
7TH GRADE CIVIL SERVANT (TV9)
HARI: setiap Selasa dan Rabu
MASA: 9.30 malam
PELAKON: Choi Kang Hee as Kim Seo Weon / Kim Kyung Ja
.jpg)
SINOPSIS 7TH GRADE CIVIL SERVANT (TV9)
Drama ini berkisarkan tentang Kyung Ja lakonan Choi Kang Hee, seorang gadis pintar dan sentiasa bekerja keras demi menolong ibu bapanya di kampung. Di bandar Seoul, Kyung Ja melakukan pelbagai jenis kerja seperti, penjaga parkir dan pelatih Kendo. Apabila ditawarkan wang yang lumayan, Kyung Ja bersetuju menjadi calon bagi agensi mencari jodoh milik rakannya, Jun Ji dengan menggunakan nama Kim Seo Won.

Gil Ro yang dilakonkan oleh Joo Won, telah menghabiskan zaman kanak-kanaknya dengan menonton filem-filem James Bond. Dia bertekad untuk menjadi seorang perisik dan dia berusaha keras demi mencapai matlamatnya termasuklah mengambil ujian kemasukan ke Perkhidmatan Risikan Kebangsaan Korea (NIS).

Gil Ro dan Seo Won bertemu buat kali pertama apabila mereka bersetuju untuk hadir ke temu janji yang diaturkan untuk mereka. Perjumpaan selama dua jam itu membuatkan Gil Ro mahu kembali bertemu dengan Seo-Won. Segala informasi yang didapati melalui agensi mencari jodoh tersebut tidak langsung membantu Gil Ro dalam mencari Seo-Won. Dan mereka bertemu kembali apabila kedua-dua mereka diterima masuk ke pasukan NIS.

Ketika saat Seo Won mula jatuh hati kepada Gil Ro, Gil Ro telah dibuang daripada pusat latihan NIS atas alasan dia banyak melanggar peraturan di pusat latihan. Setahun kemudian, Gil Ro bertemu kembali Seo Won apabila Seo Won hadir untuk temuduga di syarikatnya. Hubungan mereka kembali rapat tanpa Gil Ro tahu yang Seo Won bekerja untuk NIS. Tanpa Seo Won ketahui, Gil Ro juga bekerja di bawah NIS untuk satu misi rahsia.

Adakah mereka berjaya menyembunyikan identiti sebenar mereka antara satu sama lain sehingga ke akhir? Bagaimana mereka mengimbangi kehidupan cinta mereka berdua bersama misi rahsia mereka untuk NIS?

Pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan cerita-cerita menarik dari Korea Oktober ini di TV9 (saluran 119). Selamat menonton!
