Quantcast
Channel: PEREKA CERITA
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1410

MIANG BULUH KELADI BIRAH (TV1)

$
0
0
MIANG BULUH KELADI BIRAH (TV2)
PENGARAH: Bade Hj Azmi.
SLOT : Tribute P. Ramlee
TARIKH: 18 November
MASA: 9.00 malam




Tahniah Miang Buluh Keladi Birah menang empat kategori.
1. Drama terbaik Anugerah Tribute P.Ramlee dari RTM
2. Pengarah Terbaik - Bade Azmi
3. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Hanis Kamal Bakar
4. Skrip Terbaik

Kemenangan itu membolehkan Bade menerima trofi dan RM10,000 setiap kategori. Pelakon utamanya Beto Khusairy dan Sharifah Amani masing-masing memenangi anugerah Pelakon Terbaik. Mereka membawa trofi dan wang tunai RM5,000. Pelakon muda, Hanis Kamal Bakar pula memang kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi telefilem yang sama. Penulis skripnya, Marjan Hananie menang Skrip terbaik. 


TENGOK FULL MOVIE ONLINE MIANG BULUH KELADI BIRAH




SINOPSIS MIANG BULUH KELADI BIRAH (TV1)
mengisahkan Anisah lakonan Wan Nor Azlin, seorang penulis skrip kematian suami sejak tujuh tahun lalu, mula berasa bosan tinggal di bandar dan berhasrat mahu kembali ke kampung halamannya. Anisah dapat merasakan situasi di perkampungan nelayan itu lebih tenang buatnya untuk menghasilkan skrip bermutu. Lalu perkara itu diluahkan kepada anak tunggalnya, Daniel (Hanis Kamal Bakar). Daniel menyokong penuh hasratnya mahu berhijrah pulang ke kampung. Apatahlagi kepulangan Anisah ke kampung dapat menjaga tanah dan rumah pusaka keluarganya yang lama ditinggalkan.


Di kampung, Anisah tinggal berjiran dengan Jalal, seorang duda yang memiliki anak gadis bernama Fara. Setelah beberapa bulan di sana, Anisah dan Jalal mula menjalin hubungan mesra hingga satu hari Jalal meluahkan hasrat mahu memperisterikan Anisah.

Bagaimanapun niat mereka untuk berkahwin ditentang hebat oleh anak masing-masing, Daniel dan Fara. Sejak awal Anisah dan Daniel sampai ke kampung lagi Fara sudah menganggap Daniel seperti musuh. Apatahlagi sebagai pelajar dari Kuala Lumpur, Daniel mudah menjadi perhatian ramai terutama pelajar perempuan termasuklah Mariam, teman sekolah Fara.

Sebenarnya Fara cemburukan Daniel kerana sejak kehadiran lelaki itu, dirinya mula diabaikan guru-guru di sekolah yang sebelum ini menganggap Fara adalah pelajar harapan untuk mengharumkan nama sekolah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sebaliknya mereka mula menamakan Daniel sebagai palajar harapan.

Dalam pada itu, Daniel pula menyimpan hasrat mahu bersahabat dengan Fara. Oleh kerana Fara kurang senang dengan Daniel, Mariam mengusik Fara sukakan Daniel. Kurang senang dengan usikkan itu, Fara mendesak Daniel supaya menafikan khabar angin tersebut. Sebaliknya Daniel hanya membalasnya dengan senyuman.

Satu hari keadaan menjadi kecoh apabila Mariam memberitahu dia melihat Jalal dan Anisah begitu mesra. Fara yang malu terus menyerang Daniel dengan mendakwa yang Anisah sengaja menggoda Jalal kerana Fara kenal siapa ayahnya yang sejak kematian ibunya enggan berkahwin lain kerana sayangkan Fara.

Tidak puas hati dengan cerita Mariam, masing-masing meminta kepastian daripada Jalal dan Anisah. Apabila Jalal dan Anisah mengaku yang mereka saling menyayangi, hubungan Daniel dan Fara semakin meruncing. Fara menuduh Anisah macam keladi birah – gatal. Manakala Daniel yang geram Fara menghina ibunya turut menuduh yang Jalal miang macam rebung buluh.

Lalu bagaimanakah kesudahannya bila satu hari Jalal dilanggar motorsikal dan mengalami kecederaan. Ketika itu dia amat memerlukan perhatian daripada seorang wanita untuk menguruskan pergerakan sehariannya. Mampukah Fara berkorban perasaan untuk melepaskan ayahnya untuk berkahwin dengan Anisah?

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1410

Trending Articles