JACK RYAN : SHADOW RECRUIT
GENRE: Aksi / Ngeri / Drama
MULA TAYANGAN: 16 Januari 2014
PENGARAH: Kenneth Branagh
PELAKON: Chris Pine, Kenneth Branagh, Keira Knightley, Kevin Costner

SINOPSIS JACK RYAN - SHADOW RECRUIT
Filem ini mengikut hidup Jack Ryan (Chris Pine), seorang bekas tentera yang bekerja sebagai penganalisis kewangan di Moscow. Dia menjumpai satu plot pengganas oleh guru kewangan Viktor Stazov dan kerajaan Russia.

Pengganas tersebut merancang untuk menurunkan nilai mata wang Amerika untuk memusnahkan ekonomi U.S. Ryan mempunyai masa terhad untuk menyelamatkan Amerika dan isterinya (Keira Knightley).

Oleh kerana enggan mendedahkan identiti sebenarnya kepada sesiapa termasuk tunang sendiri, Jack terpaksa memujuk Cathy untuk berjumpanya di Paris untuk bercuti bersama sebaik sahaja urusan di Moscow tamat.

Bagaimanapun apa yang dirancang tidak berjalan dengan lancar apabila Jack hampir dibunuh oleh orang suruhan Viktor Cherevin (Kenneth Branagh) yang cuba mendominasi ekonomi A.S dan mengancam keselamatan rakyat negara itu.