Quantcast
Channel: PEREKA CERITA
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1410

BUDOY (ASTRO)

$
0
0
 

BUDOY (ASTRO BELLA)
MULAI: 11 Oktober 2012,
HARI: setiap Isnin hingga Jumaat
MASA: 3.00 petang


SINOPSIS (ASTRO BELLA)

Budoy secara ringkasnya mengisahkan suka duka seorang lelaki bernama Budoy yang dilahirkan sebagai seorang yang terencat akal dan disisihkan oleh ahli keluarganya sendiri yang terdiri dari keluarga yang berjaya dalam bidang perubatan.

Kejayaan Dr Anton Maniego sebagai seorang doktor perubatan tapi tanpa memiliki zuriat sememangnya tidak boleh dipertikaikan. Namun semuanya berubah apabila isterinya, Luisa, melahirkan Budoy yang tidak normal, melalui satu proses telah dijalankan oleh Dr Anton Maniego sendiri.

Lebih tragis, pada sambutan ulang tahun kelahiran Budoy yang kelima, neneknya dengan sengaja telah menyerahkan Budoy kepada orang yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga dan menyembunyikan Budoy dari khalayak ramai supaya tidak memalukan nama keluarga mereka.

Apakah nasib yang bakal diterima oleh Budoy setelah dia diserahkan kepada keluarga angkat yang lain? Mampukah ahli keluarga Dr Anton Maniego menyembunyikan perkara sebenar tentang keadaan anaknya Budoy kepada umum?

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1410

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>