Quantcast
Channel: PEREKA CERITA
Viewing all 1410 articles
Browse latest View live

IMAGINAERUM

$
0
0



IMAGINAERUM
TAYANGAN: 25 Jul 2013
BAHASA: English
SUBTITLE: Malay / Mandarin
GENRE: Family / Fantasy
DURASI: 83 minutes
PENGARAH: Stobe Harju
PELAKON: Marianne Farley, Quinn Lord, Francis X. McCarthy



SINOPSIS IMAGINAERUM
Imaginaerum mengisahkan Thomas Whitman, seorang komposer berusia 75 tahun dan berada dalam keadaan koma. Hidup dengan hanya bantuan mesin, Gem nekad untuk “mematikan” ayahnya. Dalam masa yang sama minda Thomas memasuki dunia fantasi dimana dia berusia 10 tahun dan mengembara di dalam dunia tersebut untuk mencari memorinya yang semakin hilang.


LEMAK KAMPUNG SANTAN

$
0
0
LEMAK KAMPUNG SANTAN
PENGARAH: Hans Isaac
BAHASA: Malay
DURASI : 90 min
GENRE: Romantik
MULA TAYANGAN: 8 Ogos 2013
PELAKON: Hans Isaac, Neelofa, Harun Salim Bachik, Awie, Khir Rahman, Natasha Hudson





SINOPSIS LEMAK KAMPUNG SANTAN
Lemak Kampung Santan mengisahkan tentang seorang pemuda bandar, Ridzuan (Hans Isaac), yang jatuh cinta dengan seorang gadis kampung yang bernama Tiqa.

Ridzuan merupakan seorang pereka binaan untuk sebuah syarikat pembangunan terkemuka di tanah air. Manakala Tiqa (Neelofa) pula seorang penjual nasi lemak di kampungnya, Kampung Santan. Pertemuan pertama mereka berlaku tanpa diduga di Kampung Santan.

Tanpa mereka sedari, mereka senang dengan diri masing-masing walaupun hanya pada pertemuan pertama biarpun pada dasarnya mereka adalah dua insan yang berbeza. Apa yang tidak diketahui Tiqa adalah Ridzuan merupakan ketua projek yang akan membina sebuah resort bertaraf antarabangsa di Kampung Santan dan memaksa semua penduduk Kampung Santan untuk berpindah.

Sepanjang perkenalan mereka Ridzuan cuba menyembunyikan kenyataan yang perit ini demi menjaga hati Tiqa dan penduduk lain kerana dia sudah mulai jatuh hati pada gadis itu. Tiqa juga tidak diberitahu tentang kewujudan Sofia (Natasha Hudson), kekasih Ridzuan di Bandar yang juga terlibat dalam projek pembangunan Kampung Santan.

Dalam projek ini, Sofia dibantu oleh Badrul (Khir Rahman). Tiqa, ayahnya Pak Wan (Harun Salim Bachik), Abu (Awie) dan penduduk lain menentang projek tersebut dengan bersungguh-sungguh. Mengapa?

Adakah hanya Ridzuan sahaja yang menyimpan rahsia dari Tiqa? Atau adakah Tiqa juga menyimpan rahsia tentang Kampung Santan dari Ridzuan? Persoalannya, siapa menipu siapa?

THE WOLVERINE

$
0
0


THE WOLVERINE
PENGARAH: James Mangold
BAHASA: English
GENRE: Action
DURASI : 126 min
MULA TAYANGAN: 25 Jul 2013






SINOPSIS THE WOLVERINE
Mengisahkan kisah Logan selepas X-Men: The Last Stand, Logan mula hilang hala tuju setelah kehilangan kekasihnya Jean dan Prof X. Namun pada suatu malam muncul Yukio, seorang mutan yang diperintahkan oleh tuannya, Yashida untuk membawa Logan ke Jepun dengan hajat untuk berterima kasih kepada Logan atas jasa baik Logan dulu sewaktu berlaku peperangan di Jepun.




Namun apabila tiba di Jepun semuanya berubah dan Logan sedikit demi sedikit berjaya mengetahui agenda Yashida. Logan juga jatuh hati dengan cucu perempuan kepada Yashida yang bernama Mariko setelah beberapa insiden yang berlaku sewaktu Yakuza ingin menculik Mariko.

Selain berlatih dengan samurai, Logan terpaksa menghadapi Yakuza, menteri yang korup dan melihat tunangnya jatuh ke tangan musuh.

Selain The Wolverine, Jackman dijadual muncul dalam filem terbaru X-Men: Days of Future Past.

APARTMENT 1303

$
0
0


APARTMENT 1303
KLASIFIKASI: 18
GENRE: Seram
MULA TAYANGAN : 25 Julai 2013
BAHASA: English
PENGEDAR: NUSANTARA EDARAN FILEM
PENGARAH: Michael Taverna
PELAKON : Mischa Barton, Rebecca De Mornay, Julianne Michelle, Corey Sevier





SINOPSIS APARTMENT 1303

Filem seram “Apartment 1303” ini sebenar mengisahkan sebuah apartment yang berhantu. Filem ini bermula apabila Janet Slate, lakonan Julianne Michelle yang baru sahaja pindah ke sebuah apartment baru setelah mempunyai isu kekeluargaan dengan kakaknya, Lara Slate lakonan Mischa Barton dan ibunya, Maddie Slate lakonan Rebecca De Mornay.


Pada awalnya semuanya kelihatan begitu indah di apartment baru Janet yang berada di tingkat 13 itu. Namun semua itu berubah apabila Janet disapa oleh jirannya yang berusia 9 tahun, Emily lakonan Madison McAleer. Budak ini sentiasa kelihatan aneh dan mengejutkan. Emily juga memberitahu Janet bahawa bekas penyewa apartment tersebut meninggal akibat bunuh diri.



Selepas kemunculan Emily, Janet sering diganggu oleh makhluk-makhluk halus di dalam apartment tersebut. Badannya mula dicakar sewaktu dia tidur. Namun setelah ditenangkan oleh kekasihnya, Mark Taylor, lakonan Corey Sevier, dia masih mengganggap apartment tersebut tidak berpenghuni. Sehingga suatu hari, Janet dirasuk dan akhirnya membunuh dirinya sendiri.

Filem ini seterusnya bersambung apabila kakaknya, Lara pergi ke apartment Janet untuk mengambil barang Janet dan mendapat dia juga mula diganggu oleh makhluk-makhluk halus di Apartment 1303.

DEWI LASAK (DOWNLOAD)

$
0
0
SERI DEWI LASAK (TV3)
MENGGANTIKAN DRAMA : Karlos
MULAI: 26 JUN
HARI: setiap hari Rabu
EPISOD: 13 Episod
MASA: 9.00 malam
PELAKON: Intan Ladyana (Seri), Bella Dally (Dewi), Atikah Suhaime (Qistina), Azwan Kombos (Faiz), Bil Azali (Izani Badarudin), Niezam Zaidi (Akil Rahmad), Amran Ismail (Joshua Azmi), Lokman Ghani (Jiman), Along Ezendy (Tony)


DOWNLOAD DEWI LASAK
Dewi Lasak Episod 01 = DOWNLOAD 26/6
Dewi Lasak Episod 02 = DOWNLOAD 3/7
Dewi Lasak Episod 03 = DOWNLOAD 10/7
Dewi Lasak Episod 04 = DOWNLOAD 17/7
Dewi Lasak Episod 05 = DOWNLOAD 24/7
Dewi Lasak Episod 06 = DOWNLOAD 31/7
Dewi Lasak Episod 07 =
Dewi Lasak Episod 08 =
Dewi Lasak Episod 09 =
Dewi Lasak Episod 10 =
Dewi Lasak Episod 11 =
Dewi Lasak Episod 12 =
Dewi Lasak Episod 13 (TAMAT) =
kredit: kepalabergetak


SINOPSIS DEWI LASAK (TV3)


DEWI LASAK mengisahkan tentang tiga adik-beradik iaitu Seri, Dewi dan Qistina yang dibesarkan oleh bapa tunggal mereka, Jiman. Meskipun tiga beradik ini dibesarkan bersama-sama sejak kecil namun personaliti mereka amat berbeza dengan penampilan mereka.

Seri merupakan kakak sulung dan bekerja sebagai wartawan jenayah. Seri mempunyai raut wajah yang jelita tetapi dia seorang yang tegas dan amat sensitif dengan isu wanita. Selepas hubungan cintanya dengan seorang lelaki berantakan tidak lama dulu, Seri terus menjarakkan dirinya daripada lelaki dan menyibukkan diri dengan tugasnya.

Dewi adik kedua yang mempunyai sifat tomboy, sememangnya tidak suka berdandan. Walaupun sikapnya agak lasak, namun Dewi seorang yang setia dan dia sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Izani. Dewi ingin berkahwin dengan Izani tetapi dia tidak mahu melangkah bendul. Jadi Dewi bersungguh-sungguh mencari calon suami yang sesuai untuk kakaknya.
Qistina pula adik bongsu yang manja dan masih lagi menuntut pengajian di sebuah kolej. Qistina pernah menjadi mangsa ragut dan sejak itu dia telah mendaftar diri di sebuah kelas karate untuk menggilap keupayaan bertarungnya. Malah Qistina juga meminati pemilik kelas karate itu, Faiz.
Dewi mengikuti Qistina ke kelas karate dan bertemu dengan Faiz. Dewi merasakan Faiz adalah calon yang sesuai buat kakaknya, Seri. Dewi terus mengambil peluang itu untuk merapatkan hubungan Seri dan Faiz. Berkat sokongan Dewi, Seri akhirnya bersetuju untuk keluar bersama Faiz. Keadaan ini menimbulkan rasa cemburu dalam diri Qistina yang sememangnya meminati Faiz dalam diam.
Kemudian Qistina beralih arah kepada Joshua. Bibit cinta mula terkuntum. Tanpa Qistina sedari, Joshua sebenarnya sedang cuba memerangkap Qistina ke kancah jenayah. Qistina yang mula menjauhkan diri dari keluarganya akhirnya terperangkap dengan pujukan Joshua untuk menjadi pelayan di sebuah kelab. Rakan Qistina, Akil mendapat tahu hal itu dan terus memberitahu Dewi tentang niat buruk Joshua itu. Kedua-dua kakak ini terus mengetepikan masalah peribadi dan menyelamatkan adik mereka daripada terus terjerumus ke dalam kancah jenayah.

Sedang Seri mengintip Joshua, dia ternampak lelaki itu dengan satu kumpulan penjenayah, geng Tony yang terlibat dalam salah satu kes yang sedang disiasatnya. Seri cuba mempergunakan Joshua untuk mendedahkan kegiatan jenayah geng Tony. Namun, Seri menerima padah apabila geng Tony terus menangkap dan cuba membunuh Seri. Apakah yang akan berlaku selepas itu? Mampukah Seri dan Dewi mengembalikan Qistina ke dalam hidup mereka seperti dahulu? Sementara itu, apakah kesudahan hubungan Dewi dan Faiz? Siapakah yang harus berkorban untuk melihat orang tersayang bahagia?

Jangan lepaskan peluang menyaksikan DEWI LASAK menerusi slot waktu terbaru Aksi, setiap hari Rabu jam 9.00 malam di TV3. Penonton yang terlepas menyaksikan DEWI LASAK



MISTERI BISIKAN PONTIANAK

$
0
0



MISTERI BISIKAN PONTIANAK
PENGARAH: M. Subash Abdullah
BAHASA: Malay
GENRE: Horror, Mystery, Thriller
DURASI : 80 min
MULA TAYANGAN: 25 Jul 2013



SINOPSIS MISTERI BISIKAN PONTIANAK

Sebuah filem tentang Geena yang sentiasa dibuli oleh penduduk kampung kerana watak, beliau yang lembut dan feminin. Neneknya adalah satu-satunya orang yang memahami beliau dan menggalakkan beliau untuk mengatasi masalah yang dia hadapi.

Malangnya Geena dibakar hingga mati dan tiada siapa tahu siapa yang melakukannya untuk Geena. Pada masa yang sama, Hakim, yang tinggal di kampung yang sama mula melihat hantu. Tertanya-tanya tentang apa yang sebenarnya berlaku, adik Hakim memutuskan untuk menyiasat hubungan antara Geena dan abangnya.

MR GO

$
0
0




MR GO
GENRE : Komedi / Drama
MULA TAYANGAN : 1 Ogos 2013
BAHASA : Mandarin / Korean
PENGARAH : Kim Yong-HwaPELAKON : Jiao Xu, Sung Dong-Il, Kim Kang-woo



SINOPSIS MR GO
Seorang gadis berusia 15 tahun, Weiwei tinggal seorang diri bersama gorilanya Ling Ling selepas kematian datuknya di China.





Ling Ling mempunyai kemahiran dalam bermain sukan besbol, yang kemudiannya telah menarik perhatian seorang ejen dari Korea Selatan bernama Sung Choong-Soo dan dia telah membawa Ling Ling untuk bermain di liga besbol profesional di Korea Selatan.


Ling Ling kemudiannya telah menjadi terkenal dalam liga besbol. Sementara itu, pasukan lawan yang juga merupakan musuh tradisi pasukan Ling Ling turut membawa masuk seekor gorila bernama Rating sebagai pemain besbol.


R.I.P.D

$
0
0


R.I.P.D
PENGARAH : Robert Schwentke
GENRE: Action, Crime, Comedy
MULA TAYANGAN: 01 Aug 2013
DURASI: 96 minutes
PELAKON: Jeff Bridges, Ryan Reynolds, Kevin Bacon, Mary-Louise Parker, Stephanie Szostak, Robert Knepper, James Hong, Marisa Miller, Mike O’Malley, Devin Ratray




SINOPSIS R.I.P.D

Seorang detektif polis warga Boston yang agresif, cerdik dan pintar, Nick Walker akan menemui ajalnya apabila dia dibunuh semasa bertugas dalam satu serbuan penjualan dadah.


Semasa menghadapi penghakiman terakhir riwayatnya tanpa mengetahui nasib yang akan dikenakan kepadanya, Nick diberi satu tawaran yang dia tidak dapat menolak: menggunakan bakat menangkap-penjahatnya dan membuat penebusan selamat 100 tahun di R,I.P.D. ataupun menghadapi hukuman yang tidak pasti di akhirat.

Bertekad untuk mencari pembunuhnya dan bersatu dengan isterinya sekali lagi – dengan kepercayaan dia dapat meminggir peraturan ketat jabatan R.I.P.D. – Nick memilih untuk bertugas untuk R.I.P.D.

Saksikanlah pergelutan Reynolds sebagai Nick Walker dalam 3D pada 1 Ogos dalam filem R.I.P.D.


KARA KING

$
0
0


KARA KING
GENRE: Komedi / Kekeluargaan
MULA TAYANGAN: 1 Ogos 2013
PENGARAH: Namewee
PELAKON: Namewee, Frankie Gao, Ng Man-Tat



SINOPSIS KARA KING
Kara King merupakan juara nyanyian di Hong Kong sehingga peristiwa kehilangan misteri isterinya. Akibat kecewa dan menyalahkan diri sendiri atas kehilangan isterinya, dia meninggalkan karier nyanyian dan berpindah di pekan kecil di Malaysia untuk mencari dua anaknya.

Tanpa pengetahuannya, anak lelakinya (T-bone) membenci "Kara King" kerana menghancurkan keluarga mereka dan anaknya belajar tentang dendam dan benci melalui muzik rock.



Kakaknya pula berusaha untuk memperbaiki hubungan tersebut namun masih belum berjaya sehinggalah pada suatu hari, seorang bangsa asing datang membawa berita mengenai ibu mereka.

KILLING SEASON

$
0
0


KILLING SEASON
MULA TAYANGAN: 01 Aug 2013
BAHASA:English
SUBTITLE: Chinese / Malay
GENRE:Action
DURASI: 90 minutes
PENGARAH:Mark Steven Johnson (Daredevil, Ghost Rider)
PELAKON:Robert De Niro (Killer Elite, Heat), John Travolta (Face/Off, From Paris with Love), Milo Ventimiglia (Rocky Balboa)





SINOPSIS KILLING SEASON
Benjamin Ford (Robert De Niro) ialah seorang veteran tentera Amerika yang bersembunyi di sebuah kabin untuk melupakan memori pahit semasa berperang di Bosnia. Pada suatu hari, pelawat Emil Kovac (John Travolta), seorang pelancong Eropah, mengetuk pintunya di pergunungan Appalachian dan mereka berdua menjadi kawan.



Apabila mendapat tahu bahawa Kovac ialah bekas tentera Serbia yang mahu membalas dendam, satu pertarungan di kawasan pergunungan yang mencabar bermula.



OOO... TAK PUASA YA (TV3)

$
0
0
OOO... TAK PUASA YA
SLOT: Cerekarama
TARIKH: 3 Ogos
HARI: Sabtu
MASA: 10.00 Malam
PELAKON: Nad Zainal, Adik Danish Zaqwan, Che Kem, Fezrul Khan, Ezany, Marisa Yasmin.



SINOPSIS OOO... TAK PUASA YA
Imad, Naim dan Harris merupakan adik-beradik yang tinggal di kampung dan menjadikan menangkap burung sebagai hobi. Tiga beradik ini sangat nakal dan sering menimbulkan masalah terhadap penduduk kampung. Imad mempunyai kakak bernama Yati. Cikgu Kamal menghukum Imad kerana tidak menyiapkan kerja rumah.

Satu hari, Imad ternampak kakaknya bersama Cikgu Kamal seterusnya membuatkan Imad menjadi marah. Imad masih menyimpan dendam terhadap Cikgu Kamal, dia nekad mahu memalukan Cikgu Kamal di hadapan semua orang di sekolah. Apakah yang akan berlaku apabila Imad dewasa nanti?




THE CONJURING

$
0
0



THE CONJURING
TAYANGAN: 01 Aug 2013
GENRE:Suspense / Thriller
PENGARAH:James Wan
PELAKON:Vera Farmiga, Patrick Wilson, Ron Livingston, Lili Taylor, Carolyn Perron, Joey King, Shanley Caswell, Haley McFarland, Mackenzie Foy, Kyla Deaver, Sterling Jerins Patrick Wilson, Vera Farmiga, Ron Livingston, Lili Taylor, Mackenzie Foy, Joey King



SINOPSIS THE CONJURING
Sebelum wujudnya Amityville, terdapat Harrisville. Berdasarkan kisah benar, filem The Conjuring mengisahkan sebuah kisah yang betul-betul berlaku di mana kisah ini sangat menakutkan.

Ia menceritakan tentang bagaimana penyiasat paranormal terkenal di seluruh dunia iaitu Ed dan Lorraine Warren yang telah dipanggil untuk membantu keluarga yang menerima kehadiran hantu di sebuah rumah ladang terpencil.


Terpaksa berhadapan dengan sebuah entiti jahat berkuasa, Warrens mendapati diri mereka terperangkap dalam kes yang paling menakutkan dalam hidup mereka.


Apa yang sebenarnya berlaku di rumah tersebut? Apakah rahsia yang tersembunyi? Semuanya terjawab bermula 1 Ogos 2013 ini!

ABANG LONG VS KAK LONG (TV3)

$
0
0
ABANG LONG VS KAK LONG
SLOT: Telemovie Raya TV3
PELAKON: Akim Ahmad, Yana Samsudin



SINOPSIS ABANG LONG VS KAK LONG
Din Parang dan Man Todak sering bersaing sejak dari zaman muda. Din mempunyai seorang anak lelaki bernama Boboy manakala Man mempunyai seorang anak perempuan bernama Suraya. Bagaimana jika mereka bertembung?

THE SMURFS 2

$
0
0

THE SMURFS 2
TARIKH: 8 Ogos
PENGARAH: Raja Gosnell
GENRE: Animation, Family, Comedy
PELAKON: Datuk Aznil Nawawi, Hafidzuddin Fazil, Lisa Surihani, Zizan Razak, Elfira Loy dan Ray (Era FM).
MULA TAYANGAN: 08 Aug 2013



SINOPSI THE SMURFS 2
Sekuel kepada filem animasi aksi komedi ini menyaksikan ahli sihir jahat, Gargamel yang telah mencipta beberapa makhluk nakal dan menyerupai Smurf yang diberi nama Naughties dengan harapan ia akan memberikannya kuasa ajaib.


Walaubagaimanapun, apabila dia menyedari hanya Smurf boleh memberikan apa yang diinginkannya itu dan Smurfette tahu sihir rahsia yang berupaya menukar Naughties kepada Smurf tulen, Gargamel bertindak menculik Smurfette dan membawanya ke Paris di mana dia telah disanjung tinggi sebagai ahli sihir terunggul dunia.

Kini, terpulang kepada Papa, Clumsy, Grouchy dan Vanity bersama-sama rakan manusia, Patrick dan Grace Winslow untuk menyelamatkan Smurfette! Pada masa yang sama, adakah Smurfette yang selalu berasakan dirinya berbeza daripada Smurfs lain merasai ada hubungan dengan The Naughties, Vexy dan Hackus?












ADNAN BALIK RAYA (TV3)

$
0
0


ADNAN BALIK RAYA
PELAKON : Shaheizy Sam, Nad Zainal,Arash Mohd, Watie Sadali,Azwan Kombos,
TAYANGAN: Hari Raya





SINOPSIS ADNAN BALIK RAYA
Adnan pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya di rumah pak ciknya Pak Chah. Dia terkejut bila berjumpa dengan kawan baiknya Fatimah kini bertukar menjadi kurus dan cantik setelah lama tidak berjumpa.





OMG - OHSEM MUSIC GROUP (1 - 4 TAMAT)

$
0
0
OMG (OHSEM MUSIC GROUP)
TAYANGAN: Sepanjang Ramadhan
MULAI: 13 Julai 2013
JUMLAH EPISOD: 4
HARI: Setiap sabtu
MASA: 9 malam



DOWNLOAD OMG - OHSEM MUSIC GROUP (TV3)
OMG Episod 01 = DOWNLOAD
OMG Episod 02 = DOWNLOAD
OMG Episod 03 = DOWNLOAD
OMG Episod 04 (TAMAT)  = DOWNLOAD
kredit: kepalabergetar, tonton


SINOPSIS OMG - OHSEM MUSIC GROUP
Mengisahkan tentang empat anak muda, Teng(Vokalis)Bo(Gitar) Kem(bass) dan Bai(drum) yang berbakat dalam muzik di Kampung London. Band mereka dinamakan OMG(ohsem music group).
Keunikan mereka adalah boleh nyanyi lagu Inggeris dengan baik sedang diorang ni tak reti langsung cakap dalam englisj. Mereka sering diundang dalam majlis kenduri dan menjadi juara battle of the band selama 2 tahun berturut-turut.


PERCY JACKSON - SEA OF MONSTERS

$
0
0



PERCY JACKSON - SEA OF MONSTERS
TAYANGAN : 08 Aug 2013
GENRE:Action / Adventure / Drama / Family / Fantasy
PENGARAH:Thor Freudenthal
PELAKON :Logan Lerman, Alexandra Daddario, Brandon T. Jackson, Leven Rambin, Jake Abel, Douglas Smith, Anthony Head, Nathan Fillion, Stanley Tucci





PERCY JACKSON - SEA OF MONSTERS
Percy Jackson, anak kepada tuhan Poseidon Greek kembali untuk pengembaraan kedua! Filem ini merupakan sekuel filem tahun 2010, "Percy Jackson & The Olympians: The Lightning Thief".




Kali ini, Percy Jackson dan kawan 'demigod' nya mengembara mendapatkan Golden Fleece untuk menyimpan semula pokok Thalia beracun demi menyelamatkan tempat latihan mereka, 'Camp Half- Blood'. Namun mereka terpaksa belayar ke Sea of Monsters dan banyak cabaran yang perlu ditempuh oleh mereka.




GENG KAMPUNG PISANG (1 - 4 TAMAT)

$
0
0
GENG KAMPUNG PISANG (TV3)
PELAKON : Sari Yanti,AG,FBI, Hairi Safwan,Kieran,Ikhwan
MULAI: 14 Julai,
MASA:  10 malam
HARI: Setiap Ahad di TV3
JUMLAH EPISOD: 4




DOWNLOAD GENG KAMPUNG PISANG (TV3)
Geng Kampung Pisang Episod 01 = DOWNLOAD
Geng Kampung Pisang Episod 02 = DOWNLOAD 21/7
Geng Kampung Pisang Episod 03 = DOWNLOAD 28/7
Geng Kampung Pisang Episod 04 (TAMAT) = DOWNLOAD
Kredit: kepalabergetar


SINOPSIS GENG KAMPUNG PISANG (TV3)
Permusuhan antara AG dengan Hairi bermula sejak kecil tapi berlarutan hingga diorang dewasa. Kedua-dua menjadi ketua kumpulan masing-masing. Di sekolah,diorang terkena dengan geng buli. Kenakalan mereka memeningkan cikgu2.Murid-murid lain semuanya takut dengan geng ini terutamanya FBI.FBI -pelajar yang baik tapi pendiam dan kuat menangis. Kerana itu,FBI selalu dibuli oleh mereka.



Namun, Sari Yanti selalu menyelamatkan FBI. Bapa Sari Yanti Cikgu Deraman cikgu di sekolah tersebut. Maka, 2 geng tadi tak dapat nak apa-apakan Sari yanti.Sari yanti menjadi sahabat baik. FBI jatuh cinta degan Sari Yanti,lalu berjumpa dengan Cikgu Deraman untuk melamar Sari Yanti. Cikgu Deraman ketawa bila FBI meluahkan,Yela,lamaran budak umur 10 tahun. Tawa Cikgu Deraman menjadi cabaran kepada FBI untuk memliki Sari Yanti suatu hari nanti

AYAM (1 - 4 TAMAT)

$
0
0
AYAM (TV3)
JUMLAH EPISOD: 4
MULAI: 14 Julai,
HARI: Setiap Ahad,
MASA: 7.30 Malam
PELAKON : Naim Daniel, Fazley Daniel Ali, Eyka Farhana, Afik Shafik, Fazlina Ahmad Daud, Ilya Buang, Sharid Kunal, Ku Haris, Haidir



DOWNLOAD AYAM (TV3)
Ayam Episod 01 = DOWNLOAD
Ayam Episod 02 =DOWNLOAD
Ayam Episod 03 =DOWNLOAD
Ayam Episod 04 (TAMAT) = DOWNLOAD
Kredit: kepalabergetar, tonton

SINOPSIS AYAM (TV3)
Berkisarkan tentang dua adik-beradik, Aidil dan Fitri yang mengalami hubungan tegang setelah kehilangan ’ayam’ yang sepatutnya menjadi hidangan utama sempena Hari Raya. Saksikan bagaimana dua beradik ini kembali bersatu demi mencari ayam masing-masing.


.

UMMI (DOWNLOAD)

$
0
0
UMMI (TV3)
EPISOD: 13 episod,
PENGARAH: Faisal Ishak
HARI: setiap hari Ahad
MASA: 9.00 – 10.00 malam
MULAI: 30 Jun 2013.
PELAKON: Datin Paduka Umie Aida (Ummi), Khyreena Kemal (Comel), Danish Adam (Amir) dan Ahmad Fadzli Masri (Danish) , Sharul Kamaludin (Bahar), Fikhree Bakar (Dr. Idrus), A. Wahab (Pak Man), Sharissa Chong (Mei Ling), Zhafri Suhaimi (Firdaus), Riki Rikando Idris (Leman), Kamariah (Mak Limah), Marup Mustapah (Junaidi) dan ramai lagi.




DOWNLOAD DRAMA UMMI (TV3)
Ummi Episod 01 = DOWNLOAD
Ummi Episod 02 = DOWNLOAD 7/7
Ummi Episod 03 = DOWNLOAD 14/7
Ummi Episod 04 = DOWNLOAD 21/7
Ummi Episod 05 = DOWNLOAD 28/7
Ummi Episod 06 = DOWNLOAD
Ummi Episod 07 =
Ummi Episod 08 =
Ummi Episod 09 =
Ummi Episod 10 =
Ummi Episod 11 =
Ummi Episod 12 =
Ummi Episod 13 (TAMAT) =
Kredit: kepalabergetar



SINOPSIS UMMI (TV3)
UMMI mengisahkan perjalanan hidup seorang wanita bernama Ummi yang telah ditinggalkan oleh suaminya. Walaupun Ummi seorang yang hidup dalam susah dan buta huruf, namun beliau tetap prihatin terhadap tiga orang kanak-kanak yang memerlukan perhatian dan kasih sayang.

Comel, Amir dan Danish, masing-masing mempunyai sejarah hidup yang perit dan sentiasa ditindas telah dipelawa untuk hidup bersama dengan Ummi.
Viewing all 1410 articles
Browse latest View live