Quantcast
Channel: PEREKA CERITA
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1410

WORLD WAR Z

$
0
0


WORLD WAR Z
TAYANGAN: 20 June 2013
BAHASA: English
SUBTITLE: Malay / Chinese
GENRE: Action / Drama / Horror
PENGARAH: Marc Forster
PELAKON: Brad Pitt, Mireille Enos and David Morse



SINOPSIS WORLD WAR Z

Filem ‘World War Z’ bermula pada satu hari yang biasa, seperti hari-hari yang lain. Seperti biasa, Gerry Lane dan keluarganya mendapati diri mereka terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.


Namun, sebagai seorang bekas penyiasat United Nations, Lane dapat merasakan ini bukan kesesakan jalan biasa. Kedengaran bunyi helikopter berterbangan di udara ditambah pula dengan bunyi bingit siren polis. Ia sebenarnya petanda bahawa keadaan sudah mula huru-hara.

Satu virus sedang pantas merebak. Mangsa yang digigit akan bertukar dari manusia biasa kepada sesuatu yang liar dan tidak dikenali. Mereka ini kemudiannya akan bertindak menyerang orang lain.

Asal usul virus tersebut tidak diketahui tetapi bilangan yang dijangkiti dengan virus ini bertambah pada kadar yang membimbangkan. Sehinggakan mengatasi pihak tentera di serata dunia dan membawa kepada kemusnahan kerajaan.

Lane terpaksa kembali kepada kehidupan lalunya untuk memastikan keselamatan keluarganya. Dia perlu mencari punca wabak itu dan cara menghentikan penyebarannya.








Viewing all articles
Browse latest Browse all 1410

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>