
PESAN DARI TUHAN
TARIKH : 28 Jun 2015
HARI: Ahad,
MASA: 10.00 malam
SLOT: Cereka Ahad TV3
PELAKON : Azhan Rani, Remy Ishak, Izreen Azminda, Luvna Wilma, Elly Suriati, Dato’ Rahim Razali, Benladin, Baby Sofeea


SINOPSIS PESAN DARI TUHAN
Manisah (Izreen Azminda) dan Jamil (Azhan Rani) ialah adik-beradik kandung. Namun, sudah bertahun mereka tidak bertegur sapa hanya kerana berebutkan rumah pusaka. Setelah banjir melanda kampung mereka, anak Manisah dihanyutkan air dan mereka kehilangan seluruh harta milik mereka, semuanya telah berubah. Musibah itu berjaya menyatukan bukan sahaja Manisah dan Jamil, tetapi ramai lagi penduduk kampung itu.


