Quantcast
Channel: PEREKA CERITA
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1410

NOW YOU SEE ME

$
0
0
NOW YOU SEE ME
TAYANGAN: 30 May 2013
BAHASA: English
DURASI: 1 Hour 55 Minutes
PENGARAH: Louis Leterrier
PELAKON: Jesse Eisenberg, Mark Ruffalo, Michael Caine
ULASAN: Harian Metro




SINOPSIS NOW YOU SEE ME
Kononnya ia adalah pertemuan empat ahli silap mata daripada latar belakang berbeza yang menerima jemputan aneh ke lokasi sama hingga membentuk mereka sebagai sebuah kumpulan silap mata terkenal dikenali sebagai ‘The Four Horsemen’.

Daniel Atlas lakonan Jesse Eisenberg, Henley Reeves (Isla Fisher), Jack Wilder (Dave Franco) dan Merritt McKinney (Woody Harrelson) bertemu dengan kuasa luar biasa dan akhirnya menjadikan mereka terkenal selepas mengadakan persembahan di Las Vegas setahun kemudian.

Mereka berjaya memperdaya penonton dengan memanggil seorang penonton bertuah bagi membantu menceroboh sebuah bank di Paris melalui mesin silap mata.

Kesemua penonton dihujani duit rompakan bank itu di dalam dewan persembahan, namun semuanya adalah permainan silap mata dan palsu.

Kejadian itu menarik minat pihak FBI bagi menyiasat perkara itu, namun keempat-empat ahli silap mata itu dibebaskan dari tahanan kerana FBI gagal mencari bukti sahih yang mengatakan mereka merompak bank.

The Four Horsemen kemudian kembali membuat per­sembahan di New Orleans dan kali ini FBI cuba me­ngekori bagi mencari bukti jenayah mereka. Mereka dibantu pula oleh Thaddeus Bradley lakonan aktor hebat, Morgan Freeman yang selama ini mencari duit dengan kerjayanya membongkar penipuan ahli silap mata.

Bradley bagaimanapun turut keliru untuk mencari kepastian akan ilmu silap mata The Four Horsemen yang sekali lagi berjaya menabur duit kepada penonton dengan mengalihkan sejumlah wang milik pengasas mereka sendiri, Arthur Tressler lakonan Michael Caine ke akaun beberapa penonton.

Tressler pula terkejut dengan tindakan empat ahli silap mata yang selama ini dibiayainya cuba menipunya dengan memberikan duit kekayaannya kepada orang awam.

Bradley makin keliru dan pihak FBI juga makin rumit mencari penyelesaian.

Now You See Me bukanlah naskhah ringan yang meletak satu fokus saja dalam penceritaanya, sebaliknya makin banyak pula teka-teki apabila kesemua ahli The Four Horsemen berjaya memboloskan diri daripada pihak berkuasa walaupun dikejar.


Timbul pula konflik kononnya ada pihak FBI yang menjadi dalang dan anggota kelima mereka. , hingga ke babak akhir barulah kita tahu punca dan sebab mengapa mereka berempat digabungkan dan alasan mereka merompak bank, mengkhianati pengasasnya dan sengaja memasang strategi menaburkan duit kepada penonton.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1410

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>