Quantcast
Channel: PEREKA CERITA
Viewing all 1410 articles
Browse latest View live

KAMEN RIDER GAIM (DOWNLOAD)

$
0
0



KAMEN RIDER GAIM
GENRE: Tokusatsu, Anime
PENGARAH: Ryuta Tasaki, Takayuki Shibasaki
PELAKON: Gaku Sano, Yutaka Kobayashi, Mahiro Takasugi, Yuumi Shida, Yuki Kubota



DOWNLOAD KAMEN RIDER GAIM
Kamen Rider Gaim Episod 01 = DOWNLOAD
Kamen Rider Gaim Episod 02 = DOWNLOAD
Kamen Rider Gaim Episod 03 = DOWNLOAD
Kamen Rider Gaim Episod 04 = DOWNLOAD
Kamen Rider Gaim Episod 05 = DOWNLOAD
Kamen Rider Gaim Episod 06 =DOWNLOAD
Kamen Rider Gaim Episod 07 = DOWNLOAD
Kamen Rider Gaim Episod 08 = DOWNLOAD
Kamen Rider Gaim Episod 09 = DOWNLOAD
Kamen Rider Gaim Episod 10 = DOWNLOAD
Kamen Rider Gaim Episod 11 =DOWNLOAD
Kamen Rider Gaim Episod 12 = DOWNLOAD
Kamen Rider Gaim Episod 13 = DOWNLOAD
Kamen Rider Gaim Episod 14 = DOWNLOAD
Kamen Rider Gaim Episod 15 = DOWNLOAD
Kamen Rider Gaim Episod 16 = DOWNLOAD
Kamen Rider Gaim Episod 17 =
Kamen Rider Gaim Episod 18 =
Kamen Rider Gaim Episod 19 =
Kamen Rider Gaim Episod 20 =
Kredit: kamen rider indonesia






SINOPSIS KAMEN RIDER GAIM
Dalam kota yang menjadi setting Kamen Rider Gaim, perusahaan Yggdrasil membuat kota tersebut menjadi kota yang terlihat seperti Jokamachi (castle town).



Untuk mengobati rasa bosan akan kehidupan di kota tersebut, para pemuda di kota tersebut berkelompok untuk membuat dance group. Bahkan yang sedang populer saat ini, mereka menggunakan Lockseed yang berisi binatang yang disebut Invase yang menurut kabar berasal dari dimensi lain.




Akan tetapi saat trend ini semakin populer. Tercipta sebuah retakan yang menjadi pintu masuk para monster untuk memasuki kota.

Kota Sakuraba adalah orang yang memutuskan untuk berhenti menjadi dancer, dan bekerja layaknya pegawai biasa untuk membantu kakaknya, tiba2 saja dia terpilih untuk menggunakan Sengoku Driver dan menggunakan Lockseed yang istimewa untuk berubah menjadi Kamen Rider Gaim. Dan membasmi para monster yang bermunculan


THE LEGO MOVIE

$
0
0



THE LEGO MOVIE
GENRE: Aksi / Komedi
MULA TAYANGAN: 6 Februari 2014
PENGARAH: Chris McKay, Chris Miller, Phil Lord
PELAKON: Chris Pratt, Will Arnett, Channing Tatum, Elizabeth Banks, Morgan Freeman, Alison Brie, Will Ferrell



SINOPSIS THE LEGO MOVIE
Emmet, satu patung mini LEGO biasa, patuh pada undang-undang dan sederhana terlibat dalam kes salah identiti. Dia dikenali sebagai patung yang paling luar biasa dan kunci untuk menyelamatkan dunia. Dia direkrut ke dalam kumpulan orang yang tak dikenali dalam perjalanan menghentikan orang zalim.


Emmet tiada sebarang persediaan untuk perjalanan tersebut dan ini menjadikan proses tersebut lawak dan tiada harapan.

MIRANDA (DOWNLOAD)

$
0
0



MIRANDA (TV3)
PENGARAH : MURALI ABDULLAH
EPISOD : 15 EPISOD
HARI: ISNIN hingga RABU
MASA : 10pm - 11pm
MULAI :
PELAKON : Dazrin, Fasha, Zila Bakarin dan Mardiana Alwi
MENGGANTIKAN DRAMA : ISTIDRAJ CINTA



DOWNLOAD MIRANDA (TV3)
Miranda Episod 01 = DOWNLOAD
Miranda Episod 02 =
Miranda Episod 03 =
Miranda Episod 04 =
Miranda Episod 05 =
Miranda Episod 06 =
Miranda Episod 07 =
Miranda Episod 08 =
Miranda Episod 09 =
Miranda Episod 10 =
Miranda Episod 11 =
Miranda Episod 12 =



SINOPSIS MIRANDA (TV3)


rama ini mengisahkan Miranda yang melarikan diri ke Kuala Lumpur selepas memutuskan pertunangan dengan Izwan iaitu pemuda pilihan ibu tirinya, Salimah.

Izwan cuba merogol Miranda tetapi Salimah tidak percaya dan menganggap Miranda cuba memfitnah Izwan. Malah Salimah memaksa Miranda dengan Izwan bernikah secepat mungkin namun Izwan acuh tak acuh malah lebih kerap mahu mengambil kesempatan terhadap Miranda.

Miranda kemudian menumpang di rumah bapa saudaranya Datuk Shukri buat seketika. Namun, kemunculannya mengejutkan anak-anak Shukri iaitu Ammar dan Melly. Isterinya, Datin Rina walaupun tidak senang dengan kedatangan Miranda, dia tidak menunjukkan perasaannya tetapi selalu mempersoalkan kepada Shukri.

Akhirnya Rina menghalau Miranda dari rumah mereka dan merahsiakan perkara itu daripada Shukri. Dia pura-pura kesal kerana menunjukkan rasa tidak suka kepada Miranda. Selepas keluar dari rumah Shukri, Miranda menumpang pula di rumah rakannya, Mazita yang bekerja di stesen minyak.

Dengan pertolongan Mazita, Miranda berjaya mendapatkan pekerjaan di situ. Bagaimanapun, Shukri berjaya menemuinya di situ manakala Izwan terus mencarinya

GOLDEN CHICKENESS

$
0
0
GOLDEN CHICKENESS
GENRE: Komedi
MULA TAYANGAN: 6 Februari 2014
PENGARAH: Matt Chow
PELAKON: Sandra Ng, Louis Koo, Michelle Chen



SINOPSIS GOLDEN CHICKENESS
"Golden Chickensss" adalah filem ketiga daripada siri "Golden Chicken" yang pertama kali ditayangkan pada tahun 2002. Filem komedi ini mengisahkan Kam (Sandra Ng), seorang bekas pelacur yang pernah menjadi saksi kepada beberapa kejadian penting di Hong Kong semenjak dia mula bekerja ketika berusia 16 tahun.

Kini Kam menjadi seorang mamasan (ibu ayam) yang menguruskan pelacur kelas atas serta menganjurkan parti untuk lelaki kaya. Dalam filem kali ini, Kam akan membantu seorang bekas gengster, Gordon untuk menyesuaikan diri dan membina kehidupan baru selepas dibebaskan dari penjara.

FULL HOUSE (DOWNLOAD)

$
0
0


FULL HOUSE (TV3)
PELAKON: Richard Gutierrez, Heart Evangelista, Isabel Oli, Patrick Garcia



DOWNLOAD FULL HOUSE (TV3)
Full House Episod 01 = DOWNLOAD
Full House Episod 02 = DOWNLOAD
Full House Episod 03 = DOWNLOAD
Full House Episod 04 = DOWNLOAD
Full House Episod 05 = DOWNLOAD
Full House Episod 06 = DOWNLOAD
Full House Episod 07 =
Full House Episod 08 =
Full House Episod 09 =
Full House Episod 10 =
Full House Episod 11 =
Full House Episod 12 =
Full House Episod 13 =
Full House Episod 14 =
Full House Episod 15 =
Full House Episod 16 =
Kredit: dfm2u, kepalabergetar, fmt, tonton, malaymoviemy, FB pereka cerita


SINOPSIS FULL HOUSE (TV3)
Full House adalah Philippine drama adaptasi daripada Korean drama. Jessie merupakan seorang penulis novel internet yang tinggal bersendirian selepas kedua ibu bapanya meninggal dunia akibat kemalangan di sebuah rumah agam yang diberi nama Full House, yang telah dibina oleh ayahnya.



Manakala Justin Lazatin pula merupakan seorang pelakon terkenal. Justin Lazatin menggambarkan sikap sombong dan kasar, tetapi dalam masa yang sama merupakan seorang lelaki yang menyimpan rasa cinta terhadap rakan sepermainannya iaitu seorang pereka fesyen yang juga merupakan pereka pakaian. Justin Lazatin tidak mempunyai keberanian untuk meluahkan perasaannya apatah lagi mengetahui orang yang dicintai itu menyimpan perasaan kepada orang lain yang juga merupakan rakan mereka.

Jessie telah ditipu oleh dua orang rakannya, dimana Full House telah dijual dan secara kebetulan pembelinya ialah Justin Lazatin. Kedua mereka berhadapan dengan masalah yang tidak mereka duga. Pada masa yang sama, Justin Lazatin sedang berhadapan dengan gosip-gosip yang menyebabkan imejnya jatuh. Bagi memperbaiki imejnya semula Justin Lazatin telah membuat perjanjian berkontrak dengan Jessie iaitu perkahwinan kontrak, yang mana dalam perjanjian tersebut mereka akan bercerai dalam masa 6 bulan. melalui perjanjian tersebut sebagai balasanya, Jessie perlu melakukan tugas-tugas membersihkan rumah, memasak dan sebagainya dan Justin Lazatin akan mengembalikan rumah tersebut selepas tamat tempoh kontrak..

Walaupun perasaan tidak suka antara sama lain wujud dalam diri masing-masing, Jessie dan Justin Lazatin terpaksa tinggal bersama bagi memenuhi kontrak yang telah dibuat. Tetapi keadaan mula berubah apabila Jessie mendapati dirinya mula menyedari akan perasaannya terhadap Justin Lazatin mula berubah apabila melihat keadaan Justin Lazatin yang sering mengejar akan cinta yang tidak berbalas, ini menyebabkan Jessie merasakan kesukaran untuk dirinya meneruskan kontrak tersebut. Manakala MH yang telah menjadi penerbit bagi novel-novel Jessie pula mula menaruh perasaan kepada Jessie yang mana merupakan 'Isteri' kepada sahabatnya.

CINTA PANDANG KE-2 (DOWNLOAD)

$
0
0


CINTA PANDANG KE-2
SLOT: Aurora di TV9.
HARI: Setiap Khamis,
MASA: 8.30 Malam
TARIKH: Akan Datang
PELAKON: Izara Aishah, Dazrin Kamarudin, Maria Farida, Ridzuan Hashim, Norman Hakim, Erynne Erynna, Along Eyzendy, Amira Rosli, Abby Nour,



DOWNLOAD CINTA PANDANG KE 2
Cinta Pandang Ke 2 Episod 01  = DOWNLOAD
Cinta Pandang Ke 2 Episod 02  = DOWNLOAD
Cinta Pandang Ke 2 Episod 03  = DOWNLOAD
Cinta Pandang Ke 2 Episod 04  = DOWNLOAD
Cinta Pandang Ke 2 Episod 05  = DOWNLOAD
Cinta Pandang Ke 2 Episod 06  = DOWNLOAD
Cinta Pandang Ke 2 Episod 07  = DOWNLOAD
Cinta Pandang Ke 2 Episod 08  = DOWNLOAD
Cinta Pandang Ke 2 Episod 09  = DOWNLOAD - TONTONonline
Cinta Pandang Ke 2 Episod 10  =
Cinta Pandang Ke 2 Episod 11  =
Cinta Pandang Ke 2 Episod 12  =
Cinta Pandang Ke 2 Episod 13  =
Kredit: dfm2u, kepalabergetar, fmt, tonton, malaymoviemy, FB pereka cerita


mari ramai ramai like fanpage facebook perekacerita - http://www.facebook.com/likeperekacerita


SINOPSIS NOVEL CINTA PANDANG KE-2
"Dahlah gemuk macam gajah, garang pulak macam singa! Patut tak payah pergi sekolah, duduk saja dalam hutan!" Zairul Hasmat memang meluat dengan Ainnur Azleen. Walaupun mereka berdua sekelas, tetapi tidak pernah sebulu. Ada saja sikap Ainnur yang menjengkelkan hatinya.

Di sekolah, Zairul "prince charming" sedangkan Ainnur si Ugly Betty. Beza mereka macam langit dengan bumi! Disebabkan badan saiz XXL, Ainnur hanya mampu memuja Zairul dalam diam. Zairul pula memang seronok menyakat. Tidak sudah-sudah mengejek Ainnur menyebabkan Ainnur berasa hati lalu nekad bertukar sekolah.

Setelah bertahun lamanya masa berlalu....

Ainnur bertemu semula dengan Zairul di dalam sebuah syarikat. Dia menjadi ketua di bahagian itu manakala Zairul hanyalah sebagai budak penghantar surat.

Zairul tidak tahu bahawa gadis cantik yang menjadi bosnya itu adalah Ainnur Azleen yang pernah dikutuk dan dicaci suatu waktu dulu. Pertama kali berjumpa, dia terus jatuh cinta! Sanggup berkorban jiwa dan raga.

Aha, Ainnur mendapat idea! Inilah masanya untuk dia membalas dendam lama.

-----------------------------------------------------------------------------------------------





SINOPSIS DETAIL CINTA PANDANG KE-2

Di sini ZAIRUL HASMAT, seorang mat despatch mencari cinta dan harga diri yang telah hilang. Dia merantau hingga ke Tokyo untuk mengembalikan harga sebuah kepercayaan yang telah dikhianati. Namun kepulangannya tidak juga berjaya melupakan semua yang telah ditinggalkan.Bayangan kenakalan silam yang merobek hati seorang ayah bersama cinta pertama kepada gadis gemuk yang dilukakan hatinya telah menjadikan dia manusia yang hidup dalam bayang-bayang silam.

Sumpahan cinta pertama menghantui dirinya walau dikelilingi ramai wanita jelita.

Katanya "Lelaki kalau hendak memikat, modalnya air liur saja.”

Katanya lagi "Seorang playboy mesti patuh pada undang-undangnya sendiri." Lalu dia belajar untuk bahagia tanpa CINTA dan DIA.




Untuk mengembalikan maruahnya, dia berjanji akan dapat berdikari dan menimba pengalaman mengendalikan syarikat dengan caranya sendiri. Lalu dia mengambil keputusan menjadi seorang mat despatch di syarikat ayahnya sendiri tanpa pengetahuan sesiapa. Banyak cabaran yang dihadapinya tetapi dia tetap mengentalkan semangat demi membuktikan yang dia juga boleh berjaya tanpa perlu duduk di kerusi empuk.

Di sana AINNUR AZLEEN, seorang gadis naif mencari cinta dan harga diri yang telah hilang. Kegagalan cinta pertama membuatkan dia serik untuk jatuh cinta lagi. Tetapi cinta itu tetap mengundang tanpa pamitan salam. Cinta kedua rupanya juga membawa kecundang. Ke Newcastle jauh dia membawa hati nan lara.


Katanya "Melihat si dia berbahagia, hatinya sudah berlagu ria."
Katanya lagi " DIA dan CINTA tidak akan ada titik pertemuannya. DIA dan CINTA tidak akan ada jodoh bersama." Lalu dia belajar untuk bahagia tanpa CINTA dan DIA.

Bukan senang hidup sendiri di perantauan untuk melupakan kenangan pahit dicabul oleh insan yang sangat dipercayai. Siapa menyangka, lelaki yang menjawat jawatan pensyarah telah merobek kepercayaan. Hanya kerana satu kesilapan, dia hampir hilang segala-galanya. Puas dia merayu supaya diperisterikan lelaki durjana itu, tetapi nyata jodohnya dengan lelaki itu tidak ada.

Forgive and forget. Dia belajar untuk memaafkan diri sendiri untuk melupakan kisah silam yang menyakitkan. Lalu anak tunggal yang patuh kepada ibunya ini berjanji akan menjadi anak yang taat. Dia menjadi bos Zairul di pejabat.

Seorang ke Tokyo dan seorang ke Newcastle. Masing-masing ada cerita sendiri.Masing-masing ada hidup sendiri. Selepas berbelas-belas tahun rupanya mereka bertemu kembali di bawah satu bumbung yang sama. Di situlah segala yang disimpan tersingkap perlahan-lahan. Zairul Hasmat bertemu kembali dengan Ainnur Azleen. Masing-masing cuba menyembunyikan identiti diri di zaman silam.Kedua-dunya sedar, mereka pernah bermusuh dan bersengketa. Ainnur bahagia dengan permainan yang sedang diaturnya. Namun Zairul terpaksa mengalah, bimbang cinta pertama yang pernah berputik hanya akan memakan dirinya sendiri.

Di Phuket satu kejadian tidak disangka telah menguji cinta sejati. Ainnur telah diperangkap oleh bekas pensyarahnya yang mahu membalas dendam kepada ibu Ainnur. Ainnur dipenjarakan di Phuket. Tatkala dilanda musibah, hanya Zairul yang ada untuk membantu. Tanpa disangka, Ainnur mengaku yang Zairul adalah suaminya. Zairul tiada pilihan selain dari meneruskan drama yang dicipta Ainnur. Dia berusaha untuk membebaskan Ainnur dari penjara dengan mengahwini gadis itu pada majlis akad jarak jauh.

Zairul berjaya membawa Ainnur pulang. Tetapi kepulangan mereka telah menyingkap segala. Rupanya mereka berdua memang telah lama saling menyinta. Hanya pada cinta pandang kedua segalanya menjadi nyata.
Kerana peristiwa itu, Zairul telah menemukan harga dirinya kembali. Dia pulang sebagai anak yang akan mewarisi Venture Holding. Mat despatch itu berjaya menyelesaikan semua kemelut di sana.

AKU BUKAN MISTRESS (TV3)

$
0
0
AKU BUKAN MISTRESS (TV3)
SLOT: Akasia,
MULAI:
MASA: 7.00malam.
HARI: setiap hari Isnin hingga Khamis.
EPISOD: 28 Episod
PELAKON: Syazwan Zulkifli, Anzalna, Izzue Islam, Mardiana Alwi dan Siti Elizad
MENGGANTIKAN DRAMA: Ariana Rose





SINOPSIS NOVEL AKU BUKAN MISTRESS (TV3)
Mya Arlissa terperangkap dengan permainan dunia yang kejam. Dia tercampak ke dunia yang kelam dan gelap tanpa kerelaan hatinya. Tangan yang disangka boleh memimpinnya ke arah yang lebih lurus, rupanya tidak berbeza seperti lelaki lain yang hidup berajakan nafsu. Dirinya tergadai kepada Mikail, lelaki tampan yang kaya-raya dan menjadi buruan ramai wanita.

Dua tahun menghamba diri di dalam penjara yang dibina oleh Mikail dengan bertemankan dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yang kejam, Shamil yang menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yang sinis membuatkan hidup Mya semakin sempit. Sikap Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru. Dalam resah ada debar, dalam benci ada rindu, dalam marah ada tenang. Mikail mendera hati dan perasaannya.

Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua catatan noda dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorang perempuan simpanan, tapi bagaimana? Kaki ingin berlari menjauhi Mikail, tetapi hati mengikat janji secara sembunyi.

Mengapa membina harapan jika penghujungnya tidak seindah impian? Dan… cukupkah tempoh dua tahun untuk memastikan debaran di hati mereka melagukan rentak yang sama?

Mengapa membina harapan jika penghujungnya tidak seindah impian? Dan… cukupkah tempoh dua tahun untuk memastikan debaran di hati mereka melagukan rentak yang sama?

ROMI CINTA JULIA (TV3)

$
0
0



ROMI CINTA JULIA (TV3)
JUMLAH EPISOD : episod
SLOT: Lestary TV3
MULAI: 27 Februari 2014
MASA: 9.00 malam
HARI: Setiap selasa
LAGU TEMA OST:
MENGGANTIKAN DRAMA: Ku Cinta Kau Seorang
PELAKON: Aisya Hasnaa dan Syarul Rizwan. Aidil Aziz, Aida Aris





SINOPSIS ROMI CINTA JULIA (TV3)









GERAK KHAS 2014 (TV2)

$
0
0


GERAK KHAS 2014
MULAI: Februari 2014





Pasukan Gerakan Khas (PGK) merupakan satu pasukan khas anti keganasan berprofil tinggi dan pasukan operasi khusus Polis Diraja Malaysia gabungan Batalion 69 Komando dan Unit Tindakan Khas. Pasukan berberet merah hati atau maroon dan Perang Pasir ini dilatih khas untuk menangani segala bentuk ancaman keganasan dan jenayah berat di Malaysia.

Ditubuhkan khas sebagai pasukan elit yang mempunyai kemampuan menangani pelbagai serangan pengganas dan jenayah bermula dari ancaman rompakan bersenjata hingga operasi menyelamat. Keanggotaan bagi unit khas ini adalah rahsia dikatakan beroperasi secara efektif

terdiri daripada bahagian siasatan khas, unit operasi sistem C4-I, kepakaran letupan khas (misalnya unit pemusnah bom), dan unit penggempur yang terdiri daripada unit penembak tepat, pasukan selam tempur dan pasukan payung terjun. Sebagai pasukan operasi khusus, setiap pegawai dan anggota PGK ini memiliki kemampuan operasi di tiga persekitaran, iaitu di darat, laut, dan udara.




GHOST RIDER (TV2)

$
0
0
GHOST RIDER (TV2)
TARIKH: 8 Februari
MASA: 10.00 malam
PELAKON: Nicolas Cage, Eva Mendes, Sam Elliott



SINOPSIS GHOST RIDER (TV2)
Johnny Blaze lakonan aktor terkenal Nicholas Cage beraksi sebagai seorang penunggang motor akrobatik yang menjual jiwanya kepada hantu demi menyelamatkan orang yang dicintainya. Johnny yang setelah menjual jiwanya berjaya meraih ketenangan. Namun segalanya tidak lama bila dia mulai sedar dirinya dijadikan mangsa menjadi Ghost Rider.

Sejak kecil, Johnny memang akrab dengan dunia akrobatik bermotor. Dia mewarisi minat ayahnya Barton Blaze [Brett Cullen] yang lebih dulu menceburi bidang tersebut. Selama bertahun-tahun Barton Blaze menjadi penunggang motor akrobatik di sebuah sirkus. Johnny yang dalam diam tidak suka dengan pekerjaan penunggang akrobatik, suatu hari ingin lari dari ayahnya. Johnny lalu mengajak kekasihnya, Roxanne [Eva Mendez] untuk pergi meninggalkan orang tuanya.

Pada malam sebelum mereka lari dari rumah, Johnny mengetahui kalau ayahnya menderita penyakit barah. Melihat keadaan sang ayah, membuat Johnny bimbang. Ia pun pergi ke sirkus dan berusaha berpikir semasak-masaknya. Di tengah kebimbangannya itulah, muncul Mephistopheles [Peter Fonda], hantu yang tengah memburu orang-orang untuk dijadikan Ghost Rider.

Mephistopheles menawarkan satu cara kepada Johnny untuk melihat ayahnya sembuh. Johnny mesti menjadi pengikutnya. Johnny yang sangat menyayangi ayahnya, akhirnya menuruti kehendak Mephistopheles. Keesokan harinya, Barton Blaze memang benar-benar sembuh. Ia pun kembali beraksi seperti biasa.

Sampai suatu saat yang tak terduga, terjadi sebuah kecelakaan yang meragut nyawa sang ayah. Peristiwa kecelakaan terjadi sebenarnya disebabkan angkara Mephistopheles. Johnny yang mengetahui hal ini, lantas menaruh rasa dendam. Ia ingin membalas perbuatan Mephistopheles pada suatu hari kelak.

Bertahun-tahun berlalu, Johnny kini sudah menjadi pemain akrobatik ternama. Dengan menunggang motornya, ia kerap melakukan berbagai aksi dan gaya yang dapat meragut nyawanya sendiri. Kenapa Johnny selalu berjaya melakukan atraksi tersebut? Tak lain tak bukan kerana perbuatan Mephistopheles.

Setelah menghilang selama bertahun-tahun, Mephistopheles kembali dalam kehidupan Johnny. Kali ini, ia pun menagih janji atas kesepakatan yang telah dibuat Johnny seperti dalam perjanjian. Johnny harus menjadi Ghost Rider dan membantunya menangkap Blackheart [Wes Bentley]. Blackheart adalah anak Mephistopheles. Anaknya itu menderhaka dan ingin mengambilalih tempat ayahnya.

Berhasilkah Johnny mengembalikan Blackheart ke alamnya. Dan adakah dia berhasil membalas dendam terhadap Mephistopheles yang dianggap individu bertanggung jawab atas kematian ayahnya?

HITAM (TV3)

$
0
0
HITAM
HARI : Ahad,
TARIKH: 9 Februari 2014
MASA : 10 malam,
SLOT: festival TV3
PENGARAH : Yoep Hitler





PELAKON DAN NAMA WATAK :
Pekin Ibrahim - PUTEH
Beto Kusyairy - HITAM
Johan As'ari - DAUD
Aiman Hakim - DAHRI
Uqasha Senrose - ZALEHA
Wan Rajalawak 7




Drama khas sempena Drama Festival KL berjudul HITAM akan bersiaran pada hari Ahad 9 Februari 2014. Drama aksi ini menampilkan pelakon seperti Pekin Ibrahim, Beto Kusyairy, Johan As'ari, Aiman Hakim, dan Uqasha Senrose. Drama arahan Yoep Hitler dan skrip oleh Wan Azli Wan Jusoh. Saksikan drama Hitam pada hari Ahad, 9 Februari 2014, jam 10 malam di slot festival TV3

FAKTA TERSIRAT DI DALAM FILEM P.RAMLEE

$
0
0
 Filem-filem P.Ramlee masih seronok ditonton sehinggalah ke hari ini, Ini kerana P.Ramlee mampu menghasilkan filem yang menggambarkan gaya hidup sosial masyarakat tanah Melayu yang terdahulu dan ia masih kekal sehinggalah ke hari ini.Illias masri membuat ulasan perbezaan zaman p ramlee dengan nilai duit zaman sekarang 2013. peningkatan nilai mata wang pada zaman 1960 sehingga 2013 berdasarkan kadar inflasi malar 6% setahun.Setelah melihat ulasan ini semakin fahamlah kita apa yang tersirat di dalam filem filem P.ramlee ni


YES BOSS (TV3)

$
0
0


YES BOSS (TV3)
SLOT: Dramady TV3
HARI: hari Sabtu dan Ahad,
MULAI: 15 Februari
MASA: 6 petang
PELAKON: Fahrin Ahmad dan Emma Maembong , Ryzal Jaafar dan Nurkhiriah , Norlia Ghani, Eizlan Yusof, Jasmin Hamid, Aishah Ilias, Aidil Aziz, Shamsul Ghaw2, Wan Maimunah, Cha Cha Maembong, Hisham Hamid, Shella Faeiz






SINOPSIS NOVEL YES BOSS
Tidak sesuai kerja di Pizza Hut, Aryana masuk pula di McDonald’s. Tidak suka di McDonald’s pergi pulak Jaya Jusco. Sudahnya setiap tempat tu pun paling-paling lama pengalaman yang berjaya dikutip adalah selama dua bulan sahaja. Bukannya dia koman sangat. Lulusan universiti tu… tetapi nasib tidak menyebelahinya terutama sekali ketika sesi temu duga pegawai kerajaan.

Berkat kabel mak ngahnya di Wisma Alam, Aryana akhirnya berjaya menjawat jawatan setiausaha di situ. Sangkanya dia bekerja dengan Datuk Maarof, rupa-rupanya dia adalah setiausaha kepada Ilham Irfan, anak Datuk Maarof. Pulak tu, Ilham merupakan kasanova yang punya ‘stok’ edisi model keliling pinggang.

Selain menjalankan tugas rasmi seorang setiausaha, Aryana juga dikehendaki menjalankan tugas ‘tak rasmi’ seorang setiausaha. Kena cover line untuk bosnya setiap kali bosnya mengular, juga ketika teman-teman wanita bosnya merajuk, perlu dipujuk dan sebagainya.

Setiap arahan bosnya wajib dijawab dengan:- Yes, boss! Pening kepala Aryana meladeni setiap kerenah bosnya itu. Tetapi, boleh pula Aryana bertahan dengan sikap bosnya itu, hinggakan mereka semakin rapat.

Hati dan perasaan… siapalah yang dapat mengawalnya…. Dalam diam, Aryana telah jatuh hati dengan bosnya tetapi dipendamkan sahaja. Dia sendirian makan hati dengan sikap hidung belang bosnya itu.

Dan bila Aryana tiada di sisi, Ilham mula terasa kehilangan. Tatkala dia sedar bahawa dia memerlukan Aryana lebih daripada seorang bos memerlukan setiausaha, dia terpaksa pula berdepan dengan mantan mat rempit di kampung Aryana yang kini sudah bertukar menjadi tauke bengkel dan kolam ikan keli.

Berjayakah Ilham menambat hati Aryana yang sedia terluka dengan sikapnya yang hidung belang itu? Bagaimana pula dengan Aryana? Siapakah yang menjadi pilihan hatinya? Bosnya ataupun mat rempit otai yang telah berubah menjadi ikon belia berjaya di kampungnya itu? Nantikan drama Yes Boss Sabtu ini di TV3.



















HADIAH (TV2)

$
0
0
HADIAH (TV2)
EPISOD: 13 episod
SLOT: Galeri Famili
HARI: setiap Isnin hingga Rabu,
MASA: 2.30 petang
PELAKON: Salina Saibi, Nazim Othman, Aida Khalida, Zack Kool dan Faizal Hussein.



SINOPSIS HADIAH (TV2)
Perjalanan ceritanya mengisahkan cabaran dan keperitan hidup dialami watak Alia, lakonan Salina Saibi, ibu tunggal anak satu, sering menghadapi ‘masa getir’ kehidupan dalam mengurus anaknya yang berpenyakit. Suaminya telah meninggal dunia kerana sakit buah pinggang dan kini anaknya, Nur pula mengidap penyakit sama. Alia menganggap Nur adalah ‘hadiah’ Allah kepadanya.

Alia bekerja dengan Datuk Derani sebagai Setiausaha Peribadi yang semakin erat dengan majikannya itu. Ini menimbulkan perasan cemburu Datin Mariam isteri Datuk Derani, hinggakan Datin Mariam menyiasat latar belakang Alia.

Sementara itu Ramli, seorang ahli perniagaan yang tidak mempunyai teman wanita yang diketemukan dengan Alia oleh Lucia, salah seorang rakannya melalui ‘blind-date’.

Perkara itu dihidu Budin, ayah Alia, seorang ‘penipu’ dan nampak peluang perhubungan Alia-Ramli dengan menggunakan Alia sebagai umpan. Budin mahu menghancurkan empayar Datuk Derani kerana Datin Mariam adalah kekasih lamanya. Datin Mariam memilih Datuk Derani kerana harta. Budin mula membuat strategi untuk menjatuhkan mereka dan siapa sahaja yang menghalang niatnya akan turut dibinasakannya. Tindakan Budin disokong oleh kuncu-kuncunya.

Budin dapat meyakinkan Ramli membeli satu hartanah. Ramli meminta bantuan ayahnya kerana kekurangan modal. Dengan itu, Budin sudah sedia untuk menipu Ramli. Pada masa yang sama Lina, seorang pemilik salun kecantikan, merasakan ada ‘peluang besar’ baginya setelah dipilih oleh Datin Mariam sebagai calon isteri Ramli.

Datuk Derani melamar Alia untuk menjadi isteri keduanya. Ramli juga melamar Alia walaupun caranya berbeza. Alia menolak lamaran Datuk Derani. Alia meragui Ramli akan berbahagia dengan keluarganya nanti kerana dia mempunyai anak yang berpenyakit. Ramli melafazkan janjinya untuk mengharungi dugaan hidup bersama-sama Alia. Akhirnya, Alia menerima lamaran Ramli. Datin Mariam terus membenci Alia walaupun Ramli membawa berjumpanya.

Budin terkejut dan cuba menahan niat Alia untuk mengahwini Ramli itu kerana dia akan memusnahkan seluruh perniagaan keluarga Datuk Derani termasuk Ramli. Dia tidak mahu Alia terkena tempiasnya nanti.

Datuk Derani pula kesal dan kecewa kerana Alia memilih Ramli. Beliau sanggup membayar segala kerugian yang dihadapi supaya Alia meninggalkan Ramli. Di samping itu, Datin Mariam sentiasa cuba menghalang niat Ramli untuk mengahwini Alia. Malah Datin Mariam sendiri meminta Alia supaya melupakan Ramli.

Ramli merayu kepada Alia supaya menerimanya. Tetapi Alia tetap menolak dengan alasan Lina lebih layak daripadanya. Ramli mengulangi janjinya kepada Alia. Akhirnya, mereka berkahwin. Alia berhenti kerja untuk memberi tumpuan kepada suami dan anaknya. Untuk mengeratkan hubungan keluarga, Ramli berusaha untuk membuatkan Nur menerimanya sebagai ayah.

Nur sering sakit dan memerlukan pemindahan buah pinggang selain rawatan hemodilysis yang dijalani sekarang. Ramli meminta agar Alia menguatkan semangat dan banyak bersabar supaya dapat mengharungi dugaan Allah ini. Pada masa yang sama, Alia meminta agar Ramli meminta maaf daripada kedua ibubapanya. Tetapi Ramli enggan berbuat demikian.

Perniagaan Ramli menghadapi kebuntuan kerana Datuk Derani tidak mahu melabur. Lina pula sering meracuni fikiran Ramli dengan mengatakan bahawa perkahwinan Ramli dengan Alia adalah satu kesilapan. Lina sanggup menerima Ramli dengan syarat Ramli meninggalkan Alia dan dengan itu masalah kewangan Ramli selesai.

Alia mahu meng‘hadiah’kan Nur buah pinggangnya. Semasa Alia menjalani pemeriksaan kesihatan untuk pemindahan buah pinggang, dia didapati telah mengandung. Dengan itu, dia tidak boleh menjalani pemindahan buah pinggang itu. Kelewatan ini nanti akan memburukkan lagi tahap kesihatan Nur. Ramli sanggup meng‘hadiah’kan Nur buah pinggangnya.

Lalu apakah yang terjadi seterusnya? Bagaimanakah Alia cuba bertahan bila suami yang disayanginya tiba-tiba koma? Saksikan kesudahan drama 13 episod ini hanya di TV2.

5 KEBAIKAN JIKA FILEM DI KRITIK

$
0
0
Blog Ohbulan telah mengeluarkan Ulasan 5 Sebab Kenapa Pengarah Filem Perlu Terima Kritikan.






Infographic : 5 Sebab Kenapa Pengarah Filem Perlu Terima KritikanInfographic : 5 Sebab Kenapa Pengarah Filem Perlu Terima Kritikan

CUAK

$
0
0
CUAK
GENRE: Komedi / Drama
MULA TAYANGAN: 13 Februari 2014
PENGARAH: Khairil M. Bahar, Lim Benji, Manesh Nesaratnam, Shamaine Othman, Tony Pietra
PELAKON: Ghafir Akbar, Dawn Cheong, Bernie Chan



SINOPSIS CUAK
mengisahkan Adam yang bakal mengahwini kekasihnya, Brenda. Walaupun ia bukannya mudah, tetapi ia akan menjadi realiti tidak lama lagi dan Adam sepatutnya sudah bersedia. Walaubagaimanapun apabila perkahwinan mereka semakin hampir, Adam mula ragu-ragu dengan keputusannya.

JIKA ITU TAKDIRKU (TV3)

$
0
0


JIKA ITU TAKDIRKU (TV3)
SLOT: Akasia,
MULAI: 17 Feb 2014
MASA: 7.00malam.
HARI: setiap hari Isnin hingga Khamis.
EPISOD: 24 Episod
PELAKON: Shah Iskandar dan Intan Ladyana, Syukri Yahya, Arash Mohd, Azwan Kambos, Jasmin Hamid dan ramai lagi.
MENGGANTIKAN DRAMA: ARIANA ROSE




DOWNLOAD JIKA ITU TAKDIRKU (TV3)
Jika Itu Takdirku Episod 01 =
Jika Itu Takdirku Episod 02 =
Jika Itu Takdirku Episod 03 =
Jika Itu Takdirku Episod 04 =
Jika Itu Takdirku Episod 05 =
Jika Itu Takdirku Episod 06 =
Jika Itu Takdirku Episod 07 =
Jika Itu Takdirku Episod 08 =
Jika Itu Takdirku Episod 09 =
Jika Itu Takdirku Episod 10 =
Jika Itu Takdirku Episod 11 =
Jika Itu Takdirku Episod 12 =
Jika Itu Takdirku Episod 13 =
Jika Itu Takdirku Episod 14 =
Jika Itu Takdirku Episod 15 =
Jika Itu Takdirku Episod 16 =
Jika Itu Takdirku Episod 17 =
Jika Itu Takdirku Episod 18 =
Jika Itu Takdirku Episod 19 =
Jika Itu Takdirku Episod 20 =
Jika Itu Takdirku Episod 21 =
Jika Itu Takdirku Episod 22 =
Jika Itu Takdirku Episod 23 =
Jika Itu Takdirku Episod 24 (TAMAT) =
Kredit: dfm2u, kepalabergetar, fmt, tonton, malaymoviemy, FB pereka cerita

mari ramai ramai like fanpage facebook perekacerita - http://www.facebook.com/likeperekacerita




SINOPSIS JIKA ITU TAKDIRKU (TV3)
Aleya, gadis cantik datang dari keluarga sederhana.Dia menyimpan perasaan pada seorang anak tokoh korporat yang juga rakan kuliahnya di universiti di United Kingdom,Syed Adam Aizril. Syed Adam Aizril-jejaka tampan,digilai wanita.



Limpahan kemewahan meletakkan ego dan sombongnya berada di tahap yang tinggi.Mentalitinya mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar getaran hatinya pada Aleya. "Salahkah Leya mencari bahagia?" Mengapa Leya tak pernah dapat merasainya?Hina sangatkah sebab beribu dan berbapa orang miskin.Walaupun miskin,tapi Leya masih ada maruah diri.

Satu peristiwa menyatukan mereka.Tapi dek ego,sombong dan pentingkan darjat Syed Aizril melayan Aleya dengan hina sekali. "Kuasa cinta,tiada siapa yang dapat menghalang.Mereka kembali bersatu atas penyesalan Syed Aizril, Ketika menyulam bahagia,muncul Sharifah Emilin,sepupu kepada Syed Aizril membuat onar,Dendam Emilin pada Aleya harus ditunaikan -dia menganggap Aleya perampas Syed Aizril yang konon dianggap kekasihnya,Namun bagi Syed Azril hanya Aleya yang bertaktha di hati.

"You dengar sini Zril, dendam I tak habis kat sini. I bersumpah, I akan pastikan hidup you musnah...musnah sebagaimana you musnahkan hidup I. I takkan lepaskan you. You tetap akan jadi milik I. I janji Zril, I janji." Namun, ada kalanya cinta mereka teruji di tengah jalan.

Kerana keegoan seorang lelaki yang menuncak, Syed Aizril telah melakukan kekhilafan yang hanya merugikan dirinya sendiri dan hampir-hampir menyebabkan dia kehilangan cinta sucinya. "Leya jangan tinggalkan abang. Kembalilah sayang, kembalilah. Jangan teruskan perjalanan itu. Berilah abang peluang untuk membahagiakan Leya. Hentikan perjalanan itu sayang, pandanglah ke belakang walaupun cuma seketika."

Salahkah Aleya kerana memilih Syed Aizril dalam hidupnya? "Namun dia terleka sebentar dengan kebahagiaan palsu yang diciptakan oleh suaminya. Habis manis sepah dibuang. Dia akhirnya menjadi pengemis cinta pada suaminya sendiri. Akhirnya dia telah terluka untuk kedua kalinya tetapi kali ini kelukaannya lebih dalam hingga meragut nyawanya sendiri.

Itulah kisah perempuan yang bernama Nur Aleya binti Idris." Cinta...cinta telah menjadikan ALeya, gadis yang pendiam dan berperibadi sederhana, seorang yang kuat, tabah, tegas dan berani, walau dalam hatinya penuh cinta dan kasih.

"Selama aku miniti liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri ni, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil."


Cinta...cinta telah mengubah Syed Aizril yang ego dan sombong kepada seorang tang sangat menghargai cinta dan kasih sayang. "Leya, abang janji dengan nama ALLAH abang akan menjaga Leya hingga ke nafas yang terakhir. Percayalah sayang. Leya takkan keseorangan lagi. Abang sayang Leya dengan penuh hati abang." Ketabahan Aleya yang ingin anak-anaknya membesar dalam keadaan sempurna tatkala doktor menyatakan dia mempunyai ketumbuhan dalam kepala membuatkan dia kembali pada Syed Aizril yang kononya sudah berubah.

Kebahagian yang dikecapi hanya sementara bila Syed Aiziril mula cemburu buta pada isterinya.Walaupun cintanya hanya untuk Aleya,ego mengatasi segalanya.Aleya akur dengan kehendak suaminya yang akan bernikah dengan Lin.Di kala penyakitnya semakin parah,dia keluar dari rumah besar itu dengan harapan yang musnah. Ditinggalkan Dania kerana dia tahu ajalnya akan tiba... Masih adakah peluang kedua buat Syed Aizril?






JIWA (DOWNLOAD)

$
0
0
JIWA (TV3)
SLOT: Aksi
TARIKH:5 Februari 2014
HARI: Rabu
MASA: 9.00 malam
PELAKON: Remy Ishak, Kamal Adli dan Faizal Hussein.



DOWNLOAD DRAMA JIWA
Jiwa Episode 01 = DOWNLOAD
Jiwa Episode 02 = DOWNLOAD
Jiwa Episode 03 =
Jiwa Episode 04 =
Jiwa Episode 05 =
Jiwa Episode 06 =
Jiwa Episode 07 =
Jiwa Episode 08 =
Jiwa Episode 09 =
Jiwa Episode 10 =
Jiwa Episode 11 =
Jiwa Episode 12 =
Jiwa Episode 13 =
Kredit: dfm2u, kepalabergetar, fmt, tonton, malaymoviemy, FB pereka cerita


SINOPSIS JIWA (TV3)
Mengisahkan tentang dua beradik tiri iaitu Iskandar (Remy Ishak) dan Jiwa (Kamal Adli), hasil perkongsian hidup Alif Rizal (Faizal Hussein) dengan isteri pertama, Mastura (Sheila Mambo), ibu Iskandar dan isteri kedua, Zulaikha (Liza Shadan), ibu Jiwa. Alif merupakan seorang anggota tentera yang amat tegas dan komited dengan tugasnya. Sejak perkahwinan dengan Zulaikha, hubungan Alif dengan Mastura dan Iskandar semakin renggang.


Oleh kerana sikap Alif yang sering mengutamakan Jiwa, Iskandar mula merindukan kasih sayang seorang ayah dan mula membenci Jiwa. Maka, Jiwa selalu sahaja dipukul dalam senyap oleh Iskandar, dia merasakan yang Jiwa merupakan punca Alif sentiasa memukulnya. Iskandar sering mengintai dari jauh melihat layanan baik Alif terhadap Zulaika dan Jiwa.


Iskandar dan Jiwa bersahabat dengan Fara (Siti Elizad), rakan baru yang sering menumpang di rumah mereka. Fara mempunyai perwatakan lelaki, kasar dan lasak. Ini membuatkan dia lebih rapat dengan Iskandar. Namun, pada masa yang sama, Fara sentiasa menjadi pelindung kepada Jiwa apabila dia dibuli.


Sementara itu, Alif pula telah ditamatkan perkhidmatannya di dalam askar kerana insiden yang melibatkan kematian ketika dia sedang bertugas. Selepas itu, dia bekerja sebagai ketua pengawal di sebuah syarikat keselamatan. Namun, dia masih mengekalkan disiplin seorang askar dan terbawa-bawa perangai itu dalam membesarkan Iskandar dan Jiwa.



Selain bersekolah, Iskandar dan Jiwa dikerah oleh Alif untuk berlatih tinju setiap hari. Alif memberi latihan yang keras dan tegas untuk menjadikan mereka peninju yang hebat. Iskandar diajar dengan kekerasan kerana Alif tahu yang Iskandar mampu menerima latihan sebegitu rupa. Manakala, latihan Jiwa lebih kepada memantapkan kejantannya.

Zulaikha menjadi risau dan meminta Alif mengurangkan latihan Jiwa kerana minat Jiwa lebih terarah kepada buku. Alif berkeras yang Jiwa harus menjalani latihan itu. Mereka dikerah memasuki pertandingan demi pertandingan dan ternyata Iskandar lebih jaguh daripada Jiwa.

Apabila semakin meningkat dewasa, hubungan Iskandar dan Jiwa kian renggang. Iskandar kini merupakan kutu jalanan kampung bersama dua rakan baiknya, Peca dan Zul. Bersama-sama Fara, mereka sering melakukan aktiviti nakal di kampung. Hubungan Iskandar dan Fara semakin rapat dan akhirnya menjadi pasangan kekasih. Jiwa yang turut menyukai Fara hanya mampu memendam rasa. Hubungannya dengan Fara cuma sebagai kawan rapat.

Pada masa yang sama, Alif tidak menyenangi keakraban anak-anaknya dengan Fara. Ini kerana ibu Fara, Suri merupakan seorang perempuan kelab. Sementara itu, hubungan Fara dan Iskandar menghadapi masalah apabila Fara mula menyedari sifat ganas Iskandar. Fara membuat keputusan untuk memutuskan hubungan mereka. Iskandar berasa kecewa dan cemburu melihat Jiwa berkawan rapat dengan Fara.

Ketika pertandingan, Iskandar dan Jiwa bertarung dengan lawan masing-masing. Mereka mara ke pusingan akhir. Pertarungan dua beradik ini berlangsung dengan sengit. Iskandar membelasah Jiwa tanpa belas kasihan. Jiwa cedera parah sehingga tangannya patah. Semua orang terkejut dengan perlakukan Iskandar yang mengganas. Pada akhir pertandingan, Iskandar telah disingkirkan daripada pertandingan dan Jiwa dinobatkan sebagai juara. Jiwa dikejarkan ke hospital.

Setibanya di rumah, Alif terus membelasah Iskandar dengan begitu teruk sekali. Mastura cuba menghalang tetapi dengan tidak sengaja Alif telah menyiku Mastura sehingga dia terpelanting melanggar dinding dan mengakibat berlaku pendarahan otak. Alif tergamam dan berhenti membelasah serta-merta.

Mastura mati di hospital. Alif ditangkap polis dan disabitkan kesalahan membunuh secara tidak sengaja dan dijatuhkan hukuman penjara selama 18 tahun. Iskandar bersumpah tidak akan memaafkan perbuatan Alif. Dia turut menyalahkan Jiwa atas kematian Mastura dan memutuskan hubungan mereka adik-beradik. Sejak itu, Iskandar dan Jiwa telah membawa haluan mereka masing-masing.

Jiwa berjaya menamatkan pengajian di Maktab Perguruan sementara Iskandar semakin hanyut dalam dunia samseng. Hubungan Fara dan Jiwa semakin serius. Jiwa memberitahu Zulaikha niatnya untuk memperisterikan Fara. Zulaikha terkejut dengan keputusan Jiwa. Apakah yang bakal berlaku seterusnya? (Sumber: kepalabergetar)

Saksikan drama siri ‘Jiwa’ di slot Aksi menampilkan Kamal Adli, Remy Ishak dan Faizal Hussein mulai 5 Februari 2014 pada setiap hari Rabu jam 9.00 malam di TV3!

THE BOOK THIEF

$
0
0



THE BOOK THIEF
GENRE: Drama
TARIK TAYANGAN: 13 Februari 2014
PENGARAH: Brian Percival
PELAKON: Sophie Nélisse, Geoffrey Rush, Emily Watson



SINOPSIS THE BOOK THIEF
Filem mengenai seorang perempuan muda yang bersemangat tinggi, Liesel Meminger yang telah menyaksikan kengerian Nazi Jerman sewaktu di bawah jagaan ibu bapa angkatnya. Gadis ini telah mencuri sebuah buku dan mula mengumpul buku-buku yang lain untuk belajar membaca sementara ibu bapanya telah menempatkan orang Yahudi di bawah tangga.








THAT AWKWARD MOMENT

$
0
0



THAT AWKWARD MOMENT
GENRE : Komedi / Romantik
MULA TAYANGAN: 13 Februari 2014
PENGARAH: Tom Gormican
PELAKON: Zac Efron, Jessica Lucas, Imogen Poots, Miles Teller, Parker Block, Michael B. Jordan



SINOPSIS THAT AWKWARD MOMENT
Dalam filem romantik komedi arahan Tom Gormican ini, tiga orang pemegang ijazah di Manhattan berpakat untuk berseronok sepuas-puasnya sementara masih belum mempunyai teman istimewa. Filem ini dibintangi Zac Efron, Jessica Lucas, Imogen Poots, Miles Teller, Parker Block dan Michael B. Jordan.

Viewing all 1410 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>