Quantcast
Channel: PEREKA CERITA
Viewing all 1410 articles
Browse latest View live

CINTA ADAM DAN HAWA (TV1)

0
0


CINTA ADAM DAN HAWA (TV1)
JUMLAH EPISOD: 26 episod
SLOT: Bidadari
MULAI: 30 April 2013,
HARI: setiap Isnin hingga Khamis,
MASA: 11.05 pagi
PELAKON: Sasha Saidin, Engku Ismail, Hamidah Wahab, Norman Hakim, Shahrolnizam, Wan Nor Azlin, Yus Waisar, Zarina Zainuddin, Acong dan Azza





SINOPSIS CINTA ADAM DAN HAWA (TV1)
berkongsi kisah menarik watak Adam Hanzalah, pemuda yang memiliki penampilan yang moden dan ranggi tetapi berpengetahuan dalam agama telah muncul dalam sebuah keluarga yang hanya mementingkan urusan dunia. Kehadirannya dalam keluarga itu bertujuan untuk menyelesaikan konflik keluarga tersebut mengenai tanah pusaka yang mahu dikomersilkan sebagai pusat peranginan.

Kisahnya bermula dengan kemunculan Adam Hanzalah yang tanpa disengajakan bertemu dengan teman lamanya, Tengku Rayyan yang juga anak pemilik syarikat dikenali sebagai Tengku Taz. Sejak itu hubungan baik terjalin antara Adam Hanzalah dengan keluarga itu terutama dengan Taz.

Sejak awal Adam Hanzalah menyedari terhadap kepincangan dalam keluarga itu yang hanya mementingkan urusan dunia. Kehidupan mereka sentiasa bergolak apatahlagi isteri Taz, Wan Hasimah gemar mengongkong urusan keluarga dan perniagaan suaminya manakala dua anaknya Tengku Rayyan dan Tengku Zeera hanya mahu menghabiskan harta keluarga. Cuma anak bongsunya tempat Taz bermanja namun Tengku Ammar telah dihantar ke kampung tinggal bersama nindanya, Tengku Rugayyah kerana ibunya sendiri enggan mengaku Ammar sebagai anak kerana kecacatannya.

Masa berlalu Adam Hanzalah telah dicabar oleh Taz dan Tengku Rayyan menyahut cabaran membantu mereka sama-sama mengusahakan projek resort 5 bintang. Sebenarnya dua beranak itu mahu ‘menggunakan’ Adam Hanzalah untuk meyakinkan Tengku Rugayyah mahu meneruskan projek terbengkalai yang pernah diusahakan Rugayyah bersama arwah suaminya. Dengan ciri-ciri pemuda berkarisma dan miliki ilmu agama yang dilihat menebal dalam dirinya, Adam Hanzalah adalah individu sesuai meyakinkan wanita separa usia itu.


Hakikatnya Tengku Rugayyah bimbang sekiranya projek itu di teruskan, pulau tersebut akan tercemar kerana kehadiran pelancong asing dan penduduk sedikit sebanyak akan mendapat kejutan budaya, ciri-ciri agama yang diamalkan akan berkurangan dan pelancong luar pasti akan mengotorkan pandangan mata dengan penampilan yang menjolok mata.

Kehadiran Adam Hanzalah akhirnya berjaya meyakinkan semua orang untuk menjayakan projek itu dengan cara yang tidak mengetepikan landasan agama dan budaya. Namun pada masa sama, Adam Hanzalah perlu berdepan dengan sikap buruk Wan Hasimah yang sentiasa hadir dengan idea-idea jahat menggagalkan niat baiknya ‘memperbetulkan’ keluarga Tengku Taz kembali ke jalan yang benar.


Begitu juga Adam Hanzalah tersepit dengan perasaan cinta terhadap Tengku Zeera yang ikhlas berubah sikap dan penampilannya kerana agama dan juga Sumayyah, seorang mualaf yang merupakan bekas isterinya yang muncul kembali tanpa diduga.

Mujur ketika berdepan dengan segala dugaan tersebut, dia dibantu Siti Humairah, anak angkat Tengku Rugayyah yang juga teman ketika sama-sama melanjutkan pengajian dalam bidang agama satu ketika dahulu. Mereka nyata miliki nasib yang sama apabila Siti Humairah juga berdepan cabaran sama ada menerima kembali cinta Tengku Taz atau pun menyambut kasih dihulurkan oleh Ustaz Huzaifah.

Untuk menyaksikan apakah kesudahan jalan cerita menarik ini, saksikan Cinta Adam dan Hawa hanya di TV1.





LONG WEEKEND

0
0
LONG WEEKEND
MULA TAYANGAN: 18 Apr 2013
BAHASA :Thai
GENRE:Horror
DURASI: 95 minutes
PENGARAH:Taweewat Wantha
PELAKON:Chinawut Indracusin, Sheranut Yusananda, Sean Jindachot, Natpassara Adulyamethasiri



SINOPSIS LONG WEEKEND
Filem ini mengisahkan Thongsook, seorang remaja yang pemalu, sering diganggu dan diejek oleh rakan-rakannya sejak kecil. Dia bernasib baik kerana mempunyai kawan baik bernama Nam, iaitu seorang gadis yang membesar bersamanya dan sentiasa
menjaganya.

Apabila Thongsook dan Nam memasuki kolej, mereka menghabiskan masa dengan kawan-kawan baru iaitu Boy, Jack, Beam dan Pui.

Bagaimanapun, kawan-kawan baru tersebut juga suka mengejek Thongsook. Apabila tiba cuti sekolah, rakan-rakan yang sering membuli Thongsook tidak menyedari bahawa mereka akan melalui sebuah pengalaman mengerikan.

Pengalaman tersebut membuatkan persepsi mereka terhadap Thongsook berubah. Kawan-kawannya telah mengembara ke sebuah pulau terpencil yang terletak di tengah-tengah tasik tetapi Thongsook tidak dijemput.


Tanpa diduga, Thongsook muncul apabila mereka tiba di pulau tersebut. Percutian yang selesa itu menjadi ngeri pada malam kedua yang dikenali sebagai Malam Hantu Lapar.

ARIANA MIKHAIL (1 - 16 TAMAT)

0
0
ARIANA MIKHAIL
SALURAN: TV9
SLOT: Ratu
Hari Tayangan: setiap Isnin dan Selasa,
Masa Tayangan: 8.30 malam
Mula Tayangan: 16 Januari.
PELAKON : Nora Danish-Sein Ruffedge-Riezman Kuzaimi
EPISOD : 15 Episod
MENGANTIKAN: DRAMA KARMA (1- 14 TAMAT)



ARIANA MIKHAIL (ULANGAN 2013)
SALURAN: TV3
SLOT: Samarinda
EPISOD: 15 episod
MULAI: 10/4/2013
MASA: 10 Malam
HARI: hari selasa hingga khamisPELAKON : Nora Danish-Sein Ruffedge-Riezman Kuzaimi
EPISOD : 15 Episod

EPILOG CINTA KHIRANA (TV3) DITANGGUHKAN
DOWNLOAD ARIANA MIKHAIL (1 - 16 TAMAT)
Ariana Mikhail Episod 01 = DOWNLOAD
Ariana Mikhail Episod 02 = DOWNLOAD
Ariana Mikhail Episod 03 = DOWNLOAD
Ariana Mikhail Episod 04 = DOWNLOAD
Ariana Mikhail Episod 05= DOWNLOAD
Ariana Mikhail Episod 06 = DOWNLOAD
Ariana Mikhail Episod 07 = DOWNLOAD - new
Ariana Mikhail Episod 08 =DOWNLOAD - new
Ariana Mikhail Episod 09 =DOWNLOAD - New
Ariana Mikhail Episod 10 =DOWNLOAD - New
Ariana Mikhail Episod 11 = DOWNLOAD - new
Ariana Mikhail Episod 12 = DOWNLOAD
Ariana Mikhail Episod 13 = DOWNLOAD
Ariana Mikhail Episod 14 = DOWNLOAD
Ariana Mikhail Episod 15 = DOWNLOAD - new
Ariana Mikhail Episod 16 (TAMAT)  = DOWNLOAD - new
Kredit: kepalabergetar, jiwang



SINOPSIS ARIANA MIKHAIL (TV9)

Cerita bermula di Paris, France dimana Mikhail telah tamat pengajiannya di Universiti Kingston, London pergi bercuti ke Paris dengan sahabat karibnya Jamil yang merupakan senior Mikhail di universiti, hubungan mereka rapat seperti abang dan adik. Dalam percutian itu, Mikhail berniat hendak mencari teman wanita Peranchis kononnya. Tetapi adalah disebaliknya telah bertemu dengan Ariana juga singgah bercuti ke Paris daripada Amerika Syarikat sebelum pulang ke Malaysia.

Ariana yang lulusan hiasan dalaman bercuti bersendirian kerana ingin mencari pengalaman dengan dunia hiasan di Eropah. Dalam pertemuan itu berlaku disebuah cafe di bandar Paris, Apabila Ariana membantu Mikhail daripada di marahi yang cuba mengorat wanita Peranchis dengan mengaku Mikhail teman lelakinya. disebabkan Mikhail tidak memahami bahasa ’Peranchis’. Mikhail marah dengan tindakan Ariana yang melepaskan peluangnya tetapi Ariana menjelaskan pada Jamil yang kebetulan ke tandas akan perbuatan Mikhail mengusik wanita peranchis yang telah mempunyai teman lelaki itu salah. Lainlah kalau wanita itu yang berminat dengan Mikhail. Sikap Mikhail yang tidak berterima kasih serta berlagak dan sombong membuat Ariana tidak berminat untuk berkawan walaupun dia tahu mereka sebangsa.

Jamil meminta maaf bagi pihak Mikhail, kerana mereka baru sahaja sampai bercuti di Paris. Ariana boleh sedikit berbahasa Peranchis mengingatkan Jamil agar menjaga tingkah laku Mikhail. Bagi membalas budi,Jamil mengajak Ariana makan malam tetapi Mikhail tidak berminat untuk turut serta kerana dia tidak meminati Ariana. Mikhail mengingatkan Jamil jangan buang masa sebab kalau nak gadis melayu balik ke Kuala Lumpur nanti mereka akan bertemu ramai. Jamil menasihatkan Mikhail jangan bongkak nanti dia akan tergila-gilakan Ariana. Tetapi Mikhail ketawakan kata-kata Jamil serta menyuruh Jamil saja mengorat Ariana sekiranya dia berminat.

Bak kata orang tua-tua, “Jangan benci dengan seseorang itu, nanti lama-lama sayang.” Itulah yang terjadi kepada Mikhail apabila dia mula jatuh hati kepada Ariana yang telah menjaganya ketika dia sakit. Mikhail telah memohon maaf kepada Ariana atas sikapnya sebelum ini. Ariana memaafkan Mikhail dan sejak itu mereka mula rapat dan berkawan sehingga lahirnya bibit-bibit cinta.

Pada suatu hari dengan secara tiba-tiba, Mikhail telah meminta Jamil untuk menguruskan pernikahannya dengan Ariana di Paris kerana dia tidak mahu kehilangan Ariana. Jamil menganggapkan Mikhail sudah hilang kewarasan kerana masih terlalu awal untuk mereka berkahwin tetapi Mikhail bersungguh-sungguh untuk mengahwini Ariana. Malam itu, Mikhail melamar Ariana dan keadaan yang romantis membuatkan Ariana terharu dan menerima lamaran Mikhail. Mereka telah bernikah di salah sebuah masjid di Paris.

Tetapi keesokan harinya, selepas satu malam bersama sebagai suami isteri, Mikhail mendapati Ariana sudah tiada lagi di sebelahnya. Mikhail menyangka Ariana keluar untuk membeli-belah tetapi dilihatnya beg pakaian Ariana pun sudah tiada. Puas Mikhail dan Jamil mencari Ariana di tempat-tempat yang selalu mereka kunjungi ketika di Paris namun tiada. Hanya sepucuk surat yang diutuskan kepada Mikhail…

Apakah isi kandungan surat tersebut? Ke manakah Ariana dan mengapa dia menghilang begitu sahaja dengan seribu tanda tanya? Mari kita sama-sama ikuti jalan cerita romantis “Ariana Mikhail” bermula 16 Januari ini pada setiap hari Isnin dan Selasa jam 8.30 malam!

ALAMAK BAKAR (TV1)

0
0
ALAMAK BAKAR (TV1)
MULAI: 1 Mei 2013 (Rabu),
MASA: 2.30 petang
PELAKON: Arin Raja Lawak, Ilya Buang, Julie Woon, Fadhil Dhani, Fauziah Nawi, Accapan, Azman Hassan dan Taiyuddin Bakar,



SINOPSIS ALAMAK BAKAR (TV1)
Bakar, antara pemuda yang gagal mencapai cita-cita. Namun, hidup harus diteruskan dan Bakar menjadikan impian Mak Ijah, ibunya yang buta sebagai pencetus semangat meneruskan hidupnya. Mak Ijah mahukan Bakar menjadi seorang polis seperti arwah suaminya. Tanpa pengetahuannya, Bakar kerap kali gagal dalam temu duga anggota polis.

Untuk tidak mengecilkan hati Mak Ijah, Bakar memberitahu temu duganya lulus dengan jayanya dan dia akan dipanggil bertugas. Wajah riang Mak Ijah menimbulkan rasa bersalah yang tidak terhingga dalam hati Bakar. Bakar meminta pendapat Pak Usin, mentornya. Pak Usin menyarankan Bakar untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan, sekurang-kurangnya skop tugas dan baju seragamnya menyamai polis.

Kehidupan malang Bakar dikusamkan lagi dengan pekerjaannya yang sangat membosankan. Bakar hilang arah dan hilang punca, justeru, dia mula endah tak endah dengan pekerjaannya. Bakar terlibat perselisihan dengan Geng Jambu di mana, dia dibelasah teruk. Keesokan harinya, Bakar dipecat. Bakar kecewa dengan nasibnya. Namun, apabila menatap semula wajah ibunya, Bakar bertekad untuk bekerja dengan lebih rajin, tambahan pula, Mak Ijah yang sedang sakit memerlukan peruntukan kewangan yang lebih.

Majikan Bakar memberinya peluang terakhir tetapi kali ini Bakar terpaksa menjaga sebuah pangsapuri lama yang menyeramkan bersama seorang Nepal, Rajendra. Selepas mengalami beberapa kes menakutkan, Bakar terserempak dengan Hannah, seorang polis wanita undercover yang sedang menyiasat kes pengedaran dadah berpusat di pangsapuri lama tersebut.

Bakar dan Hannah akhirnya dapat merungkai rangkaian jenayah terancang Geng Jambu yang diketuai oleh Rajendra. Kes itu berjaya ditangani dengan penuh keperwiraan oleh Bakar.

Bakar akhirnya mengaku kepada Mak Ijah, kegagalannya di dalam SPM telah menyukarkannya untuk menjadi polis. Umurnya juga semakin lanjut untuk diterima sebagai Polis Bantuan.

Namun Bakar tidak pernah mengenal putus asa. Dia kemudiannya meminta bantuan Hannah untuk memberi sokongan kepadanya menjadi seorang polis. Atas sokongan Hannah, dapatkah Bakar diterima menjadi seorang Polis Bantuan yang menjaga kawasannya daripada sebarang jenayah?

Saksikan drama khas tayangan Hari Pekerja ini hanya di TV1.

KAROOT KOMEDIA MUSIM 2 (DOWNLOAD)

0
0
KAROOT KOMEDIA MUSIM 2 (2013)
HARI: setiap Khamis,
MASA: 10 malam,
SALURAN: Astro Warna (132) dan Mustika HD (134)
MULAI: 21 March 2013




DOWNLOAD KAROOT KOMEDIA MUSIM 2 (2013)
Karoot Komedia Episod 01 = DOWNLOAD
Karoot Komedia Episod 02 = DOWNLOAD
Karoot Komedia Episod 03 =DOWNLOAD
Karoot Komedia Episod 04 =DOWNLOAD
Karoot Komedia Episod 05 = DOWNLOAD
Karoot Komedia Episod 06 =DOWNLOAD
Karoot Komedia Episod 07 =
Karoot Komedia Episod 08 =
Karoot Komedia Episod 09 =
Karoot Komedia Episod 10 =
Kredit: jiwang





SINOPSIS KAROOT KOMEDIA MUSIM 2 (2013)
Karoot Komedia merupakan program sketsa secara spontan yang menggunakan penceritaan berkonsepkan dikir barat. Sketsa-sketsa ini dilakonkan pelakon-pelakon komedi mengikut tema setiap episod.

Karoot Komedia X pula merupakan versi yang telah dinaik taraf. Rancangan asal yang ditayangkan selama 30 minit dinaik taraf ke sejam dan pastinya mengiburkan penonton dengan sketsa-sketsa yang lebih menarik dengan artis-artis komedi yang berbeza-beza!

Karoot merupakan perkataan yang lahir daripada tukang karut yang bertindak sebagai pencerita semasa dikir barat. Istilah komedia pula lahir daripada perkataan Greek iaitu comedia iaitu gelaran kepada teater komedi di Greek.

Antara keunikan yang bakal diselitkan menerusi Karoot Komedia adalah penampilan kumpulan dikir barat yang mengikut tema sketsa pada rakaman minggu tersebut.
Selain itu, ditampilkan pelawak-pelawak yang diminati ramai seperti Ebby Yus, Johan, Jep Sepahtu, Jihan Raja Lawak serta Yus Raja Lawak yang menjadi pelakon residen program ini setiap minggu.

DRUG WAR

0
0


DRUG WAR
MULA TAYANGAN: 18 Apr 2013
BAHASA:Cantonese
GENRE :Crime / Thriller
DURASI: 106 minutes
PENGARAH:Johnnie To
PELAKON :Louis Koo, Sun Honglei, Huang Yi








SINOPSIS DRUG WAR
Zhang, seorang kapten polis yang bekerjasama dengan seorang pengedar dadah bernama Timmy Choi (Louis Koo) selepas dia ditangkap. Choi bersetuju dengan kerjasama tersebut untuk mendedahkan maklumat tentang sekutunya kerana dia ingin mengelak daripada hukuman mati.

Sekutunya yang belum ditangkap mengendalikan satu sindiket dadah. Zhang mula mengesyaki kejujuran Choi selepas beberapa orang pegawai polis yang menyerbu sindiket dadah tersebut mati.

JODOH (1 - 13 TAMAT)

0
0

JODOH (ASTRO RIA)
SALURAN: Astro Ria
MULAI: 4 Februari 2013
MASA:: 9malam
JUMLAH EPISOD: 13 episod
PELAKON: Scha Alyahya, Dazrin Kamaruddin, Susan Lankester, Hefny Sahad, Reen Rahim, Hafiz Nafiah, , Esma Daniel, Catriona Ross, Mustafa Kamal, Dian P.Ramlee, Hafiz Nafiah, Sobri Anuar, Kismah Johar dan adik Rykarl Iskandar. Che Lah MasterChef dan peserta dari Imam Muda


DOWNLOAD JODOH (ASTRO RIA)
Jodoh Episod 01 = DOWNLOAD
Jodoh Episod 02 =DOWNLOAD
Jodoh Episod 03 =DOWNLOAD
Jodoh Episod 04 =DOWNLOAD
Jodoh Episod 05 = DOWNLOAD
Jodoh Episod 06 =DOWNLOAD
Jodoh Episod 07 =DOWNLOAD
Jodoh Episod 08 = DOWNLOAD
Jodoh Episod 09 = DOWNLOAD
Jodoh Episod 10 = DOWNLOAD
Jodoh Episod 11 = DOWNLOAD
Jodoh Episod 12 = DOWNLOAD
Jodoh Episod 13 (TAMAT) = DOWNLOAD
Kredit: khalstore, jiwang, jacrewz


SINOPSIS JODOH (ASTRO RIA)
Eps 1
Azlan merupakan adalah seorang lelaki bujang yang menyertai sebuah rancangan reality mencari isteri yang dinamakan ‘Jodoh’. Pada masa yang sama, Azlan juga seorang usahawan hartanah. Olly dihantar untuk merunding penjualan tanah yang dimiliki oleh mereka tetapi Azlan menghiraukan Olly. Olly mengikut Azlan ke set Jodoh dan apabila salah satu peserta wanita, Diana Surtika, terpaksa menarik diri, Olly yang secara kebetulan berada disitu dipaksa oleh penerbita Jodoh Nora untuk menggantinya.


Eps 2
Olly tidak bersetuju untuk menyertai Jodoh. Tetapi setelah memberitahu bossnya, Dato Azumie, Olly bersetuju untuk mengganti Diana Surtika dengan syarat beliau dieliminasi dulu dan Azlan menjual tanah kenapa syarikatnya. Akan tetapi Nora, pernerbit menerima kejutan besar apabila penonton-penonton rata-rata menyukai Olly menyebabkan ratings cerita Jodoh naik mendadak.


Eps 3
Azlan dipaksa oleh Nora untuk tidak menyingkirkan Olly pada eliminasi pertama. Dengan tidak relanya, Azlan menyingkir Balqis dan tidak menyingkirkan Olly dan ini membuat Olly sangat marah tetapi setelah diberitahu yang beliau akan dibayar Rm3000 setiap episod, bakal tunang Olly, Dani menggalakkan Olly untuk meneruskan perjuangan memikat Azlan.

Eps 4
Cabaran pertama dan semua gadis-gadis di kehendaki menyanyi lagu cinta yang dicipta sendiri kepada Azlan. Olly telah mereka sebuah lagu yang dinamakan lagu ‘Tapak Kasut di atas Jamban’ yang beliau percaya akan membuat penonton tidak menyukainya dan membuatnya tersingkir. Di eliminasi Azlan akhirnya menyingkirkan Olly. Akan tetapi Bob membuat pengumuman terkejut.


Eps 5
Selebriti Masterchef Che Lah datang untuk membantu Azlan dalam cabaran seterusnya di mana semua gadis-gadis harus memasuki masakan dengan pisang! Pada masa yang sama, Olly mendapat tahu yang beliau di buang kerja setelah beliau tidak disingkirkan oleh Azlan . Sedih dengan kejadian tersebut, Olly menyebabkan kebakaran kecil semasa beliau menyiapkan hidangan.


Eps 6
Olly mula dianggap sebagai cabaran apabila dia masih lagi tidak disingkirkan oleh Azlan. Di cabaran ketiga, semua gadis-gadis diuji dengan tahap kepandaian mereka dengan kuiz pengetahuan am. Olly yang merancang untuk tidak menjawab soalan dengan baik dengan harapan beliau tersingkir akhirnya beria dan rancak menjawab soalan apabila semua peserta wanita lain lambat menjawab soalan. Olly memenangai temujanji dengan Azlan tetapi Hani, Irda dan Jamie telah meletak julap dalam minuman Olly dengan niat untuk merosakkan temujanji Olly

Eps 7
Sekembalinya Olly daripada hospital, Olly mendapat tahu Comel disingkir dan beliau masih lagi bertanding. Di cabaran seterusnya, semua gadis-gadis dikehendaki menunjukkan kebolehan mereka membuat lawak dan mencuit hati Azlan sekaligus membuat Azlan ketawa. Apabila Hani mengutuk Katya dalam lawaknya, Azlan sedar yang mungkin gadis yang disukainya Katya tidak disukai ramai. Oleh yang demikian, Azlan memilih Olly sebagai pemenang cabaran semata-mata untuk mendapatkan informasi dalam.

IRON MAN 3

0
0



IRON MAN 3
PENGARAH: Shane Black
BAHASA: English
GENRE: Action, Fiction, Adventure
MULA TAYANGAN: 26 Apr 2013
PENGEDAR: WALT DISNEY PICTURES
PELAKON: Robert Downey Jr., Gwyneth Paltrow, Don Cheadle, Ben Kingsley, Guy Pearce, Rebecca Hall, James Badge Dale, Jon Favreau



SINOPSIS IRON MAN 3
Filem ketiga siri 'Iron Man' ini diarah oleh Shane Black. Robert Downey Jr. kembali berlakon sebagai kaki perempuan yang kaya dan memakai sut besi sebagai Iron Man untuk menyelamatkan dunia. Selepas peristiwa yang berlaku di filem 'Iron Man' yang kedua, Tony Stark kini bertarung dengan kuasa jahat bersama kawan baiknya, Lt. Col. James Rhodes atau War Machine.

Tony Stark mengembara untuk mencari orang yang bertanggungjawab memusnahkan dunia peribadinya. Pengembaraan ini akan sentiasa mencabar keberaniannya. Tony Stark menjadi terdesak untuk melindungi orang tersayangnya dengan naluri, kepintaran dan alatnya. Tony Stark mempunyai satu soalan yang sentiasa menghantuinya: adakah manusia yang membina sut atau sut yang menjadi manusia?

Dalam usaha mencari mereka yang terlibat, beliau menghadapi pelbagai dugaan serta rintangan yang menguji kecekalan beliau. Apakah yang akan berlaku seterusnya kepada Tony Stark?

Berjayakah beliau menerima dugaan yang di hadapinya..?

LOVE COMPULSORY 2 (NTV7)

0
0
LOVE COMPULSORY MUSIM 2 (NTV7)
MULAI: 5 April 2013,
HARI: setiap Jumaat
MASA: 9.30 malam sehingga 10.00 malam.
PELAKON: Leslie Chai, Jan Chin, Jack Yap, Karena Teo, Alvin Wong, Shuben Low, dan Tiffany Leong, William San, Jordan Voon, dan Ching Miau



SINOPSIS LOVE COMPULSORY 2 (NTV7)
Musim ini bakal membuat para penonton lebih terhibur dengan telatah para pelakonnya. Malah Angel bakal berhadapan dengan kisah cinta barunya yang merupakan kisah cinta jarak jauh dan bakal mengalami pelbagai masalah yang bakal merenggangkan mereka berdua. Berbeza pula dengan Hao Jie dan Gao Zi Man yang kini membuat keputusan untuk berkahwin setelah lama berharapkan kepada takdir cinta mereka.

Kata orang cinta sejati mampu menghadapi apa jua halangan namun ada sesuatu yang bakal memberi kejutan setelah tamatnya musim lalu. Rahsia sebenar pasangan ini adalah Gao Zi Man sudah berbadan dua sebelum mereka ingin berkahwin. Adakah ini akan mengubah persepsi ibu Hao Jie terhadap pasangan ini. Adakah rancangan perkahwinan mereka dapat diteruskan?

Jika cinta semakin bersemi buat pasangan Angel dan Hao Jie, lain pula buat watak Da Xiong (lakonan Jack Yap) dan Xiao Ling (Karena Teo). Hubungan cinta mereka yang semakin renggang membuatkan mereka berpisah dan memulakan hidup baru masing-masing. Namun apabila Da Xiong menemui pasangan baru, Xiao Ling mula merasa terancam dan cuba merosakkan hubungan baru bekas kekasihnya. Ini membuatkan Da Xiong yakin bahawa masih ada harapan dengan cinta mereka berdua.

Namun kedegilan mereka berdua bakal menambah lagi pelbagai masalah dalam hubungan mereka dan mampukah mereka mengatasinya bersama? Adakah mereka bakal menggunakan peluang kedua ini sebaik mungkin? Atau sifat keanak-anakan mereka bakal menggagalkan cinta mereka sekali lagi?

Sebuah lagi pasangan yang bakal meneruskan kisah mereka dalam musim ini adalah Tian Yu (lakonan Alvin Wong) dan Pauline (Shuben Low). Pasangan ini ternyata berkahwin walaupun memiliki dua personaliti yang amat jauh berbeza. Bagaikan langit dan bumi, Pauline lebih gemarkan kehidupan yang menarik seiring tuntutan kehidupan masa kini namun Tian Yu lebih bersifat ketinggalan dan membosankan.

Sejurus perkahwinan mereka, Pauline menyedari bahawa Tian Yu mempunyai harapan dan jangkaannya yang tersendiri. Mampukah Pauline bertahan dengan sikap kolot Tian Yu yang hanya mementingkan diri dan menjangkakan isterinya untuk melakukan segala kerja rumah buatnya sementara dia sibuk bermain permainan video?

Kedengarannya seperti tidak apabila Pauline tetap memfailkan penceraian mereka. Tatkala itulah Tian Yu bakal cuba memenangi semula hati isterinya itu. Adakah Tian Yu akan berjaya?

CINTA KAU DAN AKU (1 - 13 TAMAT)

0
0
CINTA KAU DAN AKU (TV1)
MULAI: 15 Februari 2013,
HARI: setiap Khamis dan Jumaat,
MASA: 10.05 malam
ADAPTASI: novel popular Cinta Kau Dan Aku karya Siti Rosmizah
PELAKON: Sara Ali dan Fizz Fairuz di samping Mardiana Alwi, Dynas Mokhtar, Syawal AF dan Mustafa Kamal



DOWNLOAD CINTA KAU DAN AKU (TV1)
Cinta Kau Dan Aku Episod 01 = DOWNLOAD
Cinta Kau Dan Aku Episod 02 =DOWNLOAD
Cinta Kau Dan Aku Episod 03 =DOWNLOAD
Cinta Kau Dan Aku Episod 04 =DOWNLOAD
Cinta Kau Dan Aku Episod 05 =DOWNLOAD
Cinta Kau Dan Aku Episod 06 =DOWNLOAD
Cinta Kau Dan Aku Episod 07 =DOWNLOAD
Cinta Kau Dan Aku Episod 08 = DOWNLOAD
Cinta Kau Dan Aku Episod 09 = DOWNLOAD
Cinta Kau Dan Aku Episod 10 = DOWNLOAD
Cinta Kau Dan Aku Episod 11 = DOWNLOAD
Cinta Kau Dan Aku Episod 12 = DOWNLOAD
Cinta Kau Dan Aku Episod 13 (TAMAT) = NEW DOWNLOAD
Kredit : kepalabergetar

SINOPSIS CINTA KAU DAN AKU (TV1)
Cerita ni bermula dengan seorang gadis yang cantik, baik dan namun keluarganya hidup dalam serba kekurangan setelah ayahnya meninggal dunia. Sejak itu dia mengubah penampilannya menjadi seorang yang kasar namun masih berbudi bahasa.

Kemiskinan hidup mereka menyebabkan dia tidak dapat meneruskan pelajaran ke universiti dan terpaksa membantu ibunya berniaga kecil-kecilan di warung. Namun kemudiannya dia mengambil keputusan untuk mengikut temannya, Milah berhijrah dan bekerja di Kuala Lumpur sebagai pemandu peribadi kepada majikan Milah yang merupakan tokoh korporat yang terkenal. Dengan kesungguhannya, Risya berjaya meyakinkan majikannya untuk diterima bekerja.
Namun tiada siapa yang menyedari dalam diam Farish Hakimi jatuh hati terhadap Risya dan kesempatan yang ada digunakan sepenuhnya lelaki itu apabila ibu Risya jatuh sakit, dia segera menghulurkan bantuan kos pembedahan penyakit jantungnya. Rasa terhutang budi dengan lelaki itu membuatkan ibu Risya menyarankan agar Farish Hakimi mengahwini anaknya Risya. Pantas sahaja lelaki itu bersetuju dan tindakannya itu benar-benar mengejutkan Risya yang kemudiannya hanya menurut kehendak ibunya. Mereka kemudiannya melayari bahtera hidup sebagai suami isteri yang bahagia. Apatahlagi baru merasai nikmat cinta setelah berkahwin meskipun adakalanya mereka bertelagah kerana sikap cemburu buta Farish Hakimi.
Tetapi konflik mula berlaku setelah kehadiran keluarga dan bekas tunang Farish Hakimi ke rumah mereka. Mereka mula merancang niat jahat memisahkan pasangan itu dengan segalanya didalangi oleh bekas tunang dan adik Farish Hakimi sendiri. Perangkap di atur mereka seringkali gagal namun impian mereka jadi kenyataan bila satu hari Risya diperangkap bersama teman baiknya. Farish Hakimi yang sedang marah dan gagal mengawal perasaan terus menceraikan Risya tanpa usul periksa. Malah Risya juga terpaksa menerima hakikat dirinya keguguran anak sulong mereka. Ketika itu Farish Hakimi tanpa rasa bersalah berlepas ke UK meninggalkan Risya.



Sangkaan mereka bahawa perpisahan jalan terbaik dalam hubungan mereka meleset. Mereka berdua tetap saling merindu meskipun tidak bertemu. Risya cuba bangkit apatahlagi dia ditawarkan menjadi model di Singapura. Namun ketika di lapangan terbang dia tanpa sengaja bertembung dengan bekas suaminya itu dan sejak itu mereka sering bertemu.

Mampukah cinta mereka berdua kembali bertaut? Atau banyak lagi dugaan dan rintangan diaturkan adik perempuan Farish Hakimi dan bekas tunangnya untuk memastikan mereka takkan mungkin bersatu? Saksikan kesudahan drama bersiri Cinta Kau Dan Aku hanya di TV1.

BUNGA MERAH PUNYA (DOWNLOAD)

0
0



BUNGA MERAH PUNYA (TV9)
SLOT: Aurora
HARI: setiap hari Khamis
MASA: 8.30 malam
MULAI: 21 Februari
MENGANTIKAN DRAMA : 6 Progresif
EPISOD: 13 episod



DOWNLOAD BUNGA MERAH PUNYA
Bunga Merah Punya Episod 01 = DOWNLOAD
Bunga Merah Punya Episod 02 =DOWNLOAD
Bunga Merah Punya Episod 03 =DOWNLOAD
Bunga Merah Punya Episod 04 =DOWNLOAD
Bunga Merah Punya Episod 05 =DOWNLOAD
Bunga Merah Punya Episod 06 =DOWNLOAD 28/3
Bunga Merah Punya Episod 07 =DOWNLOAD
Bunga Merah Punya Episod 08 =DOWNLOAD
Bunga Merah Punya Episod 09 = DOWNLOAD
Bunga Merah Punya Episod 10 =DOWNLOAD
Bunga Merah Punya Episod 11 = DOWNLOAD
Bunga Merah Punya Episod 12 =
Bunga Merah Punya Episod 13 (TAMAT) =
Kredit: kepalabergetar



SINOPSIS BUNGA MERAH PUNYA (TV9)
menceritakan mengenai Bunga yang diamanatkan untuk mencari Merah yang melarikan diri ketika usianya 10 tahun oleh Tok Baen, penjaga mereka sejak kecil lagi.


Kisah mereka bermula apabila Merah yang dijaga oleh Tok Baen semenjak usia 3 tahun telah menemui seorang bayi perempuan yang ditinggalkan oleh seseorang di depan rumahnya. Tok Baen mengasuh bayi perempuan itu dan diberinya nama Bunga. Kehadiran Bunga merubah semula kemurungan Merah menjadi ceria. Merah sangat menyayangi Bunga. Kedegilan Merah yang tidak mahu ke sekolah dan tidak mahu dimarahi lagi oleh Tok Baen telah menyebabkan Merah lari daripada rumah dan tidak pernah kembali. Dapatkan Bunga menunaikan amanat Tok Baen untuk mencari Merah?

Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan drama Bunga Merah Punya



IDENTITY THIEF

0
0
IDENTITY THIEF
PENGARAH: Seth Gordon
GENRE: Komedi
DURASI: 111 minit
MULA TAYANGAN: 2 Mei 2013
PELAKON: Jason Bateman, Melissa McCarthy, Jon Favreau, Amanda Peet, Tip "T.I." Harris, Genesis Rodriguez, Morris Chestnut, John Cho, Robert Patrick, Eric Stonestreet



SINOPSIS IDENTITY THIEF
Filem ini berkisarkan tentang seorang wanita meniru identiti seorang lelaki. Semuanya menjadi serba tidak kena gara-gara tindakan yang dilakukan wanita itu. Agaknya, apa kesudahan mereka berdua, sama-sama kita saksikan di pawagam berdekatan nanti.


BISIKAN SYAITAN

0
0
BISIKAN SYAITAN
ARAHAN: Faizul A Rashid
PELAKON: Fizz Fairuz, Nabila Huda, Wan Sharmila dan Azam Pitt
GENRE: Seram
TAYANGAN: 12 Mei 2013



SINOPSIS BISIKAN SYAITAN

Bisikan Syaitan mengisahkan Kamil dan Soraya yang terdesak untuk mengubah hidup mereka yang miskin dan sering ditindas. Kesempitan hidup memaksa Kamil dan Soraya membuat perjanjian syaitan yang mendesak mereka mengikuti 4 syarat utama.

Syarat pertama , Kamil dan Soraya perlu bercerai tetapi mereka masih perlu meneruskan hubungan intim. Kamil kemudiannya berkahwin dengan Iera. Tujuannnya untuk menyempurnakan syarat kedua, iaitu mendapatkan uri bayi daripada isteri yang mengandungkan anak sulung daripada benih Kamil .

Selepas menyempurnakan syarat tersebut, Soraya dan Kamil meneruskan syarat ketiga, iaitu membunuh wanita yang melahirkan anak tersebut. Soraya telah membunuh Iera dengan memberikannya ramuan berbisa ( rebusan air kayu yang dicampurkan dengan isi tembikai dan air kelapa serta miang buluh dan serbuk kaca) yang menjadi larangan bagi wanita di dalam pantang.

Walaubagaimanapun , selepas Soraya menyempurnakan syarat yang keempat pada 10 tahun kemudian iaitu mengorbankan janin daripada perempuan lain untuk korban pendampingnya, Soraya telah ditangkap Polis .

Sewaktu proses pembelaan kes Soraya, Zul telah menjumpai beberapa bukti secara tidak sengaja yang mengaitkan Soraya dan Kamil sebagai penyebab kematian Iera. Walaubagaimanapun , bukti - bukti tersebut hanya samar dan Zul tidak ada bukti kukuh untuk menuduh Kamil dan Soraya.

Zul hanya mendiamkan dirinya.Soraya disabitkan bersalah dan dihukum sampai mati. Selepas kematian Soraya, Pak Mat ( ayah Kamil) telah lumpuh separuh badan dan akhirnya meninggal dunia kerana tertekan diganggu kelibat-kelibat. Anaknya , Jasmine juga diganggu. Zul juga sering diganggu, dan meneruskan siasatannya sehinggalah dia mengetahui kisah sebenarnya apabila menjumpai surat perjanjian berdarah di antara Soraya dan Kamil.

RAJA LAWAK 7 (DOWNLOAD)

0
0



GELANGGANG RAJA LAWAK 7 (ASTRO WARNA)
HARI: Jumaat,
MASA: 10.00 malam
MULAI : 12 April 2012
SUMBER: astro.com
PENGACARA: Jozan (johan dan zizan)
SALURAN: Astro Warna (132), Mustika HD (134) & Astro On-The-Go




PESERTA RAJA LAWAK 7
  1. Kumpulan Bora-Singapura
  2. Kumpulan Kintan- Selangor
  3. Kumpulan Pahat- Putrajaya
  4. Kumpulan Gamat-Perak
  5. Kumpulan Taras- Perak
  6. Kumpulan Okay-Selangor
  7. Kumpulan Sakan-Perlis
  8. Kumpulan Tuah-Kedah
  9. Kumpulan Wala-Sabah
  10. Kumpulan Xtra-Kedah
  11. Kumpulan Ganu-Terengganu
  12. Emy-Pahang
  13. Ali-Singapura
  14. Boy-Sabah

JURI TETAP RAJA LAWAK
Dato` AC Mizal,
Saiful Apek
Isma Alif.



“Takkan lawak hilang di dunia"


DPWNLOAD RAJA LAWAK MUSIM 7
Raja Lawak 7 Minggu 01 (BEBAS) = PART1, - PART2, - PART3
Raja Lawak 7 Minggu 02 (KEDAI KOPI)  = PART1, - PART2, - PART3
Raja Lawak 7 Minggu 03 = PART1, - PART2, - PART3
Raja Lawak 7 Minggu 04 = PART1, - PART2, - PART3
Raja Lawak 7 Minggu 05 =
Raja Lawak 7 Minggu 06 =
Raja Lawak 7 Minggu 07 =
Raja Lawak 7 Minggu 08 =
Raja Lawak 7 Minggu 09 =
Raja Lawak 7 Minggu 10 =
 Kredit: jiwang

SINOPSIS RAJA LAWAK 7 (ASTRO WARNA)
Raja Lawak Astro sebuah rancangan televisyen realiti yang berkonsepkan pencarian bakat sebagai pelapis kepada golongan pelawak elit sedia ada ini agar dapat diketengahkan dalam industri seni hiburan di Malaysia

Program realiti ini telahpun memulakan siarannya pada awal tahun 2007 yang menampilkan ramai peserta yang kini sudahpun aktif dalam industri seni hiburan. Antara yang paling menonjol setakat ini adalah Johan, Zizan dan Nabil.


Program terbaru pula akan disiarkan di Astro Warna selepas tamatnya Raja Lawak 5 iaitu Maharaja Lawak yang menggabungkan kesemua finalis Raja Lawak untuk kembali merebut takhta Maharaja Lawak dan dinobatkan sebagai pelawak terbaik negara

LULUHNYA SEBUAH IKRAR (TV9)

0
0
LULUHNYA SEBUAH IKRAR (TV9)
MENGGANTIKAN DRAMA: Kerana Lelaki Itu
SLOT: Ratu
MASA: 8.30 malam
MULAI: 6 Mei 2013
EPISODE :
HARI: Setiap isnin dan selasa
PELAKON: Sara Ali, Ryzal Jaafar, Zul Ariffin dan Ruzana Ibrahim



SINOPSIS LULUHNYA SEBUAH IKRAR (TV9)
Luluhnya Sebuah Ikrar menceritakan mengenai Yati (Sara Ali), gadis manis yang baru memulakan latihan praktikal di sebuah firma guaman. Perwatakannya yang manis dan merendah diri namun tegas dengan pendiriannya telah membuatkan bakal pewaris syarikat itu, Shahrul (Ryzal Jaafar) terpikat.

Pada mulanya, niat Yati hanya mahu menumpukan pada latihan praktikal dan fokus dengan masa hadapannya.

Tetapi apabila Shahrul tidak henti menunjukkan kesunggahan untuk menawan hatinya, Yati jatuh cinta pada kelembutan dan karisma yang ditunjukkan Shahrul. Shahrul telah diperkenalkan kepada kedua ibu bapa Yati dan mereka menyenangi Shahrul.

Apabila tiba giliran Shahrul untuk memperkenalkan Yati kepada keluarganya, kehadiran Yati langsung tidak disenangi. Kerana cinta, Shahrul tekad untuk mengahwini Yati walaupun tidak mendapat restu ibu bapanya.


Namun malang menimpa Yati apabila dia telah dirogol sebelum hari pernikahannya.

Adakah Shahrul masih setia dengan ikrar cintanya pada Yati?

LANGGAR (DOWNLOAD)

0
0


LANGGAR (2013)
PENGARAH: Sein Ruffedge
PRODUCER: Tayangan Unggul Sdn. Bhd.
GENRE: Action, Drama
MULA TAYANGAN: 11 Apr 2013
PELAKON: Adi Putra, Namron, Hans Isaac dan Natasha Hudson, Zul Huzaimy, Khir Rahman, Bell Ngasri, Nadia Heng, Daniel Wong, Collan Koo dan Zalif Sidek.








DOWNLOAD LANGGAR
ZIPPYSHARE =  PART1, - PART2, - PART3, - PART4
UPLOADER = DOWNLOAD
Kredit: jiwang


SINOPSIS LANGGAR (2013)
Langgar mengisahkan Nizam (Adi Putra) yang ingin menuntut keadilan berikutan kematian isterinya. Aina (Nadia Heng) yang sarat hamil anak sulung dirogol dan dibunuh oleh sekumpulan gangster. Nizam ingin mencari darah sebagai galang gantinya.



Dia kemudian diperkenalkan kepada Radzi (Namron) oleh Khairul (Bell Ngasri), seorang teman lamanya. Setelah diuji oleh Loy (Zulhuzaimy) iaitu orang kanan Radzi, Nizam layak menyertai mereka.

Radzi juga berurusan dengan Jimi (Hans Isaac), seorang pengedar dadah yang mempunyai empayar di beberapa buah negara Asia Tenggara. Amanda (Natasha Hudson) merupakan kekasih kepada Radzi dan juga seorang penagih dadah.


JALAN JALAN CARI MAKAN 2013

0
0
JALAN JALAN CARI MAKAN 2013
HARI: setiap Ahad,
MASA: 12.00 tengahari,
MULAI: 7 April 2013.



SINOPSIS JALAN JALAN CARI MAKAN 2013
JJCM musim baru ini juga mengembalikan hos JJCM iaitu Qushairi Mohammed Razali atau lebih mesra dengan panggilan Qi Razali, di samping pengisian baru menerusi segmen menarik seperti ‘Siapa Punya’, ‘Siapa Itu?’, ‘Singgah’ dan ‘Lain Macam’.

Setiap episod mingguan JJCM akan menemui penonton dengan pelbagai segmen yang menarik untuk diingati. Antara segmen yang menjadi tumpuan para penonton ialah segmen ‘Siapa Punya?’ yang memberi peluang kepada peminat rancangan JJCM untuk mencadangkan tempat-tempat makan yang menarik menerusi laman sosial rasmi Facebook JJCM.

Masih mengekalkan segmen bersama artis dan personaliti jemputan iaitu segmen ‘Siapa Itu?’ untuk menemani Qi Razali menikmati juadah yang lazat dan memeriahkan lagi JJCM ini. Saksikan gelagat artis atau selebriti popular yang akan memeriahkan program JJCM musim ini seperti Nelydia Senrose, Ila Damia, Suki, Monoloque, Yana Samsudin, Taiyuddin Bakar, Adira, Shuib Sepahtu dan ramai lagi.

JJCM musim terbaru ini juga turut menyelitkan destinasi selera seperti warung dan gerai menerusi segmen ketiga, ‘Singgah’. Menarik mengenai segmen ini, pihak produksi JJCM akan mengunjungi warung dan gerai yang jarang diketahui ramai.


Sebelum menutup tirai, jangan lupa menonton segmen terakhir JJCM, ‘Lain Macam’ yang akan memaparkan kedai makanan yang unik yang lain daripada kebiasaan seperti konsep dan dekorasi restoran serta makanan.


Gelagat Qi yang bersahaja dalam menunjukkan bakat memasak di dapur pasti menarik perhatian penonton untuk mencuba pelbagai resepi istimewa setiap restoran yang dikunjungi. Qi yang sememangnya seorang ‘kaki makan’ pasti membangkitkan selera setiap mata yang menonton JJCM.

LOVE RAIN (DOWNLOAD)

0
0


LOVE RAIN (8TV)
TAJUK LAIN: Sarangbi
GENRE: Romance, melodrama
MASA: 6.30PM
SLOT: Hito Idol (8TV)






DOWNLOAD LOVE RAIN (8TV)
Love Rain Episod 01 = DOWNLOAD
Love Rain Episod 02 = DOWNLOAD
Love Rain Episod 03 = DOWNLOAD
Love Rain Episod 04 =DOWNLOAD
Love Rain Episod 05= DOWNLOAD
Love Rain Episod 06 =DOWNLOAD
Love Rain Episod 07 =
Love Rain Episod 08 =
Love Rain Episod 09 =
Love Rain Episod 10 =
Love Rain Episod 11 =
Love Rain Episod 12 =
Love Rain Episod 13 =
Love Rain Episod 14 =
Love Rain Episod 15 =
Love Rain Episod 16 =
Love Rain Episod 17 =
Love Rain Episod 18 =
Love Rain Episod 19 =
Love Rain Episod 20 =
Kredit: kepalabergetar






SINOPSIS LOVE RAIN
Love Rain mengisahkan percintaan yang tulus pada tahun 1970 dan cinta yang disambung oleh keturunan mereka pada abad ke 20. Seo In Ha (art student) dan Kim Yoon Hee (seorang yang pemalu) bertemu dan saling jatuh cinta tetapi percintaan mereka tidak kesampaian. Pada abad ke-20, Seo Joon anak kepada Seo In Ha bertemu dan jatuh cinta kepada anak Kim Yoon Hee iaitu Jung Ha Na


Yoona SNSD melakonkan watak Kim Yoon Hee, seorang gadis kolej pada tahun 1970-an yang baik, gadis korea terakhir dan innocent. juga melakonkan watak Jung Ha Na pada tahun 2012. Ha Na merupakan anak perempuan Yoon Hee., Ha Na ni seorang gadis yang ceria dan aktif berbeza daripada ibunya.


Jang Geun Suk melakonkan watak Seo In Ha pada tahun 1970-an student art yang tak pernah bergaul dengan perempuan, yang telah jatuh cinta dalam masa 3 saat setelah melihat Kim Yoon Hee. Jang Geun Suk juga melakonkan watak Seo Joon pada tahun 2012 yang mana seorang casanova

Masalah muncul apabila Kim Yoon Hee dan Seo In Ha berjumpa dan kembali ingin meneruskan kisah percintaan mereka yang terbantut dahulu. lebih merumitkan lagi Seo Joon dan ha na tengah hangat bercinta.. so siapakah yang akan mengalah?? kisah cinta ibu dan ayah 1970 atau kisah cinta anak anak 2012


“I’m sorry for not having any common sense. But even if I may be easy, I can’t play around. Because I’ve never been tired before since I’m old fashioned and innocent.” –Jung Ha Na (Love Rain, 2012)

“It took me three seconds to love someone for the first time. But to stop loving someone, it was impossible in just three seconds.” –Seo In Ha (Love Rain, 2012)

“The scenery with love is always beautiful. But just because love is beautiful, does not mean that it’s always happy. Love always has two different faces of sadness and happiness.” –Kim Yoon Hee (Love Rain, 2012)

OH MY ENGLISH MUSIM 2 (DOWNLOAD)

0
0
OH MY ENGLISH MUSIM 2 (Astro TVIQ)
JUMLAH EPISOD: 20 episod
HARI: Setiap Ahad
MULAI: 31.3.2013
MASA: 7.30 malam
PELAKON: Jibam (Akhmal Nazrin), See Yew Soon (Roax Tan), Shafiq (Aedy Ashraf), Azlin (Izara Aishah), Mazlee (Md Zhafir Muzani bin Mohamad), Anusha (Kaameshaa d/o Ravindran), Farouk (Amer Sharrif bin Rashid), Mr. Henry Middleton (Zain Saidin), Pn Hajar (Adibah Noor), Encik Salleh (Harun Salim Bachik) , Mr. Os



DOWNLOAD OH MY ENGLISH MUSIM 2 (Astro TVIQ)
Oh My English Episod 01 = DOWNLOAD
Oh My English Episod 02 = DOWNLOAD
Oh My English Episod 03 = DOWNLOAD
Oh My English Episod 04 = DOWNLOAD
Oh My English Episod 05 = DOWNLOAD
Oh My English Episod 06 = DOWNLOAD
Oh My English Episod 07 =
Oh My English Episod 08 =
Oh My English Episod 09 =
Oh My English Episod 10 =
Oh My English Episod 11 =
Oh My English Episod 12 =
Oh My English Episod 13 =
Oh My English Episod 14 =
Oh My English Episod 15 =
Oh My English Episod 16 =
Oh My English Episod 17 =
Oh My English Episod 18 =
Oh My English Episod 19 =
Oh My English Episod 20 (TAMAT) =
Kredit: jiwang





SINOPSIS OH MY ENGLISH MUSIM 2
RANCANGAN berkonsepkan pendidikan popular, Oh My English Musim (OME) kini kembali dengan musim ke-2! OME musim ke-2 ini lebih mencuitkan hati para penonton dan pembelajaran yang berganda menggabungkan lawak jenaka dan pendidikan untuk membantu para penonton menguasai pertuturan dalam Bahasa Inggeris.

Aaron Aziz menyertai sesi pengajian Oh My English! kali ini sebagai Cikgu Malik iaitu seorang guru Pendidikan Jasmani yang juga merupakan jurulatih pasukan bola sepak sekolah tersebut. Untuk menambahkan lagi keseronokan sesi pembelajaran, Tiz Zaqyah juga akan turut membantu sebagai Cikgu Ayu, seorang guru Bahasa Melayu yang baru di sekolah itu.


Dua pelakon muda yang berbakat besar akan turut terlibat sebagai pelajar baru. Syafie Naswip, pemenang Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di FFM25, akan memegang watak sebagai seorang pelajar nakal bernama Azlan manakala pelakon yang semakin meningkat naik, Iezahdiyana sebagai seorang pelajar baru yang ceria bernama Hani.

Penambahan karakter-karakter baru ini seperti Cikgu Malik, Cikgu Ayu, Hani dan Azlan bakal menjadikan Oh My English! musim ini bertambah segar dan pastinya menjanjikan jalan cerita yang menarik dan penuh kejutan apabila karakter-karakter sedia ada bertemu dengan karakter-karakter yang baru.





CINTA JANGAN PERGI (DOWNLOAD)

0
0

CINTA JANGAN PERGI (TV9)
MULAI : 6 April 2013
HARI: Setiap Sabtu dan Ahad
MASA: 8.30 malam
JUMLAH EPISOD: 26 episod
PELAKON: Remy Ishak, Tiz Zaqyah, Nadiya Nisaa, Josiah Hogan, Bil Azali, Esma Daniel, Ramona Zam Zam, Aleza Shadan dan Kartina Ayoob



DOWNLOAD CINTA JANGAN PERGI
Cinta Jangan Pergi Episod 01 dan 02 = DOWNLOAD, - DAILYMOTION
Cinta Jangan Pergi Episod 03 = DOWNLOAD - ZIPPYSHARE
Cinta Jangan Pergi Episod 04 = DOWNLOAD - ZIPPYSHARE
Cinta Jangan Pergi Episod 05 = DOWNLOAD - ZIPPYSHARE
Cinta Jangan Pergi Episod 06 = DOWNLOAD -
Cinta Jangan Pergi Episod 07 = DOWNLOAD
Cinta Jangan Pergi Episod 08 = DOWNLOAD 28/4
Cinta Jangan Pergi Episod 09 =DOWNLOAD 4/5
Cinta Jangan Pergi Episod 10 = sabarnyer 5/5
Cinta Jangan Pergi Episod 11 =
Cinta Jangan Pergi Episod 12 =
Cinta Jangan Pergi Episod 13 =
Cinta Jangan Pergi Episod 14 =
Cinta Jangan Pergi Episod 15 =
Cinta Jangan Pergi Episod 16 =
Cinta Jangan Pergi Episod 17 =
Cinta Jangan Pergi Episod 18 =
Cinta Jangan Pergi Episod 19 =
Cinta Jangan Pergi Episod 20 =
Cinta Jangan Pergi Episod 21 =
Cinta Jangan Pergi Episod 22 =
Cinta Jangan Pergi Episod 23 =
Cinta Jangan Pergi Episod 24 =
Cinta Jangan Pergi Episod 25 =
Cinta Jangan Pergi Episod 26 (TAMAT) =
Kredit: kepalabergetar





SINOPSIS CINTA JANGAN PERGI (TV9)
Dengan perjanjian manis dua kekasih sehidup semati namun siapa sangka dalam sekelip mata, takdir telah merubah segalanya. Lea Soraya dan Khalil dua insan yang tidak pernah bertemu mula menjalin cinta secara tidak sengaja dalam perjalanan ke Paris.
Takdir bagaikan sengaja terus menemukan mereka apabila sekali lagi mereka ke destinasi yang sama untuk menjelajah ke seluruh Eropah bersama. Mulanya Lea kurang menyenangi kehadiran Kalil yang kelihatan seperti cuba untuk meraih perhatiannya.
Tetapi setelah saling mengenali, mereka mula merasa senang dengan kehadiran masing-masing. Bibit cinta mula terbit di hati mereka setelah melalui hari-hari bahagia bersama. Percintaan mereka berlanjutan walaupun setelah mereka pulang ke London.
Namun siapa sangka, dalam sekelip mata segala yang dirancang berubah tanpa diduga. Dua hati yang bersumpah setia terpisah apabila satu insiden tidak diingini terjadi ke atas Khalil. Kehilangan Khalil membuatkan Lea buntu samada untuk terus menunggu Khalil atau melupakan kenangan lalu dan bersama Hudd .

Siapakah yang akan menjadi pilihan Lea, Khalil atau Hudd?

Viewing all 1410 articles
Browse latest View live




Latest Images