DESPICABLE ME (2010)
TAYANGAN: 08 July 2010
BAHASA: English
GENRE: AnimationDURASI: 1 Hour 40 Minutes
PENGARAH: Chris Renaud, Pierre Coffin
PELAKON: Steve Carell, Dana Gaier, Elsie Fisher, Jason Segel, Ken Jeong, Miranda Cosgrove
![]()
DESPICABLE ME 2 akan ditayangkan pada 03 July 2013 diarah oleh pengarah yang sama Chris Renaud, Pierre Coffin dan dilakonkan oleh Steve Carell, Kristen Wiig, Al Pacino, Miranda Cosgrove, Dana Gaier, Elsie Fisher, Russell Brand, Ken Jeong, Steve Coogan, Nasim Pedrad, Moises Arias
SINOPSIS DESPICABLE ME (2010) - Harian Metro
Status Gru sebagai penjahat terkemuka tercalar apabila wujud seorang lagi penjahat bernama Vector yang berjaya mengatasi kejayaannya dengan mencuri Piramid Giza.
![]()
Tertekan dengan situasi itu, Gru merancang mencuri sesuatu yang mustahil dilakukan manusia biasa, iaitu mencuri bulan. Pelbagai usaha dilakukan Gru dengan kerjasama askarnya yang comel digelar Minions dan seorang profesor yang bertanggungjawab mencipta pelbagai gajet untuk tujuan jahatnya.
![]()
Melihat babak lucu ini pasti mengingatkan penonton akan watak antagonis Dr Evil lakonan Mike Myers dalam Austin Powers yang tak pernah putus asa meneruskan rancangan jahat untuk menakluk bumi.
![]()
Pun begitu, impian Gru untuk mendapatkan bulan hampir musnah dengan kehadiran tiga anak yatim dari sebuah rumah kebajikan ke dalam hidupnya.
![]()
Kemunculan Margo, Edith dan Agnes bukan saja mengubah rancangan jahatnya, malah turut mengubah hidupnya yang tidak pernah mendapat kasih sayang daripada ibunya.
![]()
Menariknya filem ini, ia juga dilihat seolah-olah permainan sindiran yang selalu dipertaruhkan sebagai satu agenda Barat, terutama dari negara Uncle Sam, untuk menonjolkan sifat negatif masyarakat pendatang di negara mereka, terutama Russia.
![]()
Melihat masyarakat ini sebagai golongan minoriti yang harus diperhatikan dengan penuh waspada, ia seolah-olah satu suntikan biasa yang sering dilakukan pihak mereka sejak dulu.
![]()
![]()
Sindiran juga dapat dilihat apabila Gru cuba mendapatkan pinjaman dari Bank Kejahatan yang menawarkan pinjaman untuk penjenayah melakukan kejahatan apabila menonjolkan bank terbabit adalah bentuk perniagaan baru yang diusahakan Lehman Brothers, firma kewangan terbesar di dunia yang jatuh bankrap sekitar 2008.
![]()
Mungkin sebagai sindiran yang sinikal kepada golongan peminjam wang, ia bagaimanapun kurang terkesan berikutan jalan ceritanya lebih menjurus kepada pembentukan Gru menjadi insan dan bapa yang baik.
![]()
Lebih penting, anda pasti jatuh cinta dengan Minions yang penuh dengan aksi lucu yang tidak kering gusi apabila menonton gelagat mereka walaupun hingga tamat filem itu.
TAYANGAN: 8 Julai 2010