
CERITA CINTA KITA (TV3)
PELAKON: Nabila Huda, Aeril Zafril, Liza Abdullah
MULAI : 2014
ADAPTASI : Novel Cerita Cinta Kita


SINOPSIS CERITA CINTA KITA (TV3)
Humayra gadis biasa yang tanpa sedar mengubah diri Hasif Harraz.Humayra memang telah lama menyimpan perasaan pada Hasif. Tapi siapa dia yang mahu mencorak hidupnya sebagai isteri andai lelaki yang dipuja tidak sudi.
Dendam lama dan harta adalah dua sebab utama Hasif bersetuju menerima Humayra isteri.

Jika diturutkan hati,wajah perempuan itu tidak mahu ditatapnya.Namun,sedalam mana benci yang ditanam dalam hati? Dia sedar, dia takkan mampu mengatasi rasa cinta yang semakin bercambah.Dia mula menyayangi Humayra.

Ketika kasih mula disemai, cinta disulam, satu rahsia membuatkan Humayra terluka. Kemaafan buat Hassif bagaikan tiada. Kehadiran Ridwan dan Camelia makin menambah kerumitan yang ada.
Siapa Ridwan dan Camelia? Mampukah Humayra memaafkan Hasif Harraz.

