Quantcast
Channel: PEREKA CERITA
Viewing all 1410 articles
Browse latest View live

TANAH MERAH (DOWNLOAD)

$
0
0
TANAH MERAH (NTV7)
GENRE: penyiasatan,
MULAI: 4 April,
MASA: 8.30 malam.
PELAKON: Aishah Hoo, Hakim Yazid, Nazeera Sardi ,Norman Hakim, Wan Raja dan ramai lagi,



DOWNLOAD TANAH MERAH
Tanah Merah Episod 01 = DOWNLOAD
Tanah Merah Episod 02 = DOWNLOAD
Tanah Merah Episod 03 = DOWNLOAD
Tanah Merah Episod 04 = DOWNLOAD
Tanah Merah Episod 05 = DOWNLOAD
Tanah Merah Episod 06 = DOWNLOAD
Tanah Merah Episod 07 = DOWNLOAD
Tanah Merah Episod 08 = DOWNLOAD
Tanah Merah Episod 09 = DOWNLOAD
Tanah Merah Episod 10 =
kretif: kepalabergetar



SINOPSIS TANAH MERAH (NTV7)
Tanah Merah mengisahkan tentang seorang wartawan jenayah, Johanna (Aishah Hoo), yang begitu berdedikasi dalam tugasnya dan sentiasa mempunyai rasa ingin tahun mengenai sesuatu perkara.

Memandangkan tugasnya mengharuskan dia untuk melaporkan tentang jenayah yang berlaku, sifat ingin tahunya mendorong Johanna untuk turut serta menyiasat kes tersebut.


BAHAGIA BUKAN MILIKKU (DOWNLOAD)

$
0
0


BAHAGIA BUKAN MILIKKU (TV3)
SLOT: Cerekarama
HARI: Sabtu
TARIKH: 1 Jun
PELAKON: Farid Kamil, Wawa Zainal, Zahiril Adzim, Anzalna Md Nasir, Mahmod Ali Bashah, Aishah Atan, Aida Khalida, Hisham Ahmad Tajuddin, Izzy Izhar, Fauziah Nawi.
MASA: 10 Malam



DOWNLOAD BAHAGIA BUKAN MILIKKU (TV3)
HOTFILE = DOWNLOAD
Kredit: kepalabergetar




TONTON FULL MOVIE ONLINE BAHAGIA BUKAN MILIKKU






SINOPSIS BAHAGIA BUKAN MILIKKU (TV3)
Bahagia Bukan Aku mengisahkan Azrai Hakim dan Umairah mula mengenali di antara satu sama lain sejak kecil lagi dan kini mereka berdua telah bertunang dan meniti hari-hari bahagia untuk diijabkabulkan - See more at: http://www.dramatvonline.net/2013/06/tonton-bahagia-bukan-milikku-cerekarama-tv3.html#sthash.GpRUEwPo.dpuf













DEMI SUGIT (TV2)

$
0
0
DEMI SUGIT (TV2)
PENGARAH: T.S. Jeffey dan Karim Gullam
MULAI: 26 Mei 2013,
HARI: setiap Ahad,
MASA: 5.00 petang
JUMLAH EPISOD: 13 episod
PELAKON: Anding Indrawani, Andeline Tsen, Wilton Hamdih Gudol, Domithila, Ryot Ujin, Catherine Mei dan Teha Salamon



SINOPSIS DEMI SUGIT (TV2)
berkongsi kisah upacara majlis pernikahan Sogit dan Taming mengikut adat budaya kaum Murut di Tenom baru selesai. Walaupun kecewa gadis idamannya itu menjadi milik orang, namun bagi Alang dia pasrah dan terima seadanya. Dia tumpang gembira melihat Sogit hidup bahagia dengan Taming.


Jefry dan Abeng pula dalam diam mencintai Elana dan Deby. Namun sebaliknya cinta mereka ditolak kerana mereka berdua penganggur yang pemalas yang hanya ada angan-angan kosong.


Suatu hari, akibat salah faham di tempat kerja Alang telah dibuang kerja. Alang kemudiannya mahu berhijrah ke Bandar Kota Kinabalu untuk mengubah kehidupannya setelah mendapat tahu ada peluang pekerjaan di sana. Alang pun berhijrah meninggalkan kampungnya ke Bandar.

Ketika ini barulah majikan Alang sedar kesilapannya membuang Alang kerja. Rupa-rupanya dia termakan hasutan pekerjanya. Namun sudah terlambat. Dia gagal bertemu Alang. Alang sudah pun ke Kota Kinabalu.

Di Kota Kinabalu iaitu di kawasan kilang, Alang gagal mendapat kerja. Tempat kerja yang ditujunya itu telah mengambil pekerja baru. Silap Alang juga kerana tidak tengok tarikh iklan betul-betul akibat dia terbaca surat khabar 2 bulan lepas. Dia bingung pada satu hari dia menumpang lori sayur untuk ke Tenom mencari peluang pekerjaan.


Di Tenom Alang kemudiannya berkenalan dengan Sugit Tiana anak kepada Pak Ajib (Tok Ketua) atau lebih dikenali dengan gelaran Sugit di Tenom. Sugit adalah anak hasil perkahwinan campur kacukan asli dan cina. Ayahnya orang asli manakala ibunya berbangsa cina. Dia anak kepada pekebun sayur di Tenom.

Kebetulan di kebun itu memerlukan pekerja. Maka Alang bekerja di kebun. Hubungannya dengan Sugit Tiana akrab hingga Anang yang lama menaruh perasaan kepada Sugit Tiana cemburu. Anang menjalankan sindiket menyeludup sayur-sayuran dan bunga orang kampung dan dijual murah ke luar.

Jefry dan Abeng kemudiannya datang ke sana untuk bekerja juga. Tetapi mereka sesat di Kota Kinabalu. Mereka berdua bercinta pula dengan Hanis dan Gira. Hubungan mereka jadi akrab. Suatu hari, Anang telah mengenakan Alang kononnya Alang terlibat dalam sindiket mencuri sayur orang kampung dan menjual ke pekan. Alang dibuang daripada kampung. Namun, dia berjaya membuktikan dia tidak bersalah dan kembali diterima ke kampung. Sugit Tiana dan Alang juga bakal dikahwinkan.

HAUNTERS (TV9)

$
0
0


HAUNTERS (TV9)
TARIKH: 2 Jun 2013
MASA: 10.30 Malam
PELAKON: Kang dong woo, ko soo
SLOT: Saranghae



SINOPSIS HAUNTERS (TV9)
Berkisahkan kehidupan seorang lelaki yang bernama kyu nam yang mendapat pekerjaan baru di sebuah kedai pajak, utopia.


Berlainan dengan kehidupan cho in yang hidup melalui zaman kanak kanak yang perit. Di balik kekurangan cho in yang memakai kaki palsu sejak kecil. dia dikurniakan dengan kuasa ghaib.

Cho in mempunyai kuasa boleh mengawal fikiran orang di sekelilingnya

BRO, NAMPAK MOTOR GUA

$
0
0


BRO! NAMPAK MOTOR GUA?
PENGARAH: Razif Rashid
PELAKON: Shah Rempit, Fadzil Zahari, Along Cham, Mon Ryanti dan Along Eyzendy
GENRE: Komedi
TAYANGAN: 30 May 2013






SINOPSIS BRO, NAMPAK MOTOR GUA

Filem Bro, Nampak Motor Gua mengisahkan Epol yang mencari motornya yang hilang dan satu keistimewaan Epol nih, dia mempunyai deria bau yang tinggi.

Pertembungan secara tidak sengaja dengan Azura berlaku dengan tidak sengaja ketika Azura diragut oleh dua orang mat rempit yang mencuri motor Epol.

Malang bagi Azura, beg yang diragut mengandungi pendrive penting milik Tan Sri Bakhtiar Karthubi yang kemudiannya menawarkan Epol sejumlah Rm50ribu untuk mendapatkan kembali pendrive tersebut.


Apakah yang akan terjadi? Saksikan pencarian Epol dalam filem komedi Bro, Nampak Motor Gua Tak?.




KARLOS (DOWNLOAD)

$
0
0

KARLOS (TV3)
MENGGANTIKAN DRAMA : Spy M
MULAI: 4 Mac
HARI: setiap hari Isnin
MASA: 9.00 malam
PELAKON: Johan As’ari, Syazwan Zulkifly, Namron, Sherlie Merlis, dibantu oleh Azhar Sulaiman, Leez Rosli, Elmy Moin, Ika Zulkifli, Nur Risteena dan Jay Iswazir.



DOWNLOAD KARLOS (TV3)
Karlos Episod 01 = DOWNLOAD
Karlos Episod 02 = DOWNLOAD
Karlos Episod 03 =DOWNLOAD 18/3
Karlos Episod 04 = DOWNLOAD 25/3
Karlos Episod 05 = DOWNLOAD 1/4
Karlos Episod 06 = DOWNLOAD 15/4
Karlos Episod 07 = DOWNLOAD 6/5
Karlos Episod 08 = DOWNLOAD 13/8
Karlos Episod 09 = DOWNLOAD 20/5
Karlos Episod 10 = DOWNLOAD 27/5
Karlos Episod 11 = DOWNLOAD 3/6
Karlos Episod 12 =
Karlos Episod 13 =
Kredit: kepalabergetarFB pereka cerita,



SINOPSIS KARLOS (TV3)
Karlos menelusuri perjalanan hidup seorang remaja bernama Irwan Zaid (Johan As’ari) yang sering dipinggirkan di dalam keluarga terutama oleh bapanya sendiri, Rashid (Namron). Beliau disisihkan sehingga ibunya sendiri iaitu Zai (Sherlie Merlis) tidak mampu melakukan apa-apa. Rashid, seorang kaki judi yang sangat membenci Irwan dengan alasan yang tidak diketahui. Dendam dan marahnya pada anak ini sampai sanggup tidak memberikan belanja dan tidak mahu melihat Irwan ketika dia berada di rumah.

Tanpa perhatian dan kasih sayang seperti adik-beradiknya yang lain, Irwan cuba membina kehidupan di atas kakinya sendiri. Irwan belajar membaraikan motorsikal dari dua orang kawan barunya, Joe dan Qiwek.
Penduduk di Sentul mula resah dengan kes kehilangan motorsikal dan pada waktu yang sama, Inspektor Mahadhir (Azhar Sulaiman) ditugaskan menyiasat kes tersebut. Selepas sebulan memantau, Mahadhir berjaya menangkap Irwan. Irwan dibicarakan di mahkamah dan kemudian dihantar ke Pusat Pemulihan Akhlak Teluk Panglima. Di sana, Irwan mula mempelajari erti sebenar penderitaan.


Sebagai pelatih baru, Irwan tidak mempunyai kawan. Malah, dia hampir diliwat oleh Adib (Jay Iswazir) tetapi mujurlah dia diselamatkan oleh seorang lagi pelatih bernama Kenji (Syazwan Zulkifly). Bagi Kenji, melihat Irwan seperti melihat dirinya, dia sangat memahami apa yang sedang dilalui oleh Irwan. Sejak itu, Irwan mula berkawan baik dengan Kenji dan orang kanan Kenji, Joey. Pada waktu yang sama, Adib menyimpan dendam terhadap Irwan kerana menyebabkannya dihukum oleh warden. Suatu hari, Kenji menegur nama Irwan kerana merasakan nama itu tidak sesuai untuk seorang samseng. Pada mulanya, Irwan tidak dapat menerima hakikat tersebut namun tidak lama kemudian, Irwan mula menggelarkan dirinya dengan nama ‘Karlos’.

Kenji dan Joey dibebaskan sebulan lebih awal, kini tinggal Irwan seorang diri di pusat pemulihan ini. Irwan dibebaskan ketika berusia 18 tahun kerana berkelakuan baik. Dia cuba pulang ke rumah tetapi dihalau oleh Rashid yang sudah tidak mengaku Irwan sebagai anaknya. Ketiadaan tempat untuk mengadu dan berteduh, Irwan kembali ke tepi sungai dan dengan wang yang pernah disimpan dahulu, dia cuba untuk memulakan hidup baru.

Irwan cuba mencari pekerjaan tetapi oleh kerana rekod jenayahnya, tiada majikan yang sanggup menggajikan Irwan. Irwan terus berdoa, dia tidak pernah terlepas bersolat dan bermuhasabah tetapi realiti di dunia luar ini, Tuhan bagaikan tidak mendengar rintihannya langsung. Bagaimanapun, nasib Irwan berubah apabila dia bertembung dengan Kenji yang bekerja sebagai penjual DVD cetak rompak di pasar malam.

Oleh kerana tidak mempunyai pilihan lain, Irwan menumpang di rumah sewa Kenji dan mereka bekerja bersama-sama. Irwan juga mula selesa dengan panggilan ‘Karlos’. Tetapi suatu malam, pergaduhan antara Kenji dan Karlos dengan satu kumpulan lain yang menuntut kawasan berlaku. Mereka berdua terpaksa melarikan diri sementara. Sekali sekala, Irwan (Karlos) akan menjengah ibunya di rumah.
Di bawah bimbingan Kenji, demi kehidupan Karlos mempelajari bagaimana hendak menyamun dan pecah rumah. Dari kedai runcit dan restoran mamak, mereka sudah berani memecah masuk rumah orang kenamaan demi pulangan yang lebih besar. Setiap kali mendapat wang, Irwan (Karlos) akan menghantar sedikit kepada ibunya.

Sekali lagi Inspektor Mahadhir diberi kepercayaan untuk menyiasat kes jenayah yang semakin meruncing ini. Dia mula membuka fail-fail lama untuk menganalisa suspek. Ternyata suspek utama sangat sinonim pada hemat Mahadhir, namun mampukah beliau memberkas penjenayah paling dikehendaki negara ini? Apakah Irwan atau sisi gelapnya, Karlos menyedari akan setiap kesalahan yang dilakukan?

SINETRON AISHITERU (ASTRO RIA)

$
0
0
AISHITERU (ASTRO RIA)
SLOT: Sinetron
EPISOD: 37 episod
MULAI: 30 Mei,
HARI: setiap isnin hingga jumaat
PELAKON: Mikha Tambayong,Chicco Jerikho dan Randy Pangalila




SINOPSIS ASHITERU (ASTRO RIA)
Tasha (Mikha Tambayong), 17 tahun, adalah gadis cantik yang periang dan hobi menyanyi. Beliau pintar menyembunyikan penderitaannya dengan menganggap hidup ini selalu indah. Tasha tinggal bersama Mahendra (Krisna Murti Wibowo), ayahnya dan Maya (Meriam Bellina), isteri kedua ayahnya. Maya selalu menolak dipanggil “ibu” oleh Tasha. Selain itu, ada juga Maudy (Estelle Linden), adik Maya yang sebaya umur dengan Tasha. Keberadaan Maya dan Maudy sering membuat Tasha menderita.

Tasha selalu membantu di kafe milik ayahnya yang diurus Maya. Sementara Maudy sibuk bergembira dengan kawan-kawannya. Maya selalu memperalat Maudy untuk membuat Tasha menderita. Demikianpun, Tasha tidak pernah mengeluh dan menyesali takdirnya.

Tasya mempunyai seorang sahabat bernama Fajar (Chris Laurent). Hanya kepada Fajar, Tasha boleh meluahkan rasa kesedihannya. Diam-diam Fajar menyukai Tasha namun tidak berani mengungkapkan perasaannya. Kerana Fajar tidak ingin persahabatan yang sudah dibangun selama ini menjadi hancur. Setiap Tasha bersedih, Fajar selalu memberi harapan bahawa ada pelangi yang akan datang menghampiri, menjadikan hidupnya berwarna.

Tristan (Chicco Jerikho) pemuda yang baru saja pulang dari luar negara dan mengurus hotel ayahnya. Salah satu strategi Tristan untuk menjadikan hotelnya maju dan berkembang adalah mengganti penyanyi di hotelnya dengan penyanyi yang baru. Lalu ia mendapatkan maklumat tentang Tasha yang berbakat menyanyi.

Tristan kemudian menawarkan Tasha untuk menjadi penyanyi di hotelnya, tapi ditolak oleh Tasha. Tristan menyesal. Namun sesuatu peristiwa menjadikan Tasha akhirnya menerima tawaran Tristan. Tasha kini menjadi penyanyi hotel. Dari sinilah pengawalan bermulanya kejayaan Tasha.

Maya dan Maudy marah dan dengki melihat Tasha yang kini menjadi orang yang berjaya. Dengan segala kelicikan dan kejahatannya, Maya dan Maudy mencuba memfitnah supaya Tasha disingkirkan dari pekerjaan itu. Mereka memanfaatkan Fajar untuk turut serta menghancurkannya.

Apakah kejahatan dan kelicikan Maya dan Maudy akan berjaya menghancurkan Tasha? Atau sebaliknya Tasha akan hidup senang bersama pujaan hatinya?

I MISS YOU (TV9)

$
0
0



I MISS YOU (TV9)
SLOT: Chamsarang,(cinta sejati)
HARI: setiap Isnin dan Selasa,
MASA: 9.30 malam
MULAI: 28 Januari
EPISOD: 30 episod (Malaysia), 21 episod (korea)
PELAKON: Park Yoo-chun, Yoon Eun-hye, Yoo Seung-ho dan Jang Mi-in Ae,






SINOPSIS I MISS YOU (TV9)
‘I Miss You’, yang dipenuhi dengan konflik dendam, cinta dan kasih sayang ini menceritakan tentang kehidupan Lee Soo-yeon (Yoon Eun-hye), yang sering dipukul oleh bapanya yang kaki botol. Suatu hari, bapa Lee Soo-yeon telah ditangkap kerana membunuh.


Sejak itu, dia menjadi bahan ejekan dan diganggu oleh rakan-rakan sekolahnya. Lee Soo-yeon berasa amat tertekan dengan kehidupannya sehinggalah dia bertemu dengan Han Jung-woo (Park Yoo-chun) yang sentiasa menjadi penyelamatnya ketika diganggu. Sejak itu, mereka menjadi kawan baik dan jatuh cinta.


Han Jung-woo merupakan anak kepada seorang ketua kongsi gelap yang berpengaruh dan mempunyai ramai musuh. Suatu hari, Han Jung-woo dan Lee Soo-yeon telah diculik oleh ibu kepada Kang Hyung-joon. Penculikan itu adalah bermotifkan dendam. Ibu Hyung-joon merupakan perempuan simpanan kepada datuk Han Jung-woo.

Kematian datuk Han Jung-woo telah menyebabkan bapanya, Han Tae Joon (lakonan Han Jin Hee), berebutkan harta peninggalan mendiang. Namun kelicikan ibu Kang Hyung-joon, telah membuatkan dia berjaya memindahkan sebahagian besar wang kepada dalam akaun luar negara.


Ibu Hyung-joon merancang untuk meninggalkan Korea dan sebab itulah dia merancang menculik Han Jung-woo. Penculikan tersebut telah menyebabkan Han Jung-woo terpisah dengan Lee Soo-yeo dan Han Jung-woo menyangkakan kekasihnya telah mati.




14 tahun berlalu dan kini Han Jung-woo kini menjadi detektif siasatan jenayah. Hasrat Han Jung-woo hanyalah satu, iaitu mencari Lee Soo-yeon Dia yakin kekasihnya itu tidak mati. Firasatnya tepat kerana Lee Soo-yeon kini telah menjadi seorang pereka fesyen yang terkenal.

Tanpa diduga, Lee Soo-yeon kini bercinta dengan Kang Hyung-joon. Semasa ke luar negara, Hyung-joon telah melanjutkan pelajaran hasil duit yang diambil oleh ibunya daripada keluarga Han Jung-woo. Kini, Hyung-joon merupakan seorang yang kaya dan berjaya dalam hidup.

Sekian lama berada di luar negara, akhirnya Kang Hyung-joon pulang ke tanahair. Namun, kepulangan Kang Hyung-joon hanyalah untuk membalas dendam terhadap keluarga Han Jung-woo kerana bapa Han Jung-woo telah membunuh ibunya akibat daripada perebutan harta. Untuk mengelak daripada dikesan, Hyung-joon telah menyamar sebagai Harry Borrison.

Berjayakan Hyung-joon dengan misinya? Dapatkah Han Jung-soo mencari kekasih hatinya Lee Soo-yeon? Semuanya akan terjawab di dalam Chamsarang ‘I Miss you’ yang bakal menemui anda semuapada setiap Isnin dan Selasa, 9.30 malam bermula 28 Januari ini.



99 KALI RINDU (DOWNLOAD)

$
0
0


99 KALI RINDU
TARIKH TAYANGAN: 09 May 2013
BAHASA:Malay
GENRE :Drama / Romance
PENGARAH :Azhari Zain
PELAKON :Aeril Zafrel, Wawa Zainal, Adey Syafrien, Siti Aziz



 DOWNLOAD 99 KALI RINDU 
ZIPPYSHARE = PART1, - PART2
Kredit: syoklah

TENGOK FULL MOVIE ONLINE 99 KALI RINDU



SINOPSIS 99 KALI RINDU
Filem ni mengisahkan Fakhruddin Attar (lakonan Aeril Zafri) yang kematian isterinya Saidatul Nafisa. Attar bersedih selepas kematian isterinya dan mulai berhijrah untuk menghilangkan rasa sedih itu. Semasa dalam proses penghijrahan itu dia telah bertemu dengan 2 wanita secara tak sengaja, iaitu Fatin Qalbie dan Zazlena.

Pertemuan pertama dengan Zazlena ialah semasa Attar hendak menyeberangi jalan dan dia telah dilanggar oleh Zazlena, kerana rasa bersalah, Zazlena telah merawat Attar di rumahnya hingga sembuh. Miqdad abang kepada Zazlena telah menceritakan kisah adiknya yang sedang bertarung dengan sejenis penyakit.

Pertemua kedua, Attar telah menyelamatkan Fatin Qalbie seorang DJ yang diserang oleh seseorang yang tidak suka kepadanya. Sejak itu Fatin Qalbie telah jatuh cinta kepada Attar. Apa yang menimbulkan konflik ialah tidak lama lagi Fatin Qalbie akan ditunangkan dengan seorang pemuda (dilakonkan oleh Azrel Ismail).

Antara 2 wanita ini, siapakah yang akan dipilih oleh Attar, Zazlena atau Fatin Qalbie? adakah Hilma Aqila (Diana Amir)akan muncul semula untuk mencari cintanya semula dengan Attar.

KISAH CINTA (DOWNLOAD)

$
0
0
KISAH CINTA (TV3)
JUMLAH EPISOD : 13 Episod
SLOT: Lestary TV3
MULAI: 7 MEI 2013
MASA: 9.00 malam
HARI: Setiap selasa
LAGU TEMA OST: Tanpa Terluka (Velvet Af)
PELAKON: Nur Fazura (Azalea),Shaheizy Sam (Shah),Nazim Othman (Azhari),Nadia Aqilah Bajuri (Juli)



DOWNLOAD KISAH CINTA (TV3)
Kisah Cinta Episod 01 =DOWNLOAD 7/5
Kisah Cinta Episod 02 =DOWNLOAD 14/5
Kisah Cinta Episod 03 = DOWNLOAD 21/5
Kisah Cinta Episod 04 =DOWNLOAD 28/5
Kisah Cinta Episod 05 = DOWNLOAD 4/6
Kisah Cinta Episod 06 = Sabar Itu Indah 11/6
Kisah Cinta Episod 07 =
Kisah Cinta Episod 08 =
Kisah Cinta Episod 09 =
Kisah Cinta Episod 10 =
Kisah Cinta Episod 11 =
Kisah Cinta Episod 12 =
Kisah Cinta Episod 13 (TAMAT) =
Kredit: kepalabergetar, FB pereka cerita



KISAH CINTA (TV3)
Kisah Cinta mengisahkan tentang cinta yang berputik dari pertemuan yang tidak diingini. Segalanya bermula semasa kemalangan tragis pada malam tahun baru 2013 di mana Zainal dan Zaharah maut selepas kereta mereka dirempuh dari belakang.


Konflik timbul sewaktu pengurusan tuntutan mayat oleh waris si mati apabila Azalea, anak perempuan Zainal dan Shah, anak lelaki Zaharah melaporkan yang ibu bapa mereka bukan pasangan suami isteri. Malah, Azalea tidak pernah mengenali Zaharah dan Shah tidak pernah mengenali Zainal. Dalam erti kata lain, Shah dan Azalea tidak mengenali satu sama lain.


Setelah selesai segala urusan tuntutan jenazah dan kedua pasangan ini telahpun disemadikan, Azalea dan Shah mula mencari jawapan untuk segala persoalan dan kemusykilan yang timbul daripada kejadian tragis yang menimpa ibu bapa mereka ini. Akhirnya, mereka membenci antara satu sama lain selepas menemui jalan buntu dan mula menuding jari menyalahkan diri masing-masing atas kejadian yang berlaku.

Semasa mengemas barang-barang peninggalan arwah ibunya, Shah terjumpa sebuah kotak yang mengandungi surat-surat lama milik Zainal dan ibunya. Asalnya Shah mahu membuang sahaja surat-surat tersebut tetapi dihalang oleh Azalea. Menurut Azalea, dia juga menjumpai surat-surat antara bapanya dan Zaharah. Azalea ingin tahu kesinambungan surat-surat tersebut. Baginya, ini merupakan peluang keemasan untuk menyelesaikan semua tanda tanya. Shah jelas tidak berminat. Dia takut kebenaran akan melukakan hati semua pihak.

Setelah dipujuk Azalea, Shah akur untuk setuju. Pasangan ini cuba menyelami kisah sebenar Zainal dan Zaharah berpadukan kronologi cerita yang dapat mereka ungkapkan dari surat-surat tersebut. Mereka mula menjejak kaki ke tempat-tempat yang tertulis, mencari nama-nama yang disebut, memahami perkara-perkara yang diceritakan. Satu-persatu kisah terungkai. Dalam tidak sedar, Azalea dan Shah mula mencipta kisah mereka sendiri di atas perjalanan ibu bapa mereka.


Walaupun begitu, perjalanan mereka bukanlah semudah itu. Pelbagai halangan yang harus ditempuh. Kekasih Azalea, Huzir kurang senang dengan situasi ini. Marina, ibu Azalea juga tidak suka dengan usaha anak perempuannya. Baginya, Zaharah adalah perempuan simpanan suaminya dan Shah seperti ibunya, bukanlah orang yang baik. Shah pula terpaksa mengorbankan waktu kerja sehingga dibuang kerja. Misi mereka untuk mencari jawapan terpaksa dihentikan. Hidup dan realiti mereka perlu diteruskan.

Kembali ke kehidupan sebenar memberi makna baru pada hubungan Azalea dan Shah. Mereka mula saling merindui. Apakah pasangan ini cukup tabah untuk melawan situasi dan emosi? Sementara itu, satu kronologi kisah cinta ibu bapa mereka terungkai di mana ada kebarangkalian bahawa mereka adalah adik beradik. Adakah ini kenyataan yang harus mereka terima? Atau masih ada lagi jawapan yang tertinggal?





DANGEROUS LOVE (TV3)

$
0
0
DANGEROUS LOVE (TV3)
SLOT: Telenovela TV3
MENGGANTIKAN DRAMA: Legacy
MULAI: 14 Mei 2013
MASA: 3 petang
HARI: Isnin – Khamis
PELAKON: DingDong Dantes (Homer Alcaraz), Marian Rivera (Proserfina), Angelu De Leon (Heleen), Paola Contis (Rado)dan Eugene Domingo (Yaya Madel)
MENGGANTIKAN DRAMA: Broken Vow



SINOPSIS DANGEROUS LOVE (TV3)
Homer Alcaraz (Dingdong Dantes), seorang ahli perniagaan muda berjaya merasa dhidupnya sangat membosankan.

kemudiannya pada satu pagi homer terkejut melihat seorang wanita berada di atas katilnya iaitu Proserfina J. Valdez. Proserfina J. Valdez (Marian Rivera) seorang wanita yang cantik, bersemangat dan girang


Homer mula jatuh cinta dengan prosa dan merasakan hidupnya menjadi ceria. homer ingin meluahkan perasaannya kepada prosa tetapi prosa telah hilang dengan penuh mesteri.

Apakah yang akan berlaku seterusnya?? saksikanlah kisah pengembaraan cinta penuh halangan di dalam drama ini.

IMAN NABILA (TV3)

$
0
0
IMAN NABILA (TV3)
MULAI: 10  Jun 2013
SLOT: Azalea TV3
HARI: setiap Isnin hingga Khamis
MASA: 4.00 petang
PELAKON : Elfaeza Ul Haq, Shahrizal Jaszle, Faiz Fadzil, Siti Elizad, Mahmud Ali Basha, Aida Khaleeda, Kuza, dan Fazlina Ahmad Daud.
MENGGANTIKAN DRAMA:Kalau bukan aku



SINOPSIS IMAN NABILA (TV3)

DEMI masa depan anak dan cucu, seorang nenek sanggup membeli seorang bayi lelaki demi mewarisi kekayaan harta keluarga bapanya. Mardiah (Aida Khaleeda) sangat bimbang masa depan anaknya Salimah yang menjadi menantu kepada Tuan Arshad (Mahmud Ali Bashah) seorang usahawan kaya raya. Tuan Arshad selalu mengharapkan kelahiran cucu lelaki untuk mewarisi kekayaan yang dimilikinya.

Apabila Salimah mengandung anak kedua, Tuan Arshad berharap Salimah melahirkan cucu lelaki, atau dia meminta anaknya Haris suami Salimah berkahwin lain. Mardiah tidak menyesal kerana Salimah melahirkan anak perempuan, tetapi mengingatkan ugutan Tuan Arshad Mardiah berasa sakit hati, lalu bertindak membeli seorang bayi lelaki untuk dijadikan cucu yang bakal mewarisi harta Tuan Arshad.

Salimah mengalami komplikasi ketika melahirkan anak sehingga dia kehilangan darah yang banyak. Akibatnya dia tidak sedarkan diri selama dua hari. Mardiah menyerahkan anak perempuan Salimah, Nabila kepada adik angkatnya, Khatijah untuk dibesarkan. Setiap bulan Mardiah memasukkan duit ke dalam akaun Khatijah. Kerana masalah kesihatan Salimah, dia tidak mampu menyusukan Iman walaupun mencuba. Mardiah juga tidak menggalakkan Salimah menyusukan Iman.

Haris langsung tidak sayangkan Iman Hakimi dan seolah-olah membenci anak tersebut. Salimah sedih dengan sikap Haris terhadap Iman. Malah Haris tidak pernah menunjukkan perubahan sikap walaupun Tuan Arshad masih mahu memberi peluang Haris berubah menjadi baik. Walaupun sudah ada bakal pewaris hartanya Tuan Arshad masih mahu menyerahkan hartanya kepada Haris jika Haris menunjukkan perubahan. Haris tidak mengendahkan kata-kata Tuan Arshad. Iman membesar dalam kebencian bapanya. Haris seolah-olah tidak menyayangi Iman sama sekali. Sebaliknya Iman dianggap sebagai perampas haknya. Bagaimanapun Tuan Arshad memberi kemanjaan kepada Iman dan melimpahinya dengan kemewahan.

Di saat Iman hidup dalam kemewahan dan kemanjaan, Nabila pula hidup dalam seksaan ibu angkatnya Khatijah. Tinggal di kampung, ternyata Khatijah seorang mata duitan dan sambil lewa membesarkan Nabila. Nabila terpaksa mendengar cemuhan yang dilemparkan kepada Khatijah yang tidak pernah berkahwin. Khatijah dituduh melahirkan Nabila tanpa suami dan sebagainya. Setiap kali tertekan dengan cemuhan, Khatijah akan memukul Nabila untuk melepaskan perasaan. Tetapi kerana janjinya dengan Mardiah, dan wang yang diterimanya dia tidak dapat mengelak janjinya. Namun Nabila sentiasa berdikari dalam apa juga perkara. Dia memiliki otak yang cerdas dan cemerlang dalam pelajarannya. Walaupun selalu dimarahi Khatijah, Nabila sangat sayangkan Khatijah dan tidak pernah membantah apa sahaja kata-kata Khatijah. Sepanjang Nabila membesar, Mardiah tidak pernah melihat cucunya, hanya mendapat berita daripada Khatijah sahaja…

OH MY ENGLISH MUSIM 2 (DOWNLOAD)

$
0
0
OH MY ENGLISH MUSIM 2 (Astro TVIQ)
JUMLAH EPISOD: 20 episod
HARI: Setiap Ahad
MULAI: 31.3.2013
MASA: 7.30 malam
PELAKON: Jibam (Akhmal Nazrin), See Yew Soon (Roax Tan), Shafiq (Aedy Ashraf), Azlin (Izara Aishah), Mazlee (Md Zhafir Muzani bin Mohamad), Anusha (Kaameshaa d/o Ravindran), Farouk (Amer Sharrif bin Rashid), Mr. Henry Middleton (Zain Saidin), Pn Hajar (Adibah Noor), Encik Salleh (Harun Salim Bachik) , Mr. Os



DOWNLOAD OH MY ENGLISH MUSIM 2 (Astro TVIQ)
Oh My English Episod 01 = DOWNLOAD
Oh My English Episod 02 = DOWNLOAD
Oh My English Episod 03 = DOWNLOAD
Oh My English Episod 04 = DOWNLOAD
Oh My English Episod 05 = DOWNLOAD
Oh My English Episod 06 = DOWNLOAD
Oh My English Episod 07 = DOWNLOAD
Oh My English Episod 08 = DOWNLOAD
Oh My English Episod 09 = DOWNLOAD
Oh My English Episod 10 = DOWNLOAD
Oh My English Episod 11 =
Oh My English Episod 12 =
Oh My English Episod 13 =
Oh My English Episod 14 =
Oh My English Episod 15 =
Oh My English Episod 16 =
Oh My English Episod 17 =
Oh My English Episod 18 =
Oh My English Episod 19 =
Oh My English Episod 20 (TAMAT) =
Kredit: jiwang





SINOPSIS OH MY ENGLISH MUSIM 2
RANCANGAN berkonsepkan pendidikan popular, Oh My English Musim (OME) kini kembali dengan musim ke-2! OME musim ke-2 ini lebih mencuitkan hati para penonton dan pembelajaran yang berganda menggabungkan lawak jenaka dan pendidikan untuk membantu para penonton menguasai pertuturan dalam Bahasa Inggeris.

Aaron Aziz menyertai sesi pengajian Oh My English! kali ini sebagai Cikgu Malik iaitu seorang guru Pendidikan Jasmani yang juga merupakan jurulatih pasukan bola sepak sekolah tersebut. Untuk menambahkan lagi keseronokan sesi pembelajaran, Tiz Zaqyah juga akan turut membantu sebagai Cikgu Ayu, seorang guru Bahasa Melayu yang baru di sekolah itu.


Dua pelakon muda yang berbakat besar akan turut terlibat sebagai pelajar baru. Syafie Naswip, pemenang Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di FFM25, akan memegang watak sebagai seorang pelajar nakal bernama Azlan manakala pelakon yang semakin meningkat naik, Iezahdiyana sebagai seorang pelajar baru yang ceria bernama Hani.

Penambahan karakter-karakter baru ini seperti Cikgu Malik, Cikgu Ayu, Hani dan Azlan bakal menjadikan Oh My English! musim ini bertambah segar dan pastinya menjanjikan jalan cerita yang menarik dan penuh kejutan apabila karakter-karakter sedia ada bertemu dengan karakter-karakter yang baru.





MISIKU KUZA (DOWNLOAD)

$
0
0
MISIKU KUZA (ASTRO RIA)
JUMLAH EPISOD: 13
MULA TAYANGAN: 6 Mei 2013
MASA: 10 malam
PELAKON : Arja Lee, Erin Malik,Hairul Azreen






  DOWNLOAD MISIKU KUZA (ASTRO RIA)
Misiku Kuza Episod 01 = DOWNLOAD
Misiku Kuza Episod 02 = DOWNLOAD
Misiku Kuza Episod 03 = DOWNLOAD
Misiku Kuza Episod 04 = DOWNLOAD
Misiku Kuza Episod 05 = DOWNLOAD
Misiku Kuza Episod 06 =
Misiku Kuza Episod 07 =
Misiku Kuza Episod 08 =
Misiku Kuza Episod 09 =
Kredit: jiwang


SINOPSIS MISIKU KUZA (ASTRO RIA)
Seorang doktor kacak bernama Aaron aziz(Arja Lee) tidak lagi mempercayai cinta selepas dikhianati oleh bekas isterinya dulu.Bagaimanapun kehadiran Kuza(Erin Malik) yang menjalani latihan di hospital tempat kerjanya telah merubah persepsi Dr Aaron tentang cinta.

Namun cintanya itu diganggi oleh adiknya sendiri lakonan Hairul Azreen yang turut mempunyai perasaan terhadap Kuza. Sikap Kuza yang berani dan jujur telah memikat kedua-dua jejaka itu kerana masing-masing pernah berhadapan situasi ‘hitam’ bersama wanita.

THE APPRENTICE ASIA (DOWNLOAD)

$
0
0
THE APPRENTICE ASIA (ASTRO)
MULAI: 22 Mei 2013
HARI: setiap Rabu
MASA: 9.05 malam
SALURAN: AXN (701) dan AXN HD di (721)




THE APPRENTICE ASIA 
The Apprentice Asia Episod 01 = DOWNLOAD
The Apprentice Asia Episod 02 = DOWNLOAD
The Apprentice Asia Episod 03 = DOWNLOAD
The Apprentice Asia Episod 04 =
The Apprentice Asia Episod 05 =
The Apprentice Asia Episod 06 =
The Apprentice Asia Episod 07 =
The Apprentice Asia Episod 08 =
The Apprentice Asia Episod 09 =
The Apprentice Asia Episod 10 =
kredit: jiwang

SINOPSIS THE APPRENTICE ASIA (ASTRO)

disertai oleh 12 peserta yang mempunyai latar belakang yang cukup hebat dari enam negara Asia iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, Filipina dan India.

Rancangan realiti terkemuka ini telah difilemkan di Singapura dan Kuala Lumpur sebagai destinasi utama dan diadapatasi dari rancangan siri realiti Amerika Syarikat berdasarkan format yang dicipta oleh pengasas realiti TV, Mark Burnett ( The Voice dan Survivor) dan diterbitkan oleh Fremantlemedia Asia sebuah syarikat hiburan global yang hebat dan terkenal.

Menarik tentang The Apprentice Asia ialah ianya akan dihoskan oleh hartawan syarikat penerbangan tambang murah dari Malaysia, Air Asia, iaitu Tan Sri Tony Fernandes. Turut menjadi juri utama adalah dua nama besar yang berpengalaman luas dalam bidang usahawan iaitu Mark Lankester, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tune Hotel dan Ketua Pegawai Eksekutif Expedia Asia, Kathleen Tan.

Ketiga-tiga nama besar ini akan menjadi tulang belakang kepada 12 usahawan muda terbaik The Apprentice Asia untuk membuktikan siapa yang lebih layak digelar juara The Apprentice Asia. Mark Lankester dan Kathleen Tan ditugaskan untuk memantau setiap pasukan sewaktu mereka menjalankan tugasan dan pendapat serta komen mereka berdua sangat berguna buat Tony Fernandes untuk menentukan siapa yang bakal dipecat terus dari The Apprentice Asia.

Mengetengahkan konsep yang sedikit berbeza dari The Apprentice sebelum ini, 12 peserta bakal dipecahkan kepada dua kumpulan dan bakal diuji dengan cabaran dan kemahiran dalam bidang jualan, perundingan, kreativiti, pengurusan, penjenamaan dan kepimpinan.

Selain cabaran dan kemahiran yang bakal disaksikan para penonton, turut diselitkan ialah drama-drama yang tidak jangka oleh 12 peserta sewaktu mereka menjalankan tugasan yang diberikan. Pertembungan pelbagai idea dan tiada kata sepakat antara drama hebat yang perlu disaksikan para penonton.

Episod pertama The Apprentice Asia adalah permulaan yang sangat mengejutkan dan mengujakan buat 12 peserta yang terpilih untuk membuktikan kemahiran mereka sebagai usahawan muda yang bermula dari bawah dan bakal menerima banyak pengajaran berguna dari apa yang ingin dikecapi sebagai seorang yang berjaya.

Jadi apakah tugasan pertama yang bakal dilalui oleh 12 peserta The Apprentice Asia di episod pertama nanti? Siapakah yang bakal dipecat ketika sesi boardroom atau mungkin tiada penyingkiran di The Apprentice Asia episod pertama?

Segala jawapan tentang The Apprentice Asia bakal terjawab pada 22 Mei 2013 ini yang bakal disiarkan setiap hari Rabu bermula jam 9.05 malam di saluran AXN (701) dan AXN HD di (721)!

The Apprentice Asia dipersembahkan oleh AirAsia, Expedia, Hilton Hotels & Resorts, IG, telefon pintar rasmi Blackberry dan kereta rasmi Volkswagen Malaysia.

MASTERCHEF SELEBRITI MALAYSIA 2 (DOWNLOAD)

$
0
0
MASTERCHEF SELEBRITI MALAYSIA MUSIM 2 (2013)
MULAI: 20 April 2013
HARI: setiap Sabtu - Selasa,
MASA: 9 malam,
SALURAN: Astro Ria (104), Mustika HD (134) dan Astro On The Go


PESERTA MASTERCHEF SELEBRITI
  1. Afiq Muiz,
  2. Datuk Aznil Hj. Nawawi,
  3. Cat Farish, 
  4. Celina,
  5. Enot,
  6. Kenchana Devi,
  7. Keros Nazri,
  8. Lydiawati,
  9. Michael Ang,
  10. Norish Karman,
  11. Radhi OAG,
  12. Rozita Che Wan,
  13. Sabhi Sadhi,
  14. Sathia,
  15. Sharifah Shahora,
  16. Syanie, 
  17. Syura,
  18. Yahya Yassin (TERSINGKIR MINGGU 2)
  19. Zain Saidin.(TERSINGKIR MINGGU 1)


DOWNLOAD MASTERCHEF SELEBRITI MALAYSIA 2 (2013)
MasterChef Selebriti Minggu 01 Hari 01 = DOWNLOAD
MasterChef Selebriti Minggu 01 Hari 02 = DOWNLOAD NEW
MasterChef Selebriti Minggu 01 Hari 03 = DOWNLOAD
MasterChef Selebriti Minggu 01 Hari 04 = DOWNLOAD
MasterChef Selebriti Minggu 02 Hari 01 = DOWNLOAD
MasterChef Selebriti Minggu 02 Hari 02 = DOWNLOAD
MasterChef Selebriti Minggu 02 Hari 03 =DOWNLOAD
MasterChef Selebriti Minggu 02 Hari 04 = DOWNLOAD
MasterChef Selebriti Minggu 03 Hari 01 dan 2 = PART1, - PART2
MasterChef Selebriti Minggu 03 Hari 03 = DOWNLOAD
MasterChef Selebriti Minggu 03 Hari 04 =DOWNLOAD
MasterChef Selebriti Episod 04  Hari 01 = DOWNLOAD
MasterChef Selebriti Episod 04  Hari 02 = DOWNLOAD
MasterChef Selebriti Episod 04  Hari 03 = DOWNLOAD
MasterChef Selebriti Episod 04  Hari 04 = DOWNLOAD
MasterChef Selebriti Episod 05  Hari 01 = DOWNLOAD
MasterChef Selebriti Episod 05  Hari 02 = DOWNLOAD
MasterChef Selebriti Episod 05  Hari 03 = DOWNLOAD
MasterChef Selebriti Episod 05  Hari 04 = DOWNLOAD
MasterChef Selebriti Episod 06  Hari 01 = DOWNLOAD
MasterChef Selebriti Episod 06  Hari 02 = DOWNLOAD
MasterChef Selebriti Episod 06  Hari 03 = DOWNLOAD
MasterChef Selebriti Episod 06  Hari 04 =DOWNLOAD
MasterChef Selebriti Episod 07 Hari 1 = DOWNLOAD
MasterChef Selebriti Episod 07 Hari 2 = DOWNLOAD
MasterChef Selebriti Episod 07 Hari 3 = DOWNLOAD
MasterChef Selebriti Episod 07Hari 4 = DOWNLOAD
MasterChef Selebriti Episod 08 =
MasterChef Selebriti Episod 09 =
MasterChef Selebriti Episod 10 =
Kredit: jiwang, FB pereka cerita


SINOPSIS MASTERCHEF SELEBRITI MALAYSIA 2 (2013)
MasterChef Selebriti Malaysia merupakan sebuah rancangan realiti Malaysia bertemakan permainan dan masakan. Ia merupakan penerbitan selingan bagi MasterChef Malaysia dan menampilkan selebriti Malaysia sebagai peserta. Setiap peserta juga mewakili badan kebajikan yang telah mereka pilih untuk diberikan sumbangan.

19 selebriti berkenaan akan berentap dalam pelbagai cabaran dan ujian untuk menyediakan sajian masing-masing selama 10 minggu. Namun tidak semua 19 selebriti itu dapat bertahan selama 10 minggu kerana setiap minggu akan ada proses penyingkiran peserta.

MasterChef Selebriti memberikan inspirasi dan peluang kepada selebriti mencungkil bakat mereka dalam bidang masakan dan dilatih oleh mereka yang berpengalaman di dalam industri masakan.


MasterChef Selebriti Malaysia mempunyai format yang berbeza dalam setiap episod.

1. Hari Sabtu adalah cabaran Peti Saji Misteri dan Ujian Cipta Rasa. Setiap peserta diberi kotak yang mengandungi bahan-bahan masak yang sama dan perlu menyediakan suatu hidangan yang menggunakan bahan-bahan yang diberikan saja.

Hidangan berkenaan akan dirasai oleh Chef dan seorang pemenang akan dipilih. Pemenang Peti Saji Misteri akan diberi peluang untuk memilih sajian utama untuk cabaran Ujian Cipta Rasa. Peserta perlu mencipta satu hidangan dengan menggunakan Sajian Utama yang dipilih.

2. Hari Ahad akan membawakan Ujian Sajian Pantas dan Penyingkiran.

Tiga peserta yang tidak dapat memuaskan Chef dari cabaran malam sebelumnya akan diberikan resipi untuk satu hidangan tertentu.

Mereka perlu menghasilkan hidangan yang sama dalam masa yang diperuntukkan. Peserta yang membuat hidangan yang kurang memuaskan akan disingkir dari pertandingan ini.

3. Hari Isnin membawakan Cabaran Sajian Luar.

Para peserta akan dibahagikan kepada pasukan yang terdiri daripada bilangan yang sama dan diberi tugas dan jangka masa yang ditetapkan untuk melengkapkan cabaran ini.

Tugas adalah seperti memasak untuk fungsi tali leher hitam atau kem tentera. Pasukan yang kalah akan menghadapi penyingkiran malam seterusnya.

4. Hari Selasa membawakan lagi sekali Ujian Sajian Pantas & Penyingkiran.

Peserta yang tidak dapat memuaskan Chef dari cabaran malam sebelumnya akan diberikan resipi untuk satu hidangan tertentu.

Mereka perlu menghasilkan hidangan yang sama dalam masa yang diperuntukan.

Peserta yang membuat hidangan yang kurang memuaskan akan disingkir dari pertandingan ini.

BULETIN CINTA (DOWNLOAD)

$
0
0
BULETIN CINTA (TV3)
JUMLAH EPISOD: 13 Episod
HARI: Setiap Rabu,
MASA: 9.30 – 10.00 malam,
MULAI : 3 April 2013
PENERBIT: Primeworks Studios / Anniesafinas Haji Hassan
PENGARAH: Zulkeflee Mohamad Said
PELAKON: Jep Sepahtu (Doktor Love), Saiful Apek, Yassin, Anzalna Nasir, Watie Elite, Acong, Taiyuddin Bakar, Rahim, Sharol Shiro, Zazleen Zulkifli, Mimi Haris, Myza Aryqa




DOWNLOAD BULETIN CINTA
Buletin Cinta Episod 01 = DOWNLOAD
Buletin Cinta Episod 02 = DOWNLOAD
Buletin Cinta Episod 03 = DOWNLOAD
Buletin Cinta Episod 04 = DOWNLOAD
Buletin Cinta Episod 05 = DOWNLOAD
Buletin Cinta Episod 06 = DOWNLOAD
Buletin Cinta Episod 07 = DOWNLOAD
Buletin Cinta Episod 08 = DOWNLOAD
Buletin Cinta Episod 09 =
Buletin Cinta Episod 10 =
Buletin Cinta Episod 11 =
Buletin Cinta Episod 12 =
Buletin Cinta Episod 13 (TAMAT =
Kredit: kepalabergetar

SINOPSIS BULETIN CINTA (TV3)
Buletin Cinta membicarakan apa sahaja isu yang berkaitan dengan cinta bersama DOKTOR LOVE (Jep Sepahtu) yang dipersembahkan secara komedi. Antara topik-topik yang dipersembahkan menerusi Buletin Cinta ialah ‘Cinta Bollywood’, ‘Cemburu Kerana Cinta’, ‘Putus Cinta’, ‘Berkorban Kerana Cinta’, ‘Kuasa Cinta’ dan lain-lain.

Episod ‘Cinta Bollywood’ mengisahkan Doktor. Love telah menerima emel dari penonton yang bernama Karena tentang masalahnya yang menyintai dua lelaki pada masa yang sama. Kekasihnya, Salman telah lama menghilangkan diri dan kini Karena rapat dengan sahabat Salman iaitu Sahid. Tiba-tiba, Salman muncul semula. Apakah nasihat yang akan diberikan oleh Doktor. Love? Teruskan menyaksikan dramedy Buletin Cinta untuk menyaksikan pelbagai masalah yang dihadapi oleh pasangan bercinta dan apakah ‘petua’ yang akan dikongsikan oleh Doktor Love?

LARI

$
0
0


LARI
PENGARAH: Ahmad Idham
PRODUCER: Excellent Pictures Sdn. Bhd.
BAHASA: Malay
GENRE: Action
DURASI : 90 min
TAYANGAN: 06 Jun 2013
PELAKON: Aaron Aziz, Dira Abu Zahar, Erry Putra, Erin Malek dan Hazama Azmi.





SINOPSIS FILEM LARI
KHALIF (AARON AZIZ) merupakan seorang bekas askar yang tidak lagi berkhidmat dalam bidang ketenteraan. Dia telah mendapat berita yang mengejutkan berkenaan bapanya yang telah meninggal dunia akibat dibunuh.

Semuanya bermula, apabila KHALIF pulang ke kampung, dan melihat orang ramai berada di rumahnya. Bila dihampiri, dia mengetahui bahawa bapanya telah dibunuh oleh sindiket, manakala adiknya, INA (ERIN MALEK) telah dilarikan oleh mereka, kerana membalas perjanjian yang tidak jadi antara bapanya dan kumpulan sindiket berkenaan.

Berdasarkan pengalaman yang pernah diperolehnya daripada latihan ketenteraan dahulu, naluri KHALIF ingin mengetahui apa yang sebenarnya terjadi kepada keluarganya. Ini menyebabkan dia mula menyiasat apa yang berlaku, dan mula menemui petunjuk kepada kejadian tragik tersebut


Dapatkah Aaron Aziz menyelamatkan adik nya yang telah diculik dan diperdagangkan oleh Ery Putra, dapatkah Aaron Aziz bersama Hazama Azmi menumpaskan kegiatan haram Ery Putra dan juga sindiket perdagangan manusia yang lain? Adakah Aaron Aziz mampu dapatkan cinta nya semula bersama Dira Abu Zahar?






SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA (DOWNLOAD)

$
0
0


SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA
MENGGANTIKAN DRAMA: Hanya padamu
HARI: setiap Jumaat
MULAI: 29 mac
MASA:9 malam.
SLOT: Zehra
PELAKON: Tiz Zaqyah (Syaf), Izzue Islam (Firash / Chad), Qi Qushairi (Haqimy), Uqasha Senrose (Rania), Azlee Khairi (Raimy), Fezrul Khan (Farish), Zuhairi Ibrahim (Datuk Fakhrul), Wilma (Datin Farizah), Marisa Yasmin (Aida) dan ramai lagi.
OST LAGU TEMA SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA
  1. Hazama - Aku Mahu Dia.mp3
  2. Fourteen - Kita




DOWNLOAD SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA
Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 01 = DOWNLOAD
Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 02 = DOWNLOAD
Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 03 = DOWNLOAD
Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 04 = HOTFILE - ZIPPYSHARE NEW
Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 05 = DOWNLOAD 10/5 - NEW
Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 06 = HOTFILE, - ZIPPYSHARE 17/5
Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 07 = HOTFILE 24/5 - ZIPPYSHARE
Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 08 = HOTFILE 31/5 - ZIPPYSHARE
Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 09 = HOTFILE, - ZIPPYSHARE 7/6
Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 10 = sabarlah cinta yg indah Xterjd dgn skjp 14/6
Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 11 =
Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 12 =
Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 13 (TAMAT) =
DRAMA SETERUSNYA = KAMPUNG GIRL (TV3)
kredit: kepalabergetar, FB pereka cerita

DRAMA SAMA HANYA 70% DENGAN NOVEL.. ADA BANYAK PERUBAHAN DAN KEJUTAN
SINOPSIS NOVEL SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA
Kisah percintaan selepas perkahwinan antara Syafa Aqira dan Firash Arshad . Bermula dari satu perangkap yang dirancang oleh Raimy dan Raina, kisah cinta Syafa Aqira dengan Farish Adryan yang dipupuk sejak zaman universiti tidak kesampaian. Benarlah kata orang, cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada hubungan Syafa dan Farish, Farish bertekad untuk memutuskan hubungannya dengan Syafa lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka.

Sewaktu menghadiri jamuan harijadi di rumah Raimy, Raimy cuba memerangkap Syafa Aqira dengan meletakkan serbuk dadah kedalam minuman Syafa, sementara itu Raina (adik Raimy) berbuat yang sama pada Firash Arshad. Syafa lena di bilik tamu, dan tiba-tiba Firash pula masuk dan khayal disitu. Firash tanpa pertimbangan telah menodai Syafa tanpa pengetahuannya. Farish yang terlewat sampai ke majlis tersebut terjumpa mereka berdua dalam keadaan mengaibkan di bilik tamu sewaktu rakan-rakan lain sibuk menyanyikan lagu selamat harijadi Raimy.



Farish terkejut dan memaksa mereka berdua bernikah. Setelah peristiwa tersebut diceritakan dengan panjang lebar kepada Datin Farizah (Ibu Farish dan Firash), Datin bersetuju menikahkan terus Firash dan Syafa. Syafa pula memang kebetulan anak angkat Datin Farizah, pasrah bila diminta untuk bernikah dengan Firash Arshad yang muda 4 tahun darinya. Cadangan ibu kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagia. Dia terpaksa dalam rela demi sebuah harga diri dan rasa kasih terhadap Datin Farizah.

"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." – Firash Arshad.

"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." – Syafa Aqira.

Pada hari pernikahan Firash dan Syafa, Farish meninggal dunia. Datin Farizah pula ditinggalkan suaminya, Datuk Fakhrul setelah Datuk mengahwini Puan Aida (isteri kedua, dan merangkap ibu kepada Raimy dan Raina, yang mana masing-masing tidak mengetahui yang Firash adalah anak Datuk Fakhrul.).


Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan dari pengetahuan rakan-rakan kolej dan pejabat atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.

Semuanya mula sedikit demi sedikit berubah apabila kawan baik serta abang sepupu kepada Firash cuba untuk mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula menyedari yang dia sudah mula menyayangi isterinya itu.

"Kenapa pulak tak nak ikut? Boring giler saya duk kat rumah tu. Ada baiknya ikut awak pergi tengok wayang. Lagipun bukan senang nak dapat tengok filem macam ni untuk hari pertama. Biasa kan full seat je. – Syafa Aqira.

"Ye ke? Atau awak risau takut saya pergi dating dengan orang lain?" – Firash Arshad

Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.

"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" – Syafa Aqira.

"Betul ke tak ingin? Dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" – Firash Arshad.

Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?

NOW YOU SEE ME

$
0
0
NOW YOU SEE ME
TAYANGAN: 30 May 2013
BAHASA: English
DURASI: 1 Hour 55 Minutes
PENGARAH: Louis Leterrier
PELAKON: Jesse Eisenberg, Mark Ruffalo, Michael Caine
ULASAN: Harian Metro




SINOPSIS NOW YOU SEE ME
Kononnya ia adalah pertemuan empat ahli silap mata daripada latar belakang berbeza yang menerima jemputan aneh ke lokasi sama hingga membentuk mereka sebagai sebuah kumpulan silap mata terkenal dikenali sebagai ‘The Four Horsemen’.

Daniel Atlas lakonan Jesse Eisenberg, Henley Reeves (Isla Fisher), Jack Wilder (Dave Franco) dan Merritt McKinney (Woody Harrelson) bertemu dengan kuasa luar biasa dan akhirnya menjadikan mereka terkenal selepas mengadakan persembahan di Las Vegas setahun kemudian.

Mereka berjaya memperdaya penonton dengan memanggil seorang penonton bertuah bagi membantu menceroboh sebuah bank di Paris melalui mesin silap mata.

Kesemua penonton dihujani duit rompakan bank itu di dalam dewan persembahan, namun semuanya adalah permainan silap mata dan palsu.

Kejadian itu menarik minat pihak FBI bagi menyiasat perkara itu, namun keempat-empat ahli silap mata itu dibebaskan dari tahanan kerana FBI gagal mencari bukti sahih yang mengatakan mereka merompak bank.

The Four Horsemen kemudian kembali membuat per­sembahan di New Orleans dan kali ini FBI cuba me­ngekori bagi mencari bukti jenayah mereka. Mereka dibantu pula oleh Thaddeus Bradley lakonan aktor hebat, Morgan Freeman yang selama ini mencari duit dengan kerjayanya membongkar penipuan ahli silap mata.

Bradley bagaimanapun turut keliru untuk mencari kepastian akan ilmu silap mata The Four Horsemen yang sekali lagi berjaya menabur duit kepada penonton dengan mengalihkan sejumlah wang milik pengasas mereka sendiri, Arthur Tressler lakonan Michael Caine ke akaun beberapa penonton.

Tressler pula terkejut dengan tindakan empat ahli silap mata yang selama ini dibiayainya cuba menipunya dengan memberikan duit kekayaannya kepada orang awam.

Bradley makin keliru dan pihak FBI juga makin rumit mencari penyelesaian.

Now You See Me bukanlah naskhah ringan yang meletak satu fokus saja dalam penceritaanya, sebaliknya makin banyak pula teka-teki apabila kesemua ahli The Four Horsemen berjaya memboloskan diri daripada pihak berkuasa walaupun dikejar.


Timbul pula konflik kononnya ada pihak FBI yang menjadi dalang dan anggota kelima mereka. , hingga ke babak akhir barulah kita tahu punca dan sebab mengapa mereka berempat digabungkan dan alasan mereka merompak bank, mengkhianati pengasasnya dan sengaja memasang strategi menaburkan duit kepada penonton.
Viewing all 1410 articles
Browse latest View live




Latest Images