LONG WEEKEND
MULA TAYANGAN: 18 Apr 2013
BAHASA :Thai
GENRE:Horror
DURASI: 95 minutes
PENGARAH:Taweewat Wantha
PELAKON:Chinawut Indracusin, Sheranut Yusananda, Sean Jindachot, Natpassara Adulyamethasiri
![]()
SINOPSIS LONG WEEKEND
Filem ini mengisahkan Thongsook, seorang remaja yang pemalu, sering diganggu dan diejek oleh rakan-rakannya sejak kecil. Dia bernasib baik kerana mempunyai kawan baik bernama Nam, iaitu seorang gadis yang membesar bersamanya dan sentiasa
menjaganya.
![]()
Apabila Thongsook dan Nam memasuki kolej, mereka menghabiskan masa dengan kawan-kawan baru iaitu Boy, Jack, Beam dan Pui.
![]()
Bagaimanapun, kawan-kawan baru tersebut juga suka mengejek Thongsook. Apabila tiba cuti sekolah, rakan-rakan yang sering membuli Thongsook tidak menyedari bahawa mereka akan melalui sebuah pengalaman mengerikan.
![]()
Pengalaman tersebut membuatkan persepsi mereka terhadap Thongsook berubah. Kawan-kawannya telah mengembara ke sebuah pulau terpencil yang terletak di tengah-tengah tasik tetapi Thongsook tidak dijemput.
![]()
Tanpa diduga, Thongsook muncul apabila mereka tiba di pulau tersebut. Percutian yang selesa itu menjadi ngeri pada malam kedua yang dikenali sebagai Malam Hantu Lapar.