
DALAM SETIAP SUJUD (TV9)
PENGARAH: Raja Ahmad Alauddin
MENGGANTIKAN DRAMA : Terlanjur Cinta
MULAI: 8 Januari ini,
HARI: setiap hari Isnin dan Selasa
MASA: 8.30 malam
EPISOD: 14 episod
PELAKON: Nur Fathia, Azlee Khairi , Keith Foo, Elfaeza Ul-Haq, Syatilla Melvin dan Aidil Aziz, Rozie Othman, Watie Sadali, Mak Engku dan Idris Md Diah

DOWNLOAD DRAMA DALAM SETIAP SUJUD (TV9)
Dalam Setiap Sujud Episod 01 = DOWNLOAD
Dalam Setiap Sujud Episod 02 = Isnin
Dalam Setiap Sujud Episod 03 = selasa
Dalam Setiap Sujud Episod 04 = isnin
Dalam Setiap Sujud Episod 05 = selasa
Dalam Setiap Sujud Episod 06 =
Dalam Setiap Sujud Episod 07 =
Dalam Setiap Sujud Episod 08 =
Dalam Setiap Sujud Episod 09 =
Dalam Setiap Sujud Episod 10 =
Dalam Setiap Sujud Episod 11 =
Dalam Setiap Sujud Episod 12 =
Dalam Setiap Sujud Episod 13 =
Dalam Setiap Sujud Episod 14 (TAMAT) =
SINOPSIS DRAMA DALAM SETIAP SUJUD (TV9)
Dalam Setiap Sujud diinspirasikan daripada peristiwa letupan Gunung Merapi yang meragut ratusan nyawa di Yogjakarta.Hendra yang kehilangan isterinya dalam peristiwa letusan Gunung Merapi di Yogyakarta.

Kehadiran Jannah (Nur Fathia), sukarelawan daripada Malaysia membibitkan sedikit rasa cinta di hati Hendra apabila melihatkan kelembutan Jannah melayan anaknya kecilnya yang bernama Ilah.

Konflik terjadi apabila Jannah menerima lamaran Puan Endah (Rozie Othman) yang berkenan dengan peribadi Jannah yang sering sahaja tersenyum ketika dia dimasukkan ke hospital. Puan Endah yang juga bekas majikan bapa Jannah mahukan Jannah menjadi isteri kepada anaknya, Fareez (Azlee Khairi).

Malangnya, Fareez yang suka berpoya-poya itu tidak mahu Jannah menjadi isterinya kerana dia sudahpun mempunyai pilihan sendiri iaitu Zulaikha (Elfaeza UI Haq).

Bagi Fareez, Jannah tidak layak untuk menjadi isterinya jika dibandingkan dengan Zulaikha yang lebih moden dan kedudukan Zulaikha juga lebih setaraf dengannya. Tetapi atas desakan Puan Endah, Fareez terpaksa akur dan menerima pilihan ibunya itu jika tidak dia akan kehilangan semua harta keluarganya. Sejak itu Fareez berjanji akan membuatkan Jannah tersiksa dengan hidup bersamanya.

Bagaimana pula dengan Hendra yang jauh di Indonesia tapi tidak pernah sedetik pun melupakan Jannah? Jangan lupa untuk mengikuti drama menarik Dalam Setiap Sujud ini bagi mengetahui kesudahannya hanya di TV9!
