
FILEM: Red Riding Hood
ARAHAN: Catherine Hardwicke
PELAKON: Amanda Seyfried, Gary Oldman, Billy Burke dan Shiloh Fernandez
GENRE: Seram
TAYANGAN: 17/ 1/ 2014
MASA: 10 Malam

SINOPSIS RED RIDING HOOD
MENARIKNYA Red Riding Hood ini ialah cuba lari daripada tipikal kisah legenda dongeng Barat mengenai gadis berjubah merah yang berjaya membunuh serigala.Mengisahkan Valerie (Seyfried) yang terpaksa memilih cinta antara dua jejaka. Walaupun hatinya pada Peter (Fernandez), Valerie terpaksa menuruti perkahwinan yang diatur ibu bapanya dengan Henry (Max Irons), si tukang besi yang kaya.

Enggan terpisah, Valerie dan Peter merancang melarikan diri. Namun, Valerie dikejutkan berita kematian kakaknya yang dibunuh serigala jadian.
Selama bertahun tinggal di pinggir hutan, penduduk kampung hidup dalam ketakutan susulan serigala jadian yang muncul. Namun, pada malam bulan merah darah mengambang, ketakutan dan kebimbangan mereka semakin bertambah kerana pada waktu itu makhluk ganas itu mencari mangsa di kalangan manusia.

Untuk membalas dendam, mereka mendapatkan khidmat paderi pembunuh serigala bernama Father Solomon (Gary Oldman). Namun, kedatangan Solomon ke kampung itu mengundang rasa tidak puas hati segelintir penduduk yang tidak suka dengan tindakannya.
