
TWO DAYS ONE NIGHT (TV9)
HARI: setiap Sabtu dan Ahad,
MASA: 12.30 tengahari
MULAI: 7 Disember 2013 selama dua jam.
PELAKON: Kang Ho-dong, Eun Ji-won, Lee Seung-gi, Uhm Tae-woong, Kim Jong-min, Lee Soo-geun dan Cha Tae-Hyun

SINOPSIS TWO DAYS ONE NIGHT (TV9)
Pelbagai permainan menarik disediakan termasuklah kuiz menguji minda yang melibatkan soalan-soalan pengetahuan am. Gabungan selebriti Korea dari pelbagai genre hiburan ini amat melucukan terutamanya apabila ada antara mereka yang kalah dalam menamatkan tugasan yang diberikan.

Di dalam rancangan hiburan keluarga ini ketujuh-tujuh mereka perlu bersaing antara satu sama lain kerana hadiah yang bakal mereka terima amat berharga bagi mereka. Ini adalah kerana permainan atau tugasan yang diberikan melibatkan cabaran untuk mendapatkan bekalan makanan dan juga penginapan yang selesa sepanjang dua hari satu malam mereka berkampung untuk penggambaran. Jika mereka gagal dalam cabaran berkenaan, mereka tidak akan diberikan makanan dan perlu tidur di luar rumah sepanjang malam.

Two Days One Night pastinya menghiburkan apatah lagi disiarkan pada musim cuti sekolah. Apatah lagi penonton dapat menyaksikan karenah dan telatah lucu selebriti terkenal Korea menyelesaikan tugasan yang diberikan kepada mereka.

Teruskan berhibur bersama kami menerusi Two Days One Night pada setiap Sabtu dan Ahad bermula pada 7 Disember jam 12.30 tengahari hanya di TV9 atau saluran 119.