Quantcast
Channel: PEREKA CERITA
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1410

KEMBOJA DI LAMAN CHIN PENG (TV2)

$
0
0
KEMBOJA DI LAMAN CHIN PENG (TV2)
TARIKH: 1 Mac 2013,
MASA: 9.00 malam
PELAKON: Nisha Dirr, Zarynn Min, Sheila Mambo, Lan Siro, Yus Waisar, Zaidi Omar, Jesse Lim, Z. Zambri, Ibrahim Akir, Marop, Khamsah



SINOPSIS KEMBOJA DI LAMAN CHIN PENG (TV2)
Ia mengisahkan persahabatan dan pertempuran di dalam terowong komunis dan kesengsaraan hidup balu yang ditinggalkan dek terkorban demi tanah air tercinta. Drama perjuangan perajurit tanahair yang berlatarkan dua zaman dan memaparkan dua generasi wra-wira tanahair. Lt Sharif dan Lt Zulkifly mewakili generasi X, manakala Kapten Sulaiman dan Sjn Md Noor mewakili generasi Y. Bagi mereka kepentingan tugas dan tanggungjawab mempertahankan negara mengatasi segala-galanya.

Pada masa sama berlaku perang /moden tentang dugaan kehidupan seorang balu tentera, Melia dan dilema yang dihadapi oleh anaknya iaitu Kapten Sulaiman yang mengikuti jejak arwah ayahnya. Selepas kematian suami di dalam satu pertempuran terowong dengan pengganas komunis, Melia perlu mencari hala tuju kehidupannya sendiri. Apatahlagi arwah suami yang belum sempat meninggalkan harta. Melia bekas jururawat terpaksa balik ke kampung dan tinggal bersama ibunya. Berbekalkan modal yang ada, Melia mencuba pelbagai kerja antaranya membuka kedai runcit, mengambil upah menjahit baju, menjual kuih, dan akhirnya menoreh getah untuk menyara anak tunggalnya Sulaiman. Kehidupan sebagai seorang janda muda nyata menguji kesabaran.

Melia akhirnya berjaya membesarkan Sulaiman hingga ke universiti seperti yang dihajatkan oleh arwah. Sejak mengetahui ayahnya mati ditembak komunis, rasa kebencian kepada komunis semakin membuak. Sulaiman berazam membela kematian ayahnya. Keputusan Sulaiman bagi memasuki tentera sangat mengejutkan Melia dan ditolak kerana bimbang ‘pisang berbuah dua kali’. Bagi Puan Melia, Sulaiman adalah segala-galanya. Dia tidak sanggup kehilangan anaknya itu seperti mana dia pernah kehilangan suami sebelum ini.

Sulaiman akhirnya memasuki tentera. Dalam satu operasi iaitu tiga bulan sebelum tarikh perkahwinan, Kapten Sulaiman bertempur dengan pengganas komunis. Seorang komunis berbangsa Melayu yang cedera telah berjaya di tawan. Kapten Sulaiman mahu pengganas tersebut di rawat dan di bawa balik ke markas untuk soal siasat.

Manakala anggota bawahannya yang diwakili oleh Sarjan Md Noor mahu pengganas tersebut di tembak mati tanpa mengira apapun bangsanya. Bagi mereka, komunis tetap komunis. Maka berlakulah perdebatan hujah antara Kapten Sulaiman dengan Sarjan Roslan. Dalam masa yang sama, Kapten Sulaiman di datangi roh arwah ayahnya yang tidak setuju akan keputusan beliau. Di dalam mimpi, dia berhujah dengan ayahnya perihal isu membela komunis. Perdebatan ini bertujuan menyindir segelintir golongan masyarakat yang pada hari ini khususnya bangsa Melayu yang menyokong perjuangan komunis.

Keesokan harinya, ketika mengiringi pengganas komunis keluar dari hutan, anggota pengiring telah tergelincir batu dan jatuh ke lembah bersama pengganas. Pengganas komunis berjaya merampas senjata dan menembak Kapten Sulaiman.

Akhirnya Kapten Sulaiman terpaksa bersetuju dengan pendapat anggota-anggotanya dan arwah ayahnya bahawa pengganas komunis adalah komunis hingga bila-bila. Beliau perlu membuat keputusan segera. Antara arahan, Konvensyen Geneva 1949, dan kepentingan generasi akan datang.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1410

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>