
SAVING MR BANKS
GENRE: Drama
MULA TAYANGAN: 20 Februari 2014
PENGEDAR: WALT DISNEY PICTURES
PENGARAH: John Lee Hancock
PELAKON: Tom Hanks, Emma Thompson, Colin Farrell, Paul Giamatti, Jason Schwartzman, B. J. Novak, Ruth Wilson

SINOPSIS SAVING MR BANKS
"Saving Mr. Banks" ialah sebuah filem biografi drama tentang produksi filem popular Walt Disney Studios, "Mary Poppins", pada tahun 1964. Filem ini dibintangi Tom Hanks sebagai Walt Disney dan Emma Thompson sebagai penulis P.L. Travers.

Fokus filem ini ialah hidup Travers, berulang-alik antara 1907, zaman kanak-kanaknya di Queensland, Australia, perundingan dengan Walt Disney dan proses penghasilan Mary Poppins pada era 1960-an.

Semasa Travers berada di California untuk penggambaran, dia terfikir tentang zaman kanak-kanaknya yang sukar di Australia, terutamanya ayah Travers, inspirasi untuk watak ayah dalam cerita tersebut, Mr. Banks.