Quantcast
Channel: PEREKA CERITA
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1410

AJANABEE (TV2)

$
0
0
AJANABEE (TV2)
TARIKH: 28 November 2012
HARI: setiap Rabu,
MASA:10.00 malam.



SINOPSIS AJANABEE (TV2)
berkisar tentang pasangan yang baru mendirikan rumahtangga, Raj (Bobby Deol) dan Priya (Kareena Kapoor) yang berpindah ke Switzerland. Perpindahan mereka ke Switzerland adalah kerana cita – cita Raj yang ingin menjadi pemain polo professional.
 
Di sana Raj dan Priya bertemu dengan satu lagi pasangan muda yang juga berasal dari India Vicky (Akshay Kumar) dan Sonia (Bipasha Basu). Persahabatan yang erat terjalin itu bagaimanapun tergugat apabila Vicky mencadangkan agar dia dan Raj bertukar pasangan.
 
Raj amat berang dengan cadangan Vicky yang tidak masuk akal itu. Namun, pada hari ulangtahun kelahiran Vicky, mereka berseronok sehingga Raj dan Vicky mabuk dan Vicky membangkitkan semula ideanya itu.
 
Akhirnya Raj pulang ke rumah Sonia sementara Vicky mengetuk pintu rumah Priya. Satu tragedi telah berlaku apabila keesokan paginya apabila Raj bangun dari tidurnya, dia mendapati Sonia telah mati dibunuh. Raj menjadi suspek utama dalam kes pembunuhan Sonia.
 
Benarkah Raj membunuh Sonia? Apakah yang terjadi sebenarnya pada malam di saat Raj bersama Sonia dan Vicky bersama Priya?

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1410

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>