Quantcast
Channel: PEREKA CERITA
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1410

THE PURGE

$
0
0
THE PURGE
MULA TAYANGAN: 22 Aug 2013
GENRE:Horror / Thriller
DURASI: 85 minutes
PENGARAH: James DeMonaco
PELAKON: Ethan Hawke, Lena Headey, Rhys Wakefield, Max Burkholder, Adelaide Kane
ULASAN: Ohbulan



SINOPSIS THE PURGE
tahun 2022 di mana pada masa itu segala kegiatan jenayah adalah dibenarkan untuk satu malam pada setiap tahun. Kebanyakan mereka yang berjaya mengharungi malam penuh debaran itu adalah golongan berada yang mampu menyediakan aplikasi keselamatan di rumah mereka sebagai pelindung.

Namun berbeza dengan golongan miskin yang tidak berkemampuan, mereka terdedah kepada bahaya dan berpotensi untuk dibunuh.

Melalui undang-undang pembasmian ini, kerajaan Amerika percaya bahawa kadar jenayah berjaya dikurangkan dan ekonomi negara meningkat naik kerana rakyat hanya dibenarkan untuk melakukan jenayah pada satu malam tersebut.

Debaran The Purge bermula apabila James Sandin (Ethan Hawke), seorang usahawan yang menjual peralatan keselamatan rumah terdedah kepada bahaya apabila anak lelakinya, Charlie membenarkan seorang gelandangan berlindung di rumahnya.

Sekumpulan pembunuh kemudiannya tiba di rumah James dan meminta supaya James menyerahkan gelandangan itu atau mereka akan membunuh seluruh ahli keluarganya.

Keadaan menjadi bertambah buruk apabila kumpulan pembunuh itu memutuskan bekalan elektrik dan James sekeluarga terpaksa berdepan dengan gelandangan yang turut berpotensi membunuh keluarga itu.

Konflik berterusan apabila masa yang diberikan oleh pembunuh itu tamat dan James gagal menyerahkan apa yang mereka mahukan.

James dan keluarganya kini terdedah kepada bahaya sebenar apabila rumahnya diceroboh masuk oleh sekumpulan pembunuh yang menakutkan itu.

Namun tanpa disangka, datang pula kumpulan lain dan membunuh mereka yang menyerang keluarga James.

Jika anda fikir kehadiran mereka adalah untuk menyelamatkan keluarga James, maka anda silap kerana mereka juga menyimpan niat untuk menghapuskan keluarga James.

Siapakah mereka dan apakah yang telah dilakukan oleh James hingga mereka sekeluarga berdepan bahaya sebegini?

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1410

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>