
LEGACY (TV3)
MULAI: 5 Disember
MASA: 3 petang
HARI: Isnin – Khamis
PELAKON: lovi Poe, Heart Evangelista dan Alessandra De Rossi.

SINOPSIS LEGACY (TV3)
Secara ringkasnya, drama ini mengisahkan tentang perebutan kuasa di antara 3 beradik Alcantara di Perbadanan Legacy.
Cerita ini bermula apabila waris tunggal Legacy Corporation, Cesar Alcantara jatuh cinta dengan pekerja kilang rendah bernama Isabel Calcetas. Bapanya Don Romualdo Alcantara, menghalang Cesar berhubungan dengan Isabel dan sebaliknya memaksa dia untuk berkahwin dengan Eva

Eva seorang anak perempuan hartawan perbankan yang meminjamkan mereka wang untuk menyelamatkan Perbadanan Legacy daripada muflis. Tetapi Cesar bingung, dia amat cinta dengan Isabel. Cesar serius dengannya dan dia bersedia untuk berjuang untuk cinta mereka.

Tetapi segalanya berubah apabila Eva memberitahu kepadanya bahawa dia hamil dan anak tersebut adalah anak Cesar. Sebenarnya, Eva hanya berpura-pura, kerana dia tidak boleh mengandung kerana masalah ovari. Bermulalah segala konflik dan kekejaman dalam drama ini.
