYANGAN: 20 Februari 2014
PENGARAH: Chen Sicheng
PELAKON: Chen Sicheng, Carina Lau, Tony Leung Ka-fai, Tong Liya, Nan Yu



SINOPSIS BEIJING LOVE STORY
Filem arahan Chen Sicheng, "Beijing Love Story" merupakan 'spin off' daripada sebuah drama bersiri televisyen popular dengan tajuk yang sama.

Dilakonkan oleh Chen, Carina Lau, Tony Leung, Tony Liya, Yu Nan, Wang Xue-Bing dan ramai lagi, filem ini mengisahkan lima pasangan yang telah diperkenalkan secara tidak sengaja.

Kisah hubungan mereka telah menghasilkan sebuah kisah kehidupan yang sempurna.

POMPEII

$
0
0



POMPEII
GENRE: Aksi / Pengembaraan / Drama
MULA TAYANGAN: 20 Februari 2014
PENGARAH: Paul W. S. Anderson
PELAKON: Kit Harington, Emily Browning, Kiefer Sutherland, Jared Harris, Jessica Lucas






SINOPSIS POMPEII
Beberapa hari sebelum tercetusnya letusan gunung berapi, Mt. Vesuvius seorang hamba yang bekerja di atas kapal telah menuju ke Naples untuk menyelamatkan wanita yang dicintainya dan kawan baiknya yang terperangkap di dalam koliseum.







MISAH TARZAN HAJAR RUNCIT (TV9)

$
0
0
MISAH TARZAN HAJAR RUNCIT (TV9)
SLOT: Skrin di 9
HARI: isnin
MASA: 8:30 malam
GENRE: Komedi
TARIKH: 24 Februari 2014
PENGARAH: Azmi Hata
OST : Pencuri Mark Adam
PELAKON: Ammar Asyraf, Nad Zainal, Ika Nabila, Hafeez Mikail, Mak Engku, Katy Azean




SINOPSIS MISAH TARZAN HAJAR RUNCIT (TV9)












DIARI 3G (TV1)

$
0
0
DIARI 3G (TV1)
MULAI: 24 Februari ,
HARI: setiap Isnin hingga Khamis,
MASA: 3.05 petang di TV1.
JUMLAH EPISOD: 13 episod
SLOT: Cindai.
PELAKON: Mimie Farha, Syamiera Farha, Yaya Maembong, Ieda Moin, Salina Saibi dan Ako Mustafa,




SINOPSIS DIARI 3G (TV1)
Didi, Jaja dan Mimi gembira kerana telah berakhir zaman persekolahan menengah mereka. Tiga sahabat ini telah merancang untuk meraikannya. Masing-masing telah menulis impian mereka di dalam diari yang sememangnya dijadikan simbolik persahabatan mereka. Impian yang tertulis di dalam dari mereka ialah untuk pergi bercuti ke Pulau Langkawi bersama-sama. Namun menjadi sebaliknya, apabila rancangan mereka tidak diterima keluarga. Keluarga masing-masing telah mempunyai perancangan mereka sendiri.

Kisahnya berkembang dengan watak Didi telah disuruh ibubapanya untuk mengambil lesen memandu walaupun Didi mengakui dia punya sifat darah gemuruh. Mimi yang chubby pula telah di suruh Molly mengikuti kelas gym dan diet seimbang biarpun Mimi sebenarnya adalah seorang pemakan. Jaja pula telah di suruh Raikal, abangnya untuk bekerja di restoran sedangkan Jaja langsung tidak berminat dan punya sifat kurang sabar. Akhirnya mereka terpaksa bersetuju biarpun masing-masing sebenarnya tidak sukakannya.

Masing-masing mula merealisasikan apa yang telah ditetapkan oleh keluarga masing-masing. Permulaan yang sukar dan mencabar namun tetap diharungi. Ragam tiga sahabat ini mula kelihatan di mana, Jaja telah bergaduh dengan pelanggan dek kerana sifat kurang sabarnya. Mimi pula tidak dapat terima dirinya yang dipaksa diet, namun tetap curi-curi untuk mengambil makanan ringan. Manakala konflik Didi kelihatan baru bermula. Dia yang terpaksa berhadapan dengan Encik Ben guru memandu yang terlebih memberi perhatian pada dirinya.

Didi menghadapi masalah dengan Encik Ben yang semakin hari, semakin dilihat cuba menguratnya. Didi tidak selesa. Didi mula fobia dan tidak mahu ke kelas memandunya. Atas bantuan kawan-kawannya, masalah Encik Ben dapat diselesaikan.

Jaja telah bergaduh dengan pelanggan restorannya. Pelanggan restoran tersebut mahu melaporkannya kepada Raikal. Jaja yang baran tetap tidak mahu putus asa dan mengaku kalah. Didi dan Mimi mula cari jalan supaya keadaan tidak menjadi keruh. Mereka akhirnya telah menghadiahkan Jaja buku mengawal emosi. Mereka mula memancing Jaja dengan perhitungan yang dibuat. Jaja akan diberi ganjaran shopping kegemarannya jika dia dapat mengawal emosinya dalam masa seminggu sahaja.

Mimi telah jatuh pengsan. Doktor telah memaklumkan mengenai Mimi yang punya masalah kolestrol. Mimi disarankan makan dengan betul dan punya zat. Ini bereti dia terpaksa diet seperti yang dimahukan Molly.

Molly, kakak Mimi telah berkenalan dengan Hadif, lelaki yang jauh lebih muda darinya. Molly jatuh cinta dengan Hadif sehingga membuatnya dia gila bayang. Molly mula buang tabiat, make over dirinya menjadi orang muda supaya dilihat sama taraf dengan Hadif. Semua terkejut dengan perubahan drastik Molly terutama Raikal, abang Jaja yang bermusuh dengannya.

Encik Malek, ayah Didi telah punya teman wanita baru. Didi terasa hati kerana salah satu impiannya adalah untuk melihat kedua ibu bapanya kembali bersama. Akhirnya, Didi disaran kawan-kawan supaya make over kan ibunya Linda supaya Encik Malek jatuh hati semula. Linda yang tahu mengenai kekasih Malek tetap nak bersaing. Rupanya Puan Linda pun berjaya kenal seorang lelaki baru. Didi Redha impian tak jadi kenyataan.

Jaja yang kaki shopping telah menghabiskan wang gajinya untuk pembelian online. Akhirnya Jaja tidak sengaja tergunakan wang restoran. Jaja mula panik untuk menggantikannya dan bimbang Raikal akan dapat tahu.

Didi dan Mimi mula berkenalan dengan Airil yang juga salah seorang pelanggan di gym tempat Didi berlatih. Didi dan Mimi masing-masing jatuh cinta pada Airil. Masing-masing guna cara sendiri untuk memikat Airil. Didi yang tak pernah mendaftar di gym terus dapat buat perkara tersebut. Akhirnya Didi dan Mimi telah bermasam muka kerana rebutkan seorang lelaki…

Molly dikunjungi hadiah dari peminat misteri. Molly yang mula fobia setelah ditipu Hadif dulu mula berhati-hati dan serik. Akhirnya, Mimi yang risaukan kakaknya, bercadang untuk melakukan penyiasatan ke atas peminat misteri tersebut. Mimi dan kawan-kawan terkejut apabila mendapat tahu identiti sebenar peminat misteri itu…

Julia dari agensi modeling tealh mencari model majalah keluaran syarikatnya. Dia telah menyuruh 3 sahabat ini mencuba nasib. Jaja yang sememangnya berminat dan sangat teruja tidak mahu lepaskan peluang. Rupa-rupanya Didi pun berminat. Semua terkejut apabila Didi telah dipilih dalam ujibakat tersebut. Didi mula dilanda dilema kerana Jaja mula terasa hati dan merajuk.

Adakah mereka bertiga telah berjaya melaksanakan rancangan keluarga mereka dengan jayanya? Saksikan kesudahannya hanya di TV1.

KRISTAL MAYA (TV3)

$
0
0



KRISTAL MAYA (TV3)
SLOT: Samarinda TV3
HARI: ISNIN hingga RABU
MASA : 10pm - 11pm
PELAKON : Amyra Rosli, Elly Mazlein, Ryzal Jaafar, Erry Putra, Syatilla Melvin, Amar Baharin
MENGGANTIKAN DRAMA : MIRANDA (TV3)



SINOPSIS KRISTAL MAYA (TV3)











THE FULL SUN

$
0
0


THE FULL SUN / BEYOND THE CLOUDS
MULA TAYANGAN : 17 February 2014
PELAKON: Yoon Kye-Sang, Han Ji-Hye, Cho Jin-Woong, Kim Yoo-Ri





SINOPSIS THE FULL SUN / BEYOND THE CLOUDS

Jung Se-Ro (Yoon Kye-Sang) telahpun kehilangan bapa dan kehidupannya telah dimusnahkan oleh satu kes pembunuhan di Thailand yang juga terlibat dalam pencurian berlian. Selepas kejadian itu, Jung Se-Ro terpaksa menipu mengenai identitinya. Park Gang-Jae (Cho Jin-Woong) adalah rakan kongsi dalam jenayah dan mereka rapat seperti saudara.

Jung Se-Ro kemudian jatuh cinta dengan seorang wanita yang bernama Han Young-Won. Tunangnya meninggal dunia kerana Jung Se-Ro.





SAVING MR BANKS

$
0
0


SAVING MR BANKS
GENRE: Drama
MULA TAYANGAN: 20 Februari 2014
PENGEDAR: WALT DISNEY PICTURES
PENGARAH: John Lee Hancock
PELAKON: Tom Hanks, Emma Thompson, Colin Farrell, Paul Giamatti, Jason Schwartzman, B. J. Novak, Ruth Wilson



SINOPSIS SAVING MR BANKS
"Saving Mr. Banks" ialah sebuah filem biografi drama tentang produksi filem popular Walt Disney Studios, "Mary Poppins", pada tahun 1964. Filem ini dibintangi Tom Hanks sebagai Walt Disney dan Emma Thompson sebagai penulis P.L. Travers.


Fokus filem ini ialah hidup Travers, berulang-alik antara 1907, zaman kanak-kanaknya di Queensland, Australia, perundingan dengan Walt Disney dan proses penghasilan Mary Poppins pada era 1960-an.

Semasa Travers berada di California untuk penggambaran, dia terfikir tentang zaman kanak-kanaknya yang sukar di Australia, terutamanya ayah Travers, inspirasi untuk watak ayah dalam cerita tersebut, Mr. Banks.

AKU AKAN MUNCUL

$
0
0


AKU AKAN MUNCUL
GENRE: Ngeri / Drama
MULA TAYANGAN: 27 Februari 2014
PENGARAH: Krishnan Roy
PELAKON: Julia Ziegler, Musly Ramlee, Jalaluddin Hassan











SINOPSIS AKU AKAN MUNCUL
Filem arahan Krishnan Roy ini mengisahkan tentang sumpahan kesuma yang berlarutan selama puluhan tahun. Ianya berlaku kerana kesuma mahu menjadi wanita paling cantik di kampungnya. Ia dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Aiman Hakim, Izara Aishah, Maimon Mutalib, Sheila Mambo, Aida Aris dan ramai lagi.

Viewing all 1410 articles
Browse latest View live