FILEM: Jack Reacher
ARAHAN: Christopher McQuarrie
PELAKON: Tom Cruise, Rosamund Pike dan Richard Jenkins
GENRE: Aksi
TAYANGAN: 20 Disember 2012
ULASAN: Amirul Haswendy Ashari (Harian metro)
![]()
SINOPSIS JACK REACHER
Filem adaptasi daripada siri novel tulisan novelis Britain, Lee Child mengisahkan Jack Reacher, bekas polis-tentera (MP) yang hidup terumbang ambing selepas tamat perkhidmatan.
Sekembalinya daripada kem luar negara, dia hidup merempat tanpa komitmen; tiada rumah, pekerjaan, kereta, harta benda, malah tiada keluarga.
Jika dilihat fizikal Cruise yang pendek, aktor itu bukan calon sesuai membawa watak lasak sebegini. Namun yang membuatkan karakter bawaan Cruise ini menjadi ialah kebijaksanaannya mengawal keadaan.
![]()
Cruise mengawal karakter Jack Reacher sebagai seorang yang ‘brutal’, pantas tapi penuh saintifik. Apabila Reacher mula buka langkah, sasarannya hanya satu iaitu melumpuhkan musuh.
Pengarah sinematografi juga bijak bermain dengan shot yang didefinisikan sebagai elegan, sesekali tampak ‘old-school’, terutama pada shot aksi.
![]()
Setiap tumbukan, tendangan, tulang patah atau jatuhan tubuh; ia hampir sempurna dan tepat daripada sudut koreografi tempur.
Begitu juga babak mengejar kereta dengan beberapa suntikan teknikal dan ‘trick’ yang bijak.
Cruise juga tahu menggunakan peluang menghidupkan watak Reacher daripada sudut jenaka walaupun wataknya bukan pelawak, tapi ada suntikan ringan yang membuatkan penonton ketawa.
![]()
Memang sedikit pelik pada awal plot yang janggal daripada penceritaan novel tapi sebaik saja plot berkembang, penonton lebih selesa merasai lontaran karakter Cruise.
Jika anda peminat filem aksi yang realistik, Jack Reacher wajib menjadi pilihan senarai filem aksi tontonan hujung minggu!