
THE MORTAL INSTRUMENTS : CITY OF BONES
GENRE: Aksi / Pengembaraan / Drama
MULA TAYANGAN: 22 Ogos 2013
PENGARAH: Harald Zwart
PELAKON: Lily Collins, Jamie Campbell Bower, Lena Headey, Jonathan Rhys Meyers, Robert Sheehan, Kevin Zegers, Jemima West

SINOPSIS THE MORTAL INSTRUMENTS : CITY OF BONES
Filem ini berdasarkan buku pertama yang diterbit pada tahun 2007, "The Mortal Instruments", yang ditulis oleh Cassandra Clare. Selepas Clary Fray, seorang remaja menyaksikan suatu pembunuhan di sebuah kelab, ibunya, Jocelyn diserang di rumah mereka di New York City.

Ibu dia juga diculik oleh Valentine dalam pencarian Valentine untuk Mortal Cup. Dia memanggil seorang Shadowhunter bernama Jace dan rakan Shadowhunternya, Alec dan Isabelle Lightwood demi mendapatkan bantuan mereka untuk menyelamatkan ibunya dan menyiasat sejarah silam sendiri.

Ibunya takut Clary akan menjadi seseorang yang tidak diingininya, iaitu seorang pahlawan yang berdarah kacukan separuh malaikat dan separuh manusia yang dikenali sebagai Shadowhunter memandangkan Clary mempunyai potensi tersebut.

Clary berjaya mencari Mortal Cup yang disimpan oleh Jocelyn dan menyembunyikan ibunya denga menggunakan kuasa barunya. Kemudian, dia dikhianati dan dipaksa menyerahkan Mortal Cup kepada musuh.

Clary sedang berlumba dengan masa untuk menyelamatkan ibunya sebelum terlambat. Namun, dia kini terlibat dalam sebuah perang antara kuasa berbeza.
