Quantcast
Channel: PEREKA CERITA
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1410

UDIN GLAMOR BALIK KAMPUNG (TV2)

$
0
0
UDIN GLAMOR BALIK KAMPUNG (TV2)
MULAI: 6 Mac 2013,
HARI: setiap Rabu,
MASA: 9.00 malam
PELAKON: Nabila Huda, Johan Memey Suhaiza, Khatijah Tan dan Qazem Nor



SINOPSIS UDIN GLAMOR BALIK KAMPUNG (TV2)
Udin Glamor, artis terkenal yang sudah empat tahun membina kerjaya di bandar merasakan dirinya perlu pulang ke kampung. Segalanya dilakukan kerana dia mahu membuktikan dirinya sudah berjaya sekaligus memulangkan paku buah keras kepada Mak Timah Kayo, ibu kepada gadis bernama Jenab G yang pernah menolak lamarannya beberapa tahun lalu.

Sementara itu teman baiknya, gadis berpewatakan kasar, Zakiah yang lebih dikenali sebagai Zack begitu teruja menantikan kepulangan sahabat baiknya itu. Namun segalanya hanya di simpan dalam hati.

Kepulangan Udin Glamor ke kampung membuka mata Mak Timah Kayo untuk bermenantukan artis popular itu. Begitu juga Jenab G yang mula berangan-angan menjadi isteri Udin Glamor. Bermacam cara di lakukan anak beranak itu untuk menarik perhatian Udin Glamor.

Namun pada masa sama Udin Glamor mulai rapat dengan Zack dan ini turut menimbulkan rasa cemburu dan tidak puas hati Samad, teman sekampung Udin Glamor yang begitu meminati Jenab G. Dia marah kerana kerana kedua-dua gadis itu mencuba pelbagai cara mendekati Udin Glamor.

Demi mencapai hasratnya bermenantukan Udin Glamor, Mak Timah Kayo menggunakan taktik kotor memerangkap Samad untuk dikahwinkan dengan Zack. Dia turut mengugut Mak Jah, ibu Zack supaya bersetuju dan memberi cagaran bahawa harga sewa rumah yang disewakan kepada keluarga itu akan dikurangkan sekiranya Zack bersetuju dikahwinkan dengan Samad.

Ketika itu juga berlaku konflik antara Zack dan Udin Glamor di mana Udin Glamor menyangka Zack sebenarnya memang menjalinkan hubungan cinta dengan Samad. Sebaliknya Zack pula beranggapan Udin Glamor masih menyayangi Jenab G.


Zack kemudiannya mahu menyerang Mak Timah Kayo kerana padai-pandai mahu mengaturkan perkahwinannya dengan Samad. Tetapi hasratnya terbantut bila tanpa sengaja dia terdengar rahsia Mak Timah Kayo yang mahu mengahwinkan anaknya Jenab G dengan Udin Glamor semata-mata mahu menumpang populariti lelaki itu. Namun segalanya di simpan dalam hati kerana tidak mahu disalah erti oleh Udin Glamor yang pasti menyangkakan dirinya sengaja mengada-adakan cerita memburukkan keluarga itu.



Samad mengajak Zack menyertainya mengaturkan misi membalas dendam terhadap Mak Timah Kayo. Mereka merancang supaya Zack yang berpewatakan lelaki menyamar sebagai lelaki kaya untuk ‘menjerat’ Jenab G yang gilakan harta.

Lalu berlakulah peristiwa yang mencuti hati bila misi tersebut mula dijalankan. Bagaimanakah kesudahan kisah cinta antara Zack dan Udin Glamor?

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1410

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>