
THE PACIFIER (TV9)
TARIKH: 18 Disember 2012
HARI: Selasa
MASA: 10.00 malam

SINOPSIS THE PACIFIER (TV9)
Leftenan Shane Wolf, seorang pegawai US Marin SEAL, telah ditugaskan untuk menjaga keselamatan seorang saintis yang kini sedang membuat projek rahsia bagi kerajaan. Namun, ketika dalam pengawasan Wolf, saintis tersebut dibunuh oleh pembunuh upahan. Kertas kerja projek rahsia beliau masih berada di dalam rumah.

Oleh itu, Wolf ditugaskan untuk melindungi Julie, isteri saintis tersebut dan juga empat anak mereka iaitu Zoe, Seth, Lulu dan Peter. Pengalaman Wolf begitu meluas dalam tentera dan sering dihantar untuk menjalani misi merbahaya di serata dunia. Tetapi Wolf tidak mempunyai pengalaman langsung tentang menjaga kanak-kanak , apatah lagi membesarkan mereka.

Bolehkah Wolf menyesuaikan dirinya menjadi penjaga dan sekaligus pengawal peribadi mereka? Jangan lupa saksikan filem penuh aksi dan lucu yang dibintangi oleh Vin Diesel, Faith Ford, Brittany Snow, Max Thieriot, Morgan York, Brad Garret dan Carol Kane.
