Quantcast
Channel: PEREKA CERITA
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1410

HANYA DENGAN BISMILLAH (TV1)

$
0
0
HANYA DENGAN BISMILLAH (TV1)
EPISOD: 13 Episod
TARIKH: 23 Januari 2013,
HARI: setiap Isnin hingga Khamis,
MASA: 11.30 pagi
SLOT: Bidadari di TV1
PELAKON: Marissa Yasmin sebagai Zulaika, Shahrol Nizam (Hadi), Arash Mohd (Alias), Shenthy Feliziana Sudirman (Nusrah), Watie Sadali (Saerah), Fareth Rudy Agang (Tariq), Afiq Muiz Azman Shah (Munir), Muhammad Fadzrin Danial Abdul Jamil (Kabir), Puteri Balqish Azizi (Khalisha), Dian P Ramlee (Datin Marisa, Maimon Talib (Mak Salmah), Zaidi Omar (Tan Sri Johari) dan Fadhil Dani (Datuk Tarmizi)



SINOPSIS HANYA DENGAN BISMILLAH
mengisahkan kesukaran seorang wanita untuk menguruskan rumah tangga selepas kematian suami. Biarpun bermula dengan kepayahan tetapi dengan kecekalan segala kepayahan dapat diatasi.


Segala konflik mula terbongkar selepas kematian mengejut Alias akibat diserang sakit jantung. Ketika itu juga rakan Alias, Hadi, bercerai dengan isterinya.

Selaku ketua keluarga menggantikan suaminya, Zulaikha (Marissa Yasmin) secara mutlak menjadi pemegang saham terbesar syarikat diusahakan Alias iaitu AZ Motor Sdn Bhd. Namun disebabkan kurang arif mengenai selok-belok perniagaan secara tidak langsung memudahkan Hadi memanipulasi keadaan.

Apapun, menyedari bisnes yang dibina arwah Alias perlu dimajukan demi menjamin masa depannya dia dan anak mereka, Zulaikha nekad masuk ke pejabat serta nekad belajar dari bawah. Biar pada awalnya, dia terkial-kial menjalankan tugas, dengan bantuan Munir, salah seorang kakitangan pejabat itu, akhirnya memudahkan kerja Zulaikha.

Akhirnya Zulaikha mulai sedar bahawa Hadi banyak menyelewengkan wang syarikat. Tidak lekas melatah, Zulaikha memantau pergerakan Hadi dan pada masa sama, dia meningkatkan pengetahuannya mengenai perniagaan.

Mampukah Zulaikha bangkit menewaskan Hadi yang berniat buruk? Apakah juga tangan seorang wanita yang menghayun buaian sebelum itu berjaya menggoncang dunia?

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1410

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>