TUNGGU SEKEJAP (TV3)
PENGACARA: Awie,
HARI:setiap hari Ahad
MASA: 11.00 malam
MULAI: 11 November ini di TV3.
SUMBER: Budiey
![]()
SINOPSIS TUNGGU SEKEJAP (TV3)
“Tunggu Sekejap” merupakan program bual bicara variety yang sarat dengan aksi yang mencuit hati dan mendebarkan serta diselitkan elemen-elemen hiburan. Awie tidak akan keseorangan kerana beliau akan ditemani oleh tetamu istimewa yang terdiri daripada penyanyi, pelakon, pelawak, ahli sukan, VVIP dan ahli perniagaan.
![]()
“Tunggu Sekejap” merupakan pelengkap malam hujung minggu penonton dengan memuatkan 5 segmen menarik iaitu “Babak Ke Babak”, “Lawak Lawak”, “Aksi”, “Tiru Gaya Artis” dan “Karaoke Ligat”.
“Tunggu Sekejap” tampil lebih ringan dan santai untuk penonton seisi keluarga. Menerusi segmen pertama iaitu “Babak Ke Babak”, penonton akan melihat lakonan semula atau kesinambungan babak dari filem-filem popular, antaranya “Kabhi Khushi Kabhi Gham”, “Gila-Gila Remaja” dan “Sembilu” oleh tetamu undangan. Diselang-seli dengan segmen “Babak Ke Babak” pada setiap episod, segmen “Lawak Lawak” juga mengkehendaki tetamu undangan berlakon, bezanya mereka akan berlakon berdasar tajuk yang diberi, contohnya “Shopping Boleh Blah”, “Dating Larut Malam” dan “Kasih Seorang Ayah…Hingga Hujung Nyawa”.
![]()
Segmen seterusnya ialah “Aksi” di mana mereka yang tersenarai di dalam Malaysian Book Of Records akan melakukan aksi-aksi yang menggerun dan mendebarkan seperti tinggal bersama 150 ekor ular, memakan kaca, bawa kereta reverse, ditetak tangan dengan parang, berdiri di atas motor paling lama dan banyak lagi.
![]()
Segmen “Tiru Gaya Artis” kemudian menyusul di mana mereka yang berbakat untuk meniru suara, gaya dan rupa seiris artis akan dijemput ke studio. Artis yang ditiru juga akan berada di studio. Mereka akan melakonkan kembali aksi-aksi yang ditiru, antaranya, Sofi Jikan di dalam filem “KL Gangster” dan klip video “Lembu Nak Jaga” (lagu asal “Move Like Jagger” oleh Maroon 5).
![]()
Segmen terakhir “Tunggu Sekejap” ialah segmen “Karaoke Ligat”, menerusi segmen ini penonton akan dihiburkan dengan persembahan oleh tetamu undangan yang menyanyikan lagu-lagu kerakyatan atau lagu-lagu popular dalam versi loghat negeri seperti Kelantan, Negeri Sembilan, Sarawak dan sebagainya. Tidak ketinggalan, Awie juga bakal menyanyikan beberapa buah lagunya dan lagu popular lain pada setiap episod. Antara tetamu undangan yang akan bersama Awie di dalam “Tunggu Sekejap” ialah Shuib Sepah, Ifa Radziah, Zalif Sidek, Sofi Jikan, Didie Alias, Eby Yus, Monoloque, Almy Nadia, Nabil, Dina Nadzir, Aiman Hakim Ridza, Angah Raja Lawak, Abon, Syanie, Wan Sharmila dan ramai lagi.