Quantcast
Channel: PEREKA CERITA
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1410

THE SECOND COMING

$
0
0
THE SECOND COMING
MULA TAYANGAN: 13 Mar 2014
GENRE:Horror / Thriller
PENGARAH:Herman Yau
PELAKON:Joey Leong, Kenny Wong, Maggie Shiu Mei Kei, Don Li



SINOPSIS THE SECOND COMING
The Second Coming mengisahkan mengenai Jen, lakonan Maggie Shiu Mei Kei, yang hidup di kota Hong Kong bersama suaminya, Ming (Kenny Wong Tak Bun) dan anak lelaki mereka, Sunny (Don Li Yat Long).


Kesusahan keluarga ini yang berhijrah dari China untuk membina kehidupan di kota serba mewah itu, cukup menguji diri.

Jen mencari rezeki dengan bekerja sebagai pelayan di sebuah pusat karaoke. Namun, nasibnya malang apabila beliau dirogol seorang pengunjung pusat hiburan terbabit.

Akibat insiden itu, wanita malang berkenaan mendapati dirinya hamil. Namun kerana kesusahan hidup, Ming mendesak Jen menggugurkan kandungannya. Tetapi, Jen berkeras untuk melahirkan bayi dalam kandungannya itu.

Begitupun, tidak tahan dengan desakan suami, Jen berusaha menggugurkan kandungannya sendiri. Namun, Jen akhirnya terpaksa dikejarkan ke hospital akibat perbuatannya itu.

Jen akhirnya membesarkan anak perempuannya yang diberi nama Lucy (Joey Leong). Begitupun, Ming tidak pernah sesekali menganggap Lucy sebagai anaknya dan sering menyalahkan bayi tidak berdosa itu atas apa yang berlaku.

Sementara itu, tindakan Lucy membawa pulang balang yang ditemui di sebalik sebatang pokok di hadapan rumahnya membuatkan pelbagai bayang muncul, yang menghantui dirinya.

Lucy juga kini dapat melihat benda yang tidak dapat disaksikan orang lain, selepas kejadian itu.


Menyedari anaknya diganggu makhluk halus, Jen cuba mengubatinya dengan membawanya berjumpa bomoh tetapi, pelbagai persoalan mula timbul sehingga Jen dibayangi makhluk misteri, yang mengaku sebagai anak yang pernah digugurkan dulu.

Jen menjadi semakin takut apabila makhluk terbabit mendesak dirinya untuk mengikutnya pergi ke sebuah tempat lain. Penuh dengan tipu helah yang berselirat tekateki, filem ini semestinya judul yang tidak harus dilepaskan penonton.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1410

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>