
NINJA - SHADOW OF A TEAR
GENRE: Aksi / Ngeri / Jenayah
MULA TAYANGAN : 12 Disember 2013
PENGARAH: Isaac Florentine
PELAKON: Scott Adkins, Mika Hijii, Kane Kosugi, Shun Sugata


SINOPSIS NINJA - SHADOW OF A TEAR
"Ninja: Shadow Of A Tear" mengisahkan seorang ahli seni pertahanan diri dari Amerika Syarikat, Casey Bowman yang menetap di Koga ninja dojo dan mengahwini dengan Namiko Takeda, yang sedang hamil anak pertama mereka. Kehidupannya mula berubah selepas isterinya dibunuh pada satu malam ketika dia tiada.

Didorong perasaan marah, Casey mengembara dari Jepun ke Thailand dan Burma bagi mencari mereka yang bertanggungjawab di sebalik pembunuhan isterinya. Filem ini adalah sekuel filem "Ninja" pada tahun 2009.
