
KEKASIH BERBISIK (TV3)
MULAI: 1 Oktober 2014
HARI:Setiap Rabu
MASA: 9.00 malam
EPISOD : 13 Episod
PELAKON : Remy Ishak, Keith Foo, Tasha Shilla, Normah Damanhuri, Nurul Aini, Nick Mikhail dan Demmy Febriana

DOWNLOAD KEKASIH BERBISIK (1 - 13 TAMAT)
Kekasih Berbisik Episod 01 = DOWNLOAD
Kekasih Berbisik Episod 02 = DOWNLOAD
Kekasih Berbisik Episod 03 = DOWNLOAD
Kekasih Berbisik Episod 04 =
Kekasih Berbisik Episod 05 =
Kekasih Berbisik Episod 06 =
Kekasih Berbisik Episod 07 =
Kekasih Berbisik Episod 08 =
Kekasih Berbisik Episod 09 =
Kekasih Berbisik Episod 10 =
Kekasih Berbisik Episod 11 =
Kekasih Berbisik Episod 12 =
Kekasih Berbisik Episod 13 (TAMAT) =
.jpg)
SINOPSIS KEKASIH BERBISIK (TV3)
Kisahnya bermula di Bali, Indonesia apabila Imran (Remy Ishak), seorang arkitek mengikut kawan baiknya, Andi (Nick Mikhail) ke Bali untuk mencari idea baharu serta peluang kerjasama di sana. Andi, seorang juru gambar profesional tertarik dengan keindahan seni pulau itu termasuk wanita dan seni tariannya. Andi obses dengan kelembutan dan gemalai tari Sulastri (Demmy Febriana). Pertama kali melihat Sulastri, Imran juga terkesima dengan keindahan dan kehalusan seni tari yang dipersembahkan.

Ketika itu, Sulastri berhadapan dengan konflik cinta apabila kekasihnya, Dharma (Keith Foo) didakwa atas tuduhan jenayah rasuah dan bakal dipenjarakan. Dharma berasa kesal dan berjanji akan berubah sebaik dibebaskan. Dia juga bersumpah akan kembali mendapatkan cinta Sulastri.

Imran dan Andi mula rapat dengan Sulastri. Cinta telah hadir antara Imran dan Sulastri. Sebenarnya Imran telah berkahwin dengan Nora (Nurul Aini) di Singapura. Mereka berdua bahagia walaupun tidak dikurniakan anak. Imran tidak mahu mengkhianati Nora tetapi dia tidak dapat melupakan Sulastri. Akhirnya, Imran berkahwin dengan Sulastri di Bali tanpa memberitahu Nora.
.jpg)
5 tahun telah berlalu. Imran menyimpan rapi rahsia daripada Nora dan Sulastri. Kehadiran Eka, puteri mereka semakin mengikat kasih sayang antara Imran dan Sulastri. Malangnya, kematian tragis Sulastri telah mencetuskan huru hara dalam hidup Imran. Imran tertekan dan membawa Eka pulang ke Singapura.
.jpg)
Nora kecewa dengan penjelasan Imran dan tidak menyangka Imran akan mengkhianatinya. Nora mula menjauhkan diri dan berubah menjadi seorang yang panas baran. Imran pula menjadi murung selepas kematian Sulastri. Lebih merumitkan keadaan lagi apabila Imran terlibat dalam kemalangan dan mengalami trauma. Imran telah dibawa balik ke Perlis oleh ibunya, Mak Jah (Normah Damanhuri) untuk merawat. Nora hanya akur kerana dia juga mahu masa untuk bersendiri.
.jpg)
Di Perlis, sepupu Imran, Tina (Tasha Shilla) yang belajar dalam jurusan perubatan mengambil kesempatan ini untuk membuktikan cintanya kepada Imran. Bekas teman lelaki Sulastri, Dharma yang sudah dibebaskan, berdendam dengan Imran dan akan melakukan apa sahaja untuk memusnahkan hidupnya. Andi pula bertemu dengan Lily yang wajahnya persis Sulastri. Apakah misteri kematian Sulastri bakal terungkai? Apakah kesudahan bagi kemelut rumah tangga Imran dan Nora?
.jpg)
.jpg)