Quantcast
Channel: PEREKA CERITA
Viewing all 1410 articles
Browse latest View live

HOME RUN

$
0
0


HOME RUN
GENRE: Drama / Sukan
MULA TAYANGAN: 3 April 2014
PENGARAH: David Boyd
PELAKON: Scott Elrod, Dorian Brown, James Devoti





SINOPSIS HOME RUN
Menceritakan tentang pemain besbol, Cory Brand yang handal dan sentiasa menjuarai liga besar. Namun, kadang-kala kenangan masa lalu menghantui hidupnya.

Agen Cory telah memindahkan beliau ke kampung halamannya untuk melatih pasukan muda dan menghabiskan lapan minggu dalam program pemulihan akibat insiden alkohol.



Cory berasa tidak sabar untuk kembali ke masa lalu dan dalam masa yang sama Cory telah menemui dirinya sebenar dengan mengalami proses transformasi serta dapat menebus kembali masa silamnya.





HUNTER X HUNTER - THE LAST MISSION

$
0
0


HUNTER X HUNTER - THE LAST MISSION
GENRE: Fantasi
MULA TAYANGAN: 27 Mac 2014
BAHASA: Japanese
PENGARAH: Keiichiro Kawaguchi
PELAKON: Mariya Ise, Megumi Han



SINOPSIS HUNTER X HUNTER - THE LAST MISSION
Seorang pembunuh terhebat pernah wujud dalam Organisasi Pemburu yang kemudiannya telah berpecah kepada dua kumpulan iaitu 'light' dan 'dark'.

Kemudian kumpulan pemburu 'dark' mula membunuh pemburu lain. Diarahkan oleh Keiichiro Kawaguchi dan dibintangi oleh Mariya Ise dan Megumi Han.

ANUGERAH TERINDAH (DOWNLOAD)

$
0
0
ANUGERAH TERINDAH (TV3)
JUMLAH EPISOD: 15 episod
HARI : Isnin hingga Khamis,
SLOT: Samarinda TV3
MASA: 10.00 - 10.30 malam
PELAKON : Sari Yanti, Fezrul Khan, Syafiq Kyle, Alif Hadi, , Ayda Jebat, Adriana



SINOPSIS ANUGERAH TERINDAH (TV3)

DOWNLOAD ANUGERAH TERINDAH
Anugerah Terindah Episode 01 = DOWNLOAD
Anugerah Terindah Episode 02 = DOWNLOAD 19/3 - TONTONonline
Anugerah Terindah Episode 03 =DOWNLOAD 20/3 - TONTONonline
Anugerah Terindah Episode 04 = DOWNLOAD 28/3
Anugerah Terindah Episode 05 = DOWNLOAD 3/4
Anugerah Terindah Episode 06 = DOWNLOAD
Anugerah Terindah Episode 07 = DOWNLOAD 10/3
Anugerah Terindah Episode 08 =
Anugerah Terindah Episode 09 =
Anugerah Terindah Episode 10 =
Anugerah Terindah Episode 11 =




SINOPSIS ANUGERAH TERINDAH
mengisahkan tentang Amar, lakonan Fezrul Khan, yang mempunyai sikap dingin dan hanya komited pada kerjayanya sahaja. Amar juga tidak mempercayai wanita setelah gagal dalam membina rumah tangga. Berbeza dengan adiknya, Amir (Syafiq Kyle) yang lebih mesra dan sering keluar berfoya-foya sehingga mengabaikan kerja di pejabat. Perbezaan sikap mereka berdua itu membuatkan mereka sering bertikam lidah. Ayah mereka, Dato’Rahman (Omar Abdullah) menasihati anak-anaknya agar berbaik namun Amar dan Amir tidak mengendahkannya.

Di pejabat, Dato’ Rahman mempunyai seorang setiausaha bernama Riana (Sari Yanti). Amar tidak menyukai Riana dan selalu mencari kesalahan Riana. Namun, mengenangkan akan Dato’ Rahman yang amat baik pada keluarga Riana, gadis itu terus bersabar dengan sikap Amar.

Sementara itu, Amir cuba membuktikan bahawa dia juga boleh membuat keputusan yang bijak seperti Amar. Jadi, Amir menghasut ayahnya untuk membeli sebuah syarikat yang telah dijual oleh seorang ahli perniagaan. Melihat kesungguhan Amir, Dato’ Rahman memberi peluang dan meletakkan kepercayaannya pada Amir lalu bersetuju membeli syarikat itu.

Namun, sehari selepas membeli syarikat itu barulah mereka ketahui bahawa mereka terpaksa menanggung kerugian berjuta ringgit hasil hutang pemilik syarikat sebelum ini. Musibah itu menyebabkan Dato’ Rahman diserang sakit jantung. Selepas kejadian itu, Dato’ Rahman dijaga oleh Riana. Malah, Riana turut menjaga anak kecil bernama Rita iaitu anak Dato’ Rahman bersama isteri keduanya yang baru sahaja meninggal dunia. Amar terkejut mendapat tahu ayahnya selama ini mempunyai isteri kedua.

Amar tidak berpuas hati kerana baginya selama ini dia mempertaruhkan sepenuh hidupnya pada syarikat mereka. Sedangkan ayahnya bersenang lenang dengan isteri baru manakala Amir pula tidak kisah tentang syarikat dan suka berfoya-foya.

Sejak iu, Amar sering melepaskan perasaan marah dan bencinya pada Riana. Amir sentiasa mempertahankan Riana dan menceriakan gadis itu. Amar bertambah geram apabila Dato’ Rahman mengarahkan Riana untuk tinggal bersama mereka demi menjaga Rita. Dalam diam Amar sebenarnya cemburu melihat kemesraan di antara Dato’ Rahman, Amir, Rita dan Riana.


Di pejabat Amar mula rasa sunyi kerana tiada rakan untuk bergaduh. Tambahan pula dengan ketiadaan Riana membuatkan Amar seperti kucing hilang anak. Semuanya serba tidak kena. Amar mula sukakan Riana namun dia menafikannya. Amir pula tidak suka dengan keegoan Amar. Kemudian, Amir berpura-pura memikat Riana dan bermesra dengan Rita dan ayahnya di hadapan Amar. Ternyata ada sekelumit perasaan cemburu dalam hati Amar dan terutamanya pada Riana.

Sementara itu, Normah (Liza Shadan) yang merupakan sahabat baik kepada Dato’ Rahman dan arwah isteri pertamanya muncul dengan niat untuk mengusai kemewahan keluarga Dato’ Rahman. Normah turut menyuruh anaknya, Zara (Adrina) menggoda Amar. Dia sanggup melakukan apa sahaja untuk menjauhkan Riana dari Amar dan Amir.

Ketika Riana jatuh sakit, Amir menjadi tidak keruan dan segera pergi ke rumah Riana. Keadaan Riana yang tidak sihat itu bukan sahaja membuat Amir seorang yang susah hati malah Amar juga turut dalam kegelisahan. Ketika Amar muncul di rumah Riana, dia melihat Amir sedang menyuapkan makanan pada Riana dalam keadaan mesra. Amir sengaja mengambil peluang itu untuk mempamerkan aksi mesra dan manja bersama Riana di depan abangnya.

Amar yang merasakan tiada harapan untuk bersama dengan Riana, akhirnya terpedaya dengan godaan Zara. Apakah yang akan terjadi selepas itu? Adakah Zara berjaya memikat Amar? Adakah selama ini Amir sememangnya menyintai Riana? Atau Amar akan menurunkan ego demi cintanya pada Riana? Siapakah yang bertakhta di hari Riana?


Untuk mengetahui kesudahan cinta di antara Amar, Riana dan Amir, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan drama siri ‘Anugerah Terindah’ menerusi slot Samarinda, setiap hari Rabu dan Khamis pukul 10.00 malam di TV3! Penonton yang terlepas menyaksikannya boleh menonton melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my dan juga layari Facebook, Instagram dan Twitter tv3malaysia untuk mendapatkan berita terkini.







RIO 2

$
0
0


RIO 2
GENRE: Pengembaraan / Komedi / Animasi
MULA TAYANGAN: 10 April 2014
PENGARAH: Carlos Saldanha
PELAKON: Jesse Eisenberg, Anne Hathaway, Leslie Mann, Jemaine Clement, George Lopez, Jamie Foxx, will.i.am



SINOPSIS RIO 2
"Rio 2" ini mengisahkan tentang Jewel (Anne Hathaway) dan Blu (Jesse Eisenberg) serta tiga ekor anak-anaknya yang meninggalkan kehidupan peliharaan mereka di kota magis, Rio de Janeiro dan merantau ke kehidupan belantara di hutan Amazon.



Pelbagai peristiwa telah berlaku sepanjang penjalanan mereka ke sana sehingga bertemu dengan musuh, Nigel yang merupakan pedendam serta musuh yang paling ditakutinya iaitu bapa mertuanya sendiri.



SEPARUH JIWAKU (DOWNLOAD)

$
0
0


SEPARUH JIWAKU (TV9)
SLOT: Ratu TV9
MASA: 8.30 malam
HARI:Selasa dan rabu
MULAI: 26 Mac 2014
PELAKON: Elfira Loy, Aedy Ashraf, Hafizuddin Fadzil, Jasmin Hamid dan Liza Abdullah.




DOWNLOAD SEPARUH JIWAKU (TV9)
Separuh Jiwaku Episod 01 = DOWNLOAD
Separuh Jiwaku Episod 02 =
Separuh Jiwaku Episod 03 =
Separuh Jiwaku Episod 04 =
Separuh Jiwaku Episod 05 =
Separuh Jiwaku Episod 06 =
Separuh Jiwaku Episod 07 =
Separuh Jiwaku Episod 08 =
Separuh Jiwaku Episod 09 =
Separuh Jiwaku Episod 10 =
Separuh Jiwaku Episod 11 =
Separuh Jiwaku Episod 12 =
Separuh Jiwaku Episod 13 =




SINOPSIS SEPARUH JIWAKU (TV9)
Drama ini mnegisahkan tentang seorang gadis bernama Hanna Dalila lakonan Elfira Loy yang mengusahakan sebuah kedai dobi sebagai sumber pendapatannya.

Dia merupakan anak yatim piatu dan dipelihara oleh emak saudaranya semenjak kecil.



Sementara itu, Emir Izlan (Aedy Ashraf) yang merupakan seorang pemuda kampung bekerja sebagai pemandu kepada Datuk Darwish dan Datin Sofinah.

Emir merupakan anak kandung Datin Sofinah tetapi seringkali Datin Sofinah mengingatkan Emir supaya pertalian darah mereka tidak diketahui oleh Datuk Darwish.


Emir menyewa bilik di atas kedai dobi Hanna dan apabila terlihatkan Hanna pertama kali, dia sudah mula sukakan Hanna dan berkawan rapat dengan Hanna.

Bagaimanapu, Datuk Darwish yang merupakan pelanggan tetap kedai dobi turut meluahkan hasrat untul berkahwin dengan Hanna.

Emir juga terkejut kerana Hanna juga menunjukkan respon positif dan mahu berkahwin dengan lelaki itu.


Semenjak itu Emir mula menyimpan dendam terhadap Datuk Darwish kerana merampas wanita yang dicintainya.


OH MY GHOST

$
0
0



OH MY GHOST
GENRE : Komedi / Romantik
MULA TAYANGAN: 3 April 2014
BAHASA : Thai
PENGARAH: Puttipong Pormsaka Na-Sakonnakorn
PELAKON: Celine Horwang, Anusorn Maneethed





SINOPSIS OH MY GHOST
Pelakon Celine Horwang yang memainkan watak Bee, seorang model yang berasal dari Bangkok telah mengalami kemalangan jalan raya dan menemui ajal.


Rohnya telah meninggalkan jasad dan cuba untuk berkomunikasi dengan kekasihnya melalui Kitty yang dilakonkan oleh superstar komedi Tukky Sudarat Budtporm.


Filem ini juga menampilkan Anusorn Maneethed yang memainkan watak Yong yang juga lebih dikenali sebagai penyanyi utama kumpulan indie popular Armchair.


TARZAN

$
0
0


TARZAN
GENRE: Animasi / Kekeluargaan
MULA TAYANGAN: 20 Mac 2014
BAHASA: English
PENGEDAR: NUSANTARA EDARAN FILEM
PENGARAH: Reinhard Klooss
PELAKON: Kellan Lutz, Spencer Locke, Anton Zetterholm, Jaime Ray Newman



SINOPSIS TARZAN
Filem ini adalah berdasarkan cerita klasik "Tarzan Of The Apes" yang ditulis oleh Edgar Rice Burroughs. "Tarzan 3D" ialah sebuah filem animasi keluarga yang dibintangi Kellan Lutz, Spencer Locke, Anton Zetterholm dan Jaime Ray Newman.

Filem ini berkisarkan perjuangan Tarzan dan Jane Porter dalam menentang tentera yang dihantar oleh Ketua Pegawai Eksekutif Greystoke Energies.

Ketua Pegawai Eksekutif CEO Greystoke Energies merupakan lelaki yang mengambil alih syarikat Greystoke Energies selepas kematian ibubapa Tarzan dalam kemalangan kapal terbang.


THE MACHINE

$
0
0



THE MACHINE
GENRE: Aksi / Fiksyen Sains
MULA TAYANGAN: 3 April 2014
PENGARAH: Caradog W. James
PELAKON: Caity Lotz, Toby Stephens, Denis Lawson



SINOPSIS THE MACHINE
Filem ini mengisahkan tentang dua orang pakar komputer telah mencipta satu mesin teknologi canggih untuk membantu manusia.


Bagaimanapun keadaan berubah kepada malapetaka apabila ia telah dicuri oleh pihak penjahat yang menjadikan ia senjata berbahaya.


BLACK COMEDY

$
0
0


BLACK COMEDY
GENRE: Komedi / Romantik
MULA TAYANGAN: 3 April 2014
PENGARAH: Wilson Chin
PELAKON: Wong Cho-lam, Chapman To, Kimmy Tong, Jim Chim, Susan Shaw





SINOPSIS BLACK COMEDY
Detektif Johnny Du merupakan seorang yang bijak dan handal namun ketinggiannya yang hanya mencecah 5 '4' kaki itu telah menghalangnya daripada menyertai Pengawasan G4 untuk Ketua Eksekutif.




Kekasihnya Angel turut membulinya menyebabkan dia berasa tertekan untuk berada di rumah dan di tempat kerja. Kelemahan Johnny Du berjaya menarik minat Vincent, putera Syaitan dan Jim, malaikat untuk mempertahankan jiwanya





ROMI CINTA JULIA (DOWNLOAD)

$
0
0



ROMI CINTA JULIA (TV3)
JUMLAH EPISOD : episod
SLOT: Lestary TV3
MULAI: 27 Februari 2014
MASA: 9.00 malam
HARI: Setiap selasa
LAGU TEMA OST:
MENGGANTIKAN DRAMA: Ku Cinta Kau Seorang
PELAKON: Aisya Hasnaa dan Syarul Rizwan. Aidil Aziz, Aida Aris



DOWNLOAD ROMI CINTA JULIA
Romi Cinta Julia Episod 01 = DOWNLOAD
Romi Cinta Julia Episod 02 = DOWNLOAD 7/3
Romi Cinta Julia Episod 03 =  DOWNLOAD
Romi Cinta Julia Episod 04 = DOWNLOAD 18/3
Romi Cinta Julia Episod 05 = DOWNLOAD 25/3
Romi Cinta Julia Episod 06 = DOWNLOAD
Romi Cinta Julia Episod 07 = DOWNLOAD 8/4
Romi Cinta Julia Episod 08 = COMING SOON 15/4
Romi Cinta Julia Episod 09 = COMING SOON 22/4
Romi Cinta Julia Episod 10 = COMING SOON 29/4
Romi Cinta Julia Episod 11 =


SINOPSIS ROMI CINTA JULIA (TV3)


Kisah bermula apabila hubungan Julia (Aisya Hasnaa) dengan kekasihnya, Jeff (Aidil Aziz) tidak direstui oleh keluarga. Hubungan tersebut mendapat tentangan dari bapa Julia, Malik (Esma Daniel) yang bersungguh ingin memutuskan hubungan anak bongsunya dengan Jeff. Namun, tindakan Malik hanya membuatkan Jeff semakin galak ingin memiliki Julia.

Suatu hari, Jeff telah memungkiri janjinya untuk bertemu dengan Julia di sebuah pusat membeli belah. Lantas, ia membawa kepada pertemuan secara tidak sengaja antara Julia dengan Romi (Syarul Ridzwan). Tidak lama kemudian, hubungan Julia dan Jeff berlanjutan sehingga ke satu peringkat yang menyakitkan hati Malik. Julia telah ditahan pihak berkuasa kerana mengikut Jeff menyertai aktiviti sosial.


Sementara itu, Malik telah berkenalan dengan Romi di sebuah kedai buku. Keperibadian Romi begitu menarik hatinya. Pada waktu yang sama, Malik begitu marah terhadap Jeff dan membuat keputusan drastik untuk memisahkan Julia dengan Jeff. Dia tidak membenarkan Julia keluar rumah dan berhenti dari kolej tersebut.

Romi tidak mengetahui bahawa kepulangan ayahnya ke Malaysia kerana satu urusan lain yang lebih penting mengenai masa depannya. Bapa Romi, Mohamad membuka perjanjian antara beliau dengan Malik 20 tahun dahulu untuk menjodohkan Romi dengan Julia. Malik menganggap itu adalah kesempatan terbaik untuk memisahkan Julia dari Jeff sekaligus melupakan kekasihnya itu.

Julia yang nekad kerana merasakan Jeff adalah cinta sejatinya telah mengikut usul gila Jeff untuk melarikan diri dari apartment kakaknya menggunakan satu kain yang diikat bersambung-sambung. Namun, sambungan kain terputus dan Julia terjatuh. Jeff panik dan beredar, meninggalkan Julia kesakitan di situ. Julia cedera parah pada tulang belakangnya dan mungkin lumpuh untuk satu jangka masa yang tidak pasti.

Akhirnya, Romi dan Julia pun dinikahkan. Sejak menjadi suami isteri, Romi melayani Julia umpama puteri. Romi yang menyuap makanan ke mulut Julia, mendukungnya ketika perlu, malahan menyarungkan stokin ke kaki Julia. Julia yang agak dingin pada suaminya, hanya menurut tanpa punya rasa. Romi merancang untuk membawa Julia bercuti bagi meredakan tekanan pada dirinya. Namun, malapetaka melanda dalam perjalanan mereka. Romi terlelap ketika memandu menyebabkan mereka kemalangan. Apakah yang bakal berlaku seterusnya?

Saksikan drama siri Romi Cinta Julia di slot Lestary menampilkan Syarul Ridzwan, Aisya Hasnaa dan Aidil Aziz mulai 27 Februari 2014 pada setiap hari Khamis jam 9.00 malam di TV3! ‘Romi Cinta Julia’ juga boleh disaksikan menerusi portal video Tonton. Pendaftaran di Tonton adalah percuma dan kandungan video boleh ditonton di komputer, tablet atau telefon pintar anda!




BEDAH VS JOYAH (DOWNLOAD)

$
0
0
BEDAH VS JOYAH (TV9)
JUMLAH EPISODE : 6
MULAI: 5 April 2014,
HARI: setiap Sabtu
MASA: 8.30 malam
PELAKON: Noor Khiriah, Jasmin Hamid, Bell Ngasri, Syanie Hisham, Syuhaida Abraz, Kazar, Rozita Che Wan.



DOWNLOAD BEDAH VS JOYAH (TV9)
Bedah Vs Joyah Episod 01 = DOWNLOAD 5/4
Bedah Vs Joyah Episod 02 = COMING SOON 12/4
Bedah Vs Joyah Episod 03 =
Bedah Vs Joyah Episod 04 =
Bedah Vs Joyah Episod 05 =
Bedah Vs Joyah Episod 06 =



SINOPSIS BEDAH VS JOYAH (TV9)
Bedah VS Joyah drama bersiri akan ditayangkan di TV9 ini merupakan gabungan antara telemovie popular Bila Joyah Dah Goyah terbitan ZKCreative dan Bedah Tong Gas hasil terbitan Zeel Production. Ianya terdapat sebanyak 6 episod dan satu jam setiap satu episod. Saksikan drama ini mulai 5 April 2014, setiap Sabtu jam 8.30 malam di TV9. Lakonan, Noor Khiriah, Jasmin Hamid, Bell Ngasri, Syanie Hisham, Syuhaida Abraz, Kazar, Rozita Che Wan.

WARKAH KEHIDUPAN (TV ALHIJRAH)

$
0
0
WARKAH KEHIDUPAN (TV ALHIJRAH)
TARIKH : 13 April 2014
MASA: 10 malam
SIARAN : Slot Ahad
PELAKON : Remy Ishak, Mustapha Kamal, Syatilla Melvin dan Kamariah MD.DOM



SINOPSIS WARKAH KEHIDUPAN
Mengisahkan seorang graduan muda iaitu Amin yang berusaha merubah nasib diri dan keluarga setelah kematian ayahnya, namun beberapa kali gagal. Akhirnya dengan berkat usaha dan sokongan keluarga beliau berjaya dalam perniagaannya.

SUAMIKU JURURAWAT ISTERIKU DOKTOR (DOWNLOAD)

$
0
0


SUAMIKU JURURAWAT (TV3)
TARIKH: : 23 Februari 2014
GENRE : Keluarga / Komedi
HARI : Setiap hari Ahad
MASA: 10.30
PELAKON: Tomok (Mikail), Yana Samsudin (Dr.Suriati), Shima Anuar, Sheera Iskandar, Mustafa Kamal, Angeline Tan





DOWNLOAD SUAMIKU JURURAWAT (TV3)
Suamiku Jururawat Episod 01 =  DOWNLOAD
Suamiku Jururawat Episod 02 = DOWNLOAD
Suamiku Jururawat Episod 03 = DOWNLOAD - TONTONonline
Suamiku Jururawat Episod 04 = TONTONonline 13/4
Suamiku Jururawat Episod 05 = COMING SOON 20/4
Suamiku Jururawat Episod 06 = COMING SOON 27/4
Suamiku Jururawat Episod 07 =
Suamiku Jururawat Episod 08 =
Suamiku Jururawat Episod 09 =
Suamiku Jururawat Episod 10 =
Suamiku Jururawat Episod 11 =
Suamiku Jururawat Episod 12 =
Suamiku Jururawat Episod 13 =




SINOPSIS SUAMIKU JURURAWAT (TV3)
Mengisahkan tentang Mikhail (Tomok) yang dibesarkan oleh ayah tunggalnya iaitu pemandu kepada Datuk Shahrizal. Oleh kerana Ibunya meninggal dunia dalam kemalangan ketika menghadiri temuduga untuk menjadi seorang jururawat, ayah Mikhail telah menanam harapan agar Mikhail menjadi seorang jururawat suatu hari nanti.


Demi mengejar impian ibunya arwah ibunya yang tidak kesampaian dan harapan ayahnya, Mikhail menyambung pelajarannya di sebuah kolej kejururawatan.

Namun, selepas kematian ayahnya, Mikhail telah berpindah ke rumah Datuk Shahrizal yang berhasrat untuk menjodohkan Mikhail dengan anak gadisnya iaitu Dr. Suriati (Yana Samsuddin).

Kalau dah jodoh tak kemana kan? Akhirnya mereka berkahwin dan terjadilah beberapa perkara lucu dalam kehidupan mereka yang tidak rela dengan perkahwinan ini.








JODOH 2

$
0
0
JODOH 2
HARI: setiap Isnin,
MASA: 10 malam
MULAI: 7 April 2014



SINOPSIS JODOH 2

Program Jodoh 2 adalah sambungan siri Jodoh. Untuk musim baru ini, Nora dan Mr Chee mengambil keputusan untuk menyuntik elemen yang lebih ‘panas’ dan menarik untuk membuat rancangan ini tidak membosankan dan menamakannya sebagai ‘Jodoh: Wanita atau Harta?’

Untuk musim ini, pencari jodohnya adalah seorang gadis yang dipikat seramai 10 peserta lelaki. Lebih menarik, hadiah wang tunai sebanyak RM1 juta ditawarkan.

Bagaimanapun, dalam musim Jodoh kali ini, peserta lelaki yang akhirnya dipilih oleh Gadis Jodoh akan diberikan pilihan sama ada ingin mengahwini Gadis Jodoh dan berkongsi RM500,000 atau memilih untuk mengambil RM1 juta dan tidak berjumpa dengan gadis tersebut selama-lamanya.

Apabila pengumuman untuk rancangan Jodoh dibuat, Nik Fahmi, seorang pengusaha muda yang terdesak untuk menambah duit modal untuk menaikkan perniagaannya, mengambil keputusan untuk menyertai rancangan berkenaan.

Namun, segala-galanya menjadi rumit apabila Nik pula jatuh hati dengan Gadis Jodoh iaitu Zara.

KUALI TERBALIK (DOWNLOAD)

$
0
0
KUALI TERBALIK (ASTRO WARNA)
HARI: setiap Isnin
MASA: 10.00 malam



DOWNLOAD KUALI TERBALIK (ASTRO WARNA)
Kuali Terbalik Episod 01 = DOWNLOAD 24/3 - TONTONonline
Kuali Terbalik Episod 02 = DOWNLOAD 31/3 - TONTONonline
Kuali Terbalik Episod 03 = COMING SOON 7/4 - isnin
Kuali Terbalik Episod 04 =
Kuali Terbalik Episod 05 =
Kuali Terbalik Episod 06 =
Kuali Terbalik Episod 07 =
Kuali Terbalik Episod 08 =
Kuali Terbalik Episod 09 =
Kuali Terbalik Episod 10 =
Kuali Terbalik Episod 11 =
Kredit: Kredit: dfm2u, kepalabergetar, fmt, tonton, malaymoviemy, FB pereka cerita

mari ramai ramai like fanpage facebook perekacerita - http://www.facebook.com/likeperekacerita




SINOPSIS KUALI TERBALIK (ASTRO WARNA)
Saksikan program masakan terbaru yang di hostkan oleh Angah, Along dan Mie raja lawak, berjudul Kuali Terbalik yang menggabungkan elemen drama, komedi dan program masakan dalam satu rancangan. Setiap episod akan menampilkan spoof daripada drama terbaik Astro dan juga filem box office. Program ini akan bersiaran setiap Isnin jam 10.00 malam di Astro Warna.

KU PINJAM CAHAYA MU (TV ALHIJRAH)

$
0
0



KU PINJAM CAHAYA MU (TV ALHIJRAH)
TARIKH : 16 Mei 2014
PENGARAH : Ramli Long
TERBITAN : Radius One Sdn Bhd
PELAKON : Zamarul Hisham, Zalif Sidek, Mikail Andre dan Syawal Ruslan






SINOPSIS KU PINJAM CAHAYA MU

Selepas 16 tahun berlalu, akhirnya tiga sahabat baik iaitu Anas lakonan Zalif Sidek, Fikri (Mikail Andre) dan Afiq (Syawal Ruslan) yang sekian lama terputus hubungan bertemu semula.


Masing-masing sudah berjaya dalam hidup. Meskipun sudah berjaya, yang pasti mereka tidak pernah melupakan kisah lalu. Masih segar di ingatan masing-masing, jasa dan pengorbanan se­orang insan yang cukup besar dalam hidup mereka iaitu Cikgu Borhan atau dipanggil ‘cikgu Bob’ (Zamarul Hisham) adalah individu penting di belakang kejayaan mereka.


AKU ADA WALI (TONTON ONLINE)

$
0
0


AKU ADA WALI (TV AL HIJRAH)
PENGARAH : Aidil Fitri MY
MULAI:14 Januari 2014
HARI: Setiap selasa
MASA: 10 Malam
PELAKON: Siti Saleha, Shawal Ruslan, Kathy Azian, Puteri Chi Chi, Sabhi Saddi, Zoey Rahman, Zahiril Adzim, Ayda Jebat.




Seorang gadis yang menyimpan rahsia kesucian hati yang takut dan cinta pada Ilahi di sebalik tabir aurat yang menghijab diri. Dia menjadi siulan ramai lelaki namun falsafah cinta yang dipegangnya menyebabkan dirinya tidak mudah untuk dimiliki. Dia tetap teguh dengan falsafahnya biarpun didatangi dugaan cinta silih berganti. Syumaila mendapat keistimewaan itu kerana rahsia falsafah cintanya pada Ilahi. Cinta yang kudus dan suci.


DOWNLOAD AKU ADA WALI (TV AL HIJRAH)
Aku Ada Wali Episod 01 = TONTON ONLINE
Aku Ada Wali Episod 02 = TENGOK ONLINE
Aku Ada Wali Episod 03 = TONTON ONLINE
Aku Ada Wali Episod 04 = TONTON ONLINE
Aku Ada Wali Episod 05 = TONTONonline
Aku Ada Wali Episod 06 = TONTONonline
Aku Ada Wali Episod 07 = TONTONonline
Aku Ada Wali Episod 08 = TONTONonline
Aku Ada Wali Episod 09 = TONTONonline
Aku Ada Wali Episod 10 = TONTONonline
Aku Ada Wali Episod 11 = TONTONonline
Aku Ada Wali Episod 12 = TONTONonline
Aku Ada Wali Episod 13 =
Kredit: dfm2u, kepalabergetar, fmt, tonton, malaymoviemy, FB pereka cerita



SINOPSIS AKU ADA WALI
Aku Ada Wali berkisarkan mengenai cara mengurus cinta yang tiba belum pada masanya. Ia juga berkisarkan mengenai persahabatan dan kekeluargaan. Seorang gadis yang baik dalam persahabatan sentiasa membimbing, menyelesaikan masalah dan mengambil berat perihal kawan. Rakan-rakan bukan Muslim juga sangat menyenanginya.

Gadis yang dimaksudkan ialah Khazinatul Asrar yang juga pemimpin pelajar yang rutinnya sangat sibuk dengan pelajaran, program persatuan, usrah dan sukan. Dia meletakkan prioriti di alam kampus untuk fokus mencintai Allah. Cinta Agung itu menjadi sumber penggerak untuknya bermotivasi tinggi mencintai ilmu, menggilap kepimpinan diri dan memimpin warga kampus.

Dia menjadi kegilaan rakan sekelasnya, Tsabit kacukan Libya-Melayu yang mencuba memikatnya dengan pelbagai taktik. Namun Khazinatul Asrar berjaya menolaknya. Dia juga disukai seorang pelajar perubatan, Mukhlisin. Jejaka ini menggunakan Hijriah, rakan sebilik Khazinatul Asrar untuk menghantar nota misteri kepadanya.

Bagaimanapun, Khazinatul Asrar tidak memberi peluang kepada lelaki itu untuk berkawan dengannya. Asraf, keluarga angkat gadis ini pula sering menghantar surat dari Turki tetapi sampai ke tangan Hijriah. Surat itu dibalas Hijiriah kerana dia tidak mahu sesiapa menjadi penghalang antara Khazinatul Asrar dengan Mukhlisin.


Khazinatul Asrar juga diuji dengan tingkah laku Hijriah, namun tanpa rasa jemu dan bosan, dia membimbing Hijriah supaya kembali ke pangkal jalan.


MIRANDA (DOWNLOAD)

$
0
0



MIRANDA (TV3)
PENGARAH : MURALI ABDULLAH
EPISOD : 15 EPISOD
HARI:  RABU
MASA : 10pm - 11pm
MULAI :
PELAKON : Dazrin, Fasha, Zila Bakarin dan Mardiana Alwi
MENGGANTIKAN DRAMA : ISTIDRAJ CINTA



DOWNLOAD MIRANDA (TV3)
Miranda Episod 01 = DOWNLOAD
Miranda Episod 02 = DOWNLOAD 12/2
Miranda Episod 03 = DOWNLOAD 19/2
Miranda Episod 04 = DOWNLOAD 26/2
Miranda Episod 05 = DOWNLOAD 5/3 
Miranda Episod 06 = DOWNLOAD 12/3
Miranda Episod 07 = DOWNLOAD 19/3
Miranda Episod 08 = DOWNLOAD 2/4
Miranda Episod 09 =
Miranda Episod 10 = DOWNLOAD
Miranda Episod 11 =
Miranda Episod 12 =



SINOPSIS MIRANDA (TV3)


rama ini mengisahkan Miranda yang melarikan diri ke Kuala Lumpur selepas memutuskan pertunangan dengan Izwan iaitu pemuda pilihan ibu tirinya, Salimah.

Izwan cuba merogol Miranda tetapi Salimah tidak percaya dan menganggap Miranda cuba memfitnah Izwan. Malah Salimah memaksa Miranda dengan Izwan bernikah secepat mungkin namun Izwan acuh tak acuh malah lebih kerap mahu mengambil kesempatan terhadap Miranda.

Miranda kemudian menumpang di rumah bapa saudaranya Datuk Shukri buat seketika. Namun, kemunculannya mengejutkan anak-anak Shukri iaitu Ammar dan Melly. Isterinya, Datin Rina walaupun tidak senang dengan kedatangan Miranda, dia tidak menunjukkan perasaannya tetapi selalu mempersoalkan kepada Shukri.

Akhirnya Rina menghalau Miranda dari rumah mereka dan merahsiakan perkara itu daripada Shukri. Dia pura-pura kesal kerana menunjukkan rasa tidak suka kepada Miranda. Selepas keluar dari rumah Shukri, Miranda menumpang pula di rumah rakannya, Mazita yang bekerja di stesen minyak.

Dengan pertolongan Mazita, Miranda berjaya mendapatkan pekerjaan di situ. Bagaimanapun, Shukri berjaya menemuinya di situ manakala Izwan terus mencarinya

MY LOVE FROM THE STAR

$
0
0


MY LOVE FROM THE STAR
TAJUK: My Love From The Star (English title) / You Who Came From the Stars (literal title)
PENGARAH: Jang Tae-Yoo
PENULIS: Park Ji-Eun
JUMLAH EPISOD : 21
MULA TAYANGAN: December 18, 2013 - February 27, 2014





SINOPSIS MY LOVE FROM THE STAR

mengisahkan mengenai Kim yang memegang watak sebagai Do Min Joon seorang guru yang sebenarnya adalah makhluk asing.

Hidupnya mula didekati oleh Chun Song Yi seorang wanita yang garang, mementingkan diri dan mempunyai pelbagai masalah dalam kerjayanya.

Mereka mula bertemu dengan cara yang teruk tetapi secara perlahan-lahan, Do mula mempunyai perasaan terhadap Chun dan akhirnya jatuh cinta.

FILEM ANTARA SATU (2015)

$
0
0
FILEM ANTARA SATU
GENRE: Drama Romantik
PENGARAH: Jason Chong
PELAKON: Ezzaty Abdullah, Remy Ishak, Bront Palarae, Kartina Aziz, Aisyah Hasnaa, Kartina Aziz, Hasnol Rahmat dan Megan Tan.



SINOPSIS FILEM ANTARA SATU
Kisah dalam filem Antara Satu berkisar tiga watak utama iaitu Remy yang memegang watak sebagai Kamal, Bront (Harris) dan Ezzaty (Alya). Kamal amat menyayangi Alya yang dipelihara keluarganya sejak kecil.

Namun, Alya tidak tahu dia hanyalah anak angkat dan dalam diam sebenarnya Kamal menyimpan rasa cintanya terhadap Alya. Namun, perasaan itu terpaksa dipendamkan apabila mendapat tahu Alya jatuh cinta terhadap kawan baiknya, Harris, seorang jurulatih selam di tempat Alya menjalani latihan praktikal.

Alya kemudiannya berkahwin dengan Harris dan berbulan madu di sebuah pulau. Di pulau itu, Harris berjanji sesuatu kepada Alya dan pergi menyelam di tengah laut, tetapi malangnya, Harris tidak pulang. Beberapa bulan kemudian, Harris ditemui di selatan Thailand

Adakah Alya akan kembali bersama Harris atau meneruskan sisa hidupnya bersama Kamal? Adakah Harris masih mengingati dan mencintai isterinya, Alya?

Sanggupkah Kamal berkorban sekali lagi demi cinta hati yang paling disayanginya sejak dari kecil?

Sama-sama nantikan ia di pawagam apabila ia ditayangkan pada musim 2015 kelak.
Viewing all 1410 articles
Browse latest View live




Latest Images