Quantcast
Channel: PEREKA CERITA
Viewing all 1410 articles
Browse latest View live

SALJI UNTUK MABEL

$
0
0
SALJI UNTUK MABEL

Barisan pelakon:
1. Mabel - Ixora Chern
2. Yuen - Eva Emmanyna
3. Melissa - Janet Khoo
4. Mark - Kenji Sawahi
5. Miller - Mike Ho
6. Mabel (50 tahun) - Angeline Tan





SINOPSIS SALJI UNTUK MABEL

Salji Untuk Mabel mengisahkan Mabel yang cacat dan terpaksa bergantung kepada kerusi roda untuk bergerak.

Walaupun berstatus OKU, dia tidak pernah dibezakan oleh ibu bapanya, Melissa (Janet Khoo) serta Mark (Kenji Sawahi) dengan abangnya Miller (Mike Ho).


Keluarga berkenaan tinggal di perkampungan Tionghua dan mereka satu-satu keluarga Tionghua yang beragama Kristian di kampung itu, tetapi masyarakat tidak pernah meminggirkan mereka walaupun berlainan pegangan.

Mabel mempunyai rakan karib seusianya yang tinggal sekampung dengannya iaitu Yuen (Eva Emmanyna) dan Yuen menjadi peneman setia untuk menemani ke mana saja mereka pergi.

Bagi memberi perangsang supaya dia dapat menyambung pengajian ke Eropah, Mabel menyimpan keratan akhbar dan majalah mengenai sambutan Krismas di luar negara.

Buat pertama kalinya sebelum menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Mabel berkongsi jurnalnya itu bersama Yuen dan menyebabkan kedua-dua mereka lebih gigih untuk belajar sehingga mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan itu.

Di atas dasar persahabatan, sebelum menjelangnya Krismas, Yuen merancang satu kejutan kepada Mabel dan keluarganya. Pada pagi Krismas itu, dia dibawa ke balai raya kampung dengan diberikan kejutan salji diperbuat daripada polistren.

Pada pagi itu juga, satu lagi kejutan dilakukan apabila Santa Claus yang menaiki kereta lembu dengan haiwan berkenaan dihiasi menyerupai rusa untuk menyamakan dengan ciri kenderaan dinaiki Santa Claus.

Kejutan itu juga rupa-rupanya kepulangan abangnya Miller yang sebelum itu memberitahu tidak dapat pulang bercuti kerana tuntutan kerja

TAIKUN

$
0
0
TAIKUN
MULA TAYANGAN: 4 October 2012
PELAKON: Angah Raja Lawak (Tai), Along Raja Lawak (Kun), Afian Giman (Alex Yanz), Angah Raja Lawak (Sarip), Adey Shafrien, Haszmi Raja Lawak, Mikael Andre, Addy Rauf



SINOPSIS TAIKUN 

Filem Taikun mengisahkan dua sahabat baik dikenali sebagai Tai (Angah) dan Kun (Along) yang mempunyai masalah dengan pihak berkuasa. Sifat mereka suka bergaduh dan mencuri menyebabkan mereka bertembung dengan ahli-ahli Geng Ros Hitam dan Tedung. Disebabkan Tai dan Kun membelasah kedua-dua ahli geng dengan teruk, ketua Geng Pink, Manan dan ketua Geng Purple, Sarip merasa tertarik dengan kehebatan mereka berdua dan mengajak Tai dan Kun untuk menyertai geng mereka.

 Sikap Tai dan Kun yang tamak menyebabkan mereka menerima pelawaan dua-dua geng tanpa pengetahuan ketua geng masing-masing. Geng Pink dan Geng Purple pula adalah dua musuh ketat dan sering bergaduh. Mereka juga bersaing dalam perniagaan DVD cetak rompak. Kehadiran Tai dan Kun yang kelihatan hebat menyebabkan mereka mendedahkan segala kegiatan mereka dan mengharapkan pada Tai dan Kun untuk membantu mereka supaya menjadi lebih kaya.

Sejak itu, kehidupan Tai dan Kun dilimpahi kemewahan. Kesetiaan Tai dan Kun hanya terletak pada ganjaran wang sebagai habuan. Namun, Geng Pink dan Geng Purple mula ditimpa masalah yang mana semua kegiatan mereka sering dihidu polis. Masing-masing mula menunding jari menuduh geng lain. Tapi dalam diam, ada dalang yang membocorkan semuanya dan Tai dan Kun dituduh sebagai dalangnya namun Sarip dan Manan tidak percaya.

Siapakah dalang sebenarnya? Apakah yang akan terjadi pada Tai dan Kun? Semuanya akan terjawab dalam filem 'Taikun'.

HOUSE AT THE END OF THE STREET

$
0
0
HOUSE AT THE END OF THE STREET
PELAKON: Elisabeth Shue, Jennifer Lawrence, Max Thieriot, Gil Bellows, Eva Link, Allie MacDonald, Nolan Gerard Funk dan James Thomas.
MULAI: 4 Oktober 2012.



SINOPSIS HOUSE AT THE END OF THE STREET

Sarah (Elisabeth Shue) yang baru sahaja bercerai bersama-sama anak perempuannya, Elissa (Jennifer Lawrence) berusaha untuk memulakan kehidupan baru dengan berpindah ke kawasan luar bandar.

Selepas beberapa perkara pelik berlaku, Sarah dan Elissa menyedari bahawa rumah bersebelahan mereka pernah didiami oleh sebuah keluarga dimana anak perempuan telah membunuh ibu bapa mereka dan melarikan diri. Satu-satunya ahli keluarga yang selamat adalah seorang anak lelaki bernama Ryan (Max Thieriot).

Elissa mula mengenali Ryan dan menjalinkan hubungan walaupun dibantah ibunya. Semenjak itu, mereka terlibat dalam satu misteri yang lebih berbahaya daripada apa yang disangkakan.

BEDAH TONG GAS (DOWNLOAD)

$
0
0
BEDAH TONG GAS
TARIKH: 7 Oktober 2012,
MASA: 9 malam
Lakonan: Norkhiriah Ahmad Shapie (Pelakon Wanita Terbaik Drama ASK 2010) Shanie dan Bell Ngasri

.

DOWNLOAD BEDAH TONG GAS
HOTFILE = DOWNLOAD
Kredit: kepalabergetar

SINOPSIS BEDAH TONG GAS (TV3)

bermula dengan Bedah berusia 27 tahun. Dia menjalankan perniagaan menjual tong gas di kampungnya. Selain membuka kedai, dia turut mempromosikan tong gasnya menerusi laman blog www.bedahtonggas.blogspot.com serta facebook, menggunakan nama ‘Bedah Cun’.

Bedah sering diganggu oleh pemuda-pemuda yang menjadi rakan facebooknya. Dia akan membuang nama-nama pemuda yang sering mengganggunya menerusi facebook. Malahan Bedah pernah mogok menutup kedainya selama seminggu dan membuatkan penduduk kampung yang kehabisan gas terpaksa masak menggunakan kayu api.

Pemuda yang sering mengganggu bedah termasuklah Zamri, anak Lebai Kulop, dan Ucop. Mereka pernah menyamar menjadi pemuda kaya dan berkenalan dengan Bedah dalam facebook. Bukan itu sahaja, mereka sanggup menelefon Bedah tengah malam dan memberitahu kedainya meletup! Tanpa diketahui orang, Bedah telah jatuh cinta dengan bapa Zamri, iaitu Lebai Kulop menerusi facebook. Suatu hari Lebai Kulop memberitahu hasratnya untuk mengahwini Bedah. Ini mebuatkan Zamri berasa amat terkejut. Adakah Zamri juga menaruh harapan terhadap Bedah, dan sebab itulah dia sering mengusik Bedah?

HALIM MUNAN (DOWNLOAD)

$
0
0
HALIM MUNAN
GERNE: Komedi Seram
PENGARAH: Hashim Rejab
MULA TAYANGAN : 13 Septembar 2012
PELAKON: Fizo Omar (Halim), Gbob sebagai Puyu, Fiza (Suriati), Zul Suphia'an (Ajak), Wan Hanafi Su sebagai Wak Mali,Syuk (Kumpulan Balas Raja Lawak) Piwi dan Fendi (Balas - Kimi)


DOWNLOAD HALIM MUNAN PPVRIP
HOTFILE = PART1, - PART2, - PART3, - PART4,
Kreadit: team aryzs

SINOPSIS HALIM MUNAN
Halimmunan mengisahkan remaja lelaki, Halim bin Munan. Dia sering di ejek dan dibuli rakan-rakannya iaitu Ajak, Pawi dan Kimi kerana sikap Halim yang agak lurus dan namanya yang dianggap pelik.

Halim sendiri sebenarnya menganggap dirinya sebagai 'halimunan' dan dia suka berangan sehingga dewasa. Namun, pada suatu hari Halim difitnah orang kampung kerana mengintai Suriyati yang juga anak gadis Arsyad. Bagaimanapun, Munah tidak mempercayai tuduhan itu. Sebagai ibu, Munah yakin dengan Halim.

Untuk membersihkan namanya, Halim bertemu seorang bomoh iaitu Wak Mali. Ucapan salam diucapkan dan selepas Wak Mali menjawab salam tu, Wak Mali kebingungan kerana tidak nampak sesiapa memberi salam padanya.

Halim menjadi 'halimunan' selepas mencuri kain kafan di sebuah kubur berhampiran. Belum sempat halim datang menyerahkan separuh kain sebagai syarat 'dapat ilmu', dia sudah pun bertukar menjadi halimunan.

Bagaimanapun, halim sebenarnya dah tersalah ambil kain kafan menyebabkan dia sentiasa halimunan. Pada masa sama, penduduk kampung mencarinya kerana halim dituduh menyamar menjadi pocong dan mengacau penduduk kampung.

Apakah yang berlaku seterusnya kepada Halim. Mampukah dia membersihkan namanya dan keluarga yang sudah tercemar? Adakah Halim akan berubah sikapnya yang suka berangan itu? Semua jawapan ada dalam Halimmunan.

AKU DIA DAN TONG SAMPAH (DOWNLOAD)

$
0
0
 

AKU DIA DAN TONG SAMPAH (TV9)
PELAKON: Siti Saleha, Beto Kusyairy dan Razif Hashim
TARIKH: 3 Oktober ini,
MASA: 8.30 malam



DOWNLOAD AKU DIA DAN TONG SAMPAH (TV9)
HOTFILE = DOWNLOAD
Kredit: kepalabergetar





SINOPSIS AKU DIA DAN TONG SAMPAH (TV9)
Aku, Dia dan Tong Sampah adalah sebuah komedi romantik yang mengisahkan dua insan, Sharnaz dan Amir yang baru sahaja putus cinta. Mereka bertemu ketika hendak membuang surat cinta bekas kekasih mereka di tempat pembuangan sampah.



Mereka telah berjanji akan membantu antara satu sama lain untuk menawan semula hati bekas kekasih mereka, hanya untuk menemui cinta yang baru.

DAN BILA ESOK (1 - 19 TAMAT)

$
0
0
DAN BILA ESOK (TV3)
EPISOD: 20 Episod
MASA: 4 Petang
MULAI: 3 Septembar
HARI: Isnin - khamis
PELAKON: Rita Rudaini, Zamarul Hisham, Lia Natalia, Ikhwan, Karl Shafik, Sheila Mambo, Geofrey Williams.
Lagu tema,: Bila Harus Memilih - Siti Nurhaliza, Usah Berhenti - Dalila.



DOWNLOAD DAN BILA ESOK (TV3)
Dan Bila Esok Episod 01 = DOWNLOAD
Dan Bila Esok Episod 02 = DOWNLOAD
Dan Bila Esok Episod 03 = DOWNLOAD
Dan Bila Esok Episod 04 = DOWNLOAD
Dan Bila Esok Episod 05 = DOWNLOAD
Dan Bila Esok Episod 06 = DOWNLOAD
Dan Bila Esok Episod 07 = DOWNLOAD
Dan Bila Esok Episod 08 = DOWNLOAD
Dan Bila Esok Episod 09 = DOWNLOAD
Dan Bila Esok Episod 10 = DOWNLOAD
Dan Bila Esok Episod 11 = DOWNLOAD
Dan Bila Esok Episod 12 = DOWNLOAD
Dan Bila Esok Episod 13 = DOWNLOAD
Dan Bila Esok Episod 14 = DOWNLOAD
Dan Bila Esok Episod 15 = DOWNLOAD
Dan Bila Esok Episod 16 = DOWNLOAD
Dan Bila Esok Episod 17 =DOWNLOAD
Dan Bila Esok Episod 18 = DOWNLOAD
Dan Bila Esok Episod 19 (TAMAT) =DOWNLOAD
Kredit: kepalabergetar



SINOPSIS DAN BILA ESOK (TV3)
Dan Bila Esok, mengisahkan seorang isteri yang sanggup berkorban membenarkan suaminya berkahwin lain.

Syafiera lakonan Rita Rudaini sanggup benarkan suaminya Firdaus lakonan Zamarul berkahwin dengan wanita lain demi kebahagiaan bersama.


Ramai yang cemburu kepada mereka- bahagia dan kaya.Berlakulah pergolakan untuk memisahkan mereka dan perebutan harta.

BINI BINIKU PERKASA (DOWNLOAD)

$
0
0
BINI BINIKU PERKASA (TV3)
MULAI: 3 September 2012.
HARI: Setiap hari Isnin
MASA: 9.00 malam
SLOT: Aksi TV3.
EPISOD: 13 episod
PELAKON: Intan Ladyana, Fadzil Zahari, Yana Samsudin & Fezrul Khan


DOWNLOAD BINI BINIKU PERKASA
Bini Biniku Perkasa Episod 01 = DOWNLOAD
 
Bini Biniku Perkasa Episod 02 = DOWNLOAD 
Bini Biniku Perkasa Episod 03 = DOWNLOAD
Bini Biniku Perkasa Episod 04 = DOWNLOAD
Bini Biniku Perkasa Episod 05 = DOWNLOAD
 Bini Biniku Perkasa Episod 06 = DOWNLOAD
Bini Biniku Perkasa Episod 07 = 
Bini Biniku Perkasa Episod 08 = 
Bini Biniku Perkasa Episod 09 =
Bini Biniku Perkasa Episod 10 =
Bini Biniku Perkasa Episod 11 =
Bini Biniku Perkasa Episod 12 =
Bini Biniku Perkasa Episod 13 (TAMAT) =
   Kredit: ddmf

 SINOPSIS BINI BINIKU PERKASA (TV3)
Drama ini diadaptasi dari filem Bini-Biniku Gangster. Mengisahkan tentang Manja (Yana Samsudin) yang terpaksa menolak lamaran Hairi (Fezrul Khan) kerana berasal dari keluarga gangster. Berkat usaha adik Manja, Eddie (Nizam Zaidi), akhirnya Manja dan Hairi berbaik semula dan berkahwin. Rumah tangga mereka mula bergolak apabila Din Unta (Fadzil Zahari) cuba membunuh ayah Manja untuk merampas kuasa. Manja terpaksa campur tangan.

Dari dulu Manja tidak suka dengan pekerjaan serta cara hidup ayahnya. Dia telah meninggalkan keluarganya dan membuka kedai bunga. Namun, atas amanat arwah ibunya, Manja bersetuju untuk kembali ke pangkuan keluarga demi menjaga ayah dan adik lelakinya, Eddie. Manja sering menyerahkan semua tugas kepada adiknya tetapi Eddie merupakan seorang lelaki yang berjiwa sensitif dan mudah tersentuh hatinya. Oleh itu, Manja terpaksa bertindak sebagai ketua dan bersiap sedia menentang musuh ayah dan adiknya.
Selepas ayah Manja diserang oleh Din Unta sehingga mengakibatkan dia koma, Manja bukan sahaja perlu berdepan dengan pelbagai masalah yang dicetuskan oleh Din Unta tetapi juga kemelut rumah tangganya apabila Hairi tidak memahami keadaannya. Hairi bersikap dingin terhadap Manja kerana kecewa dengan penglibatan Manja dalam kegiatan gangster dan juga kemungkinan yang Manja mandul.

Demi cintanya pada Hairi, Manja telah melamar Riana (Intan Ladyana) untuk menjadi isteri kedua kepada suaminya. Manja berharap Riana mampu memberi zuriat kepada Hairi, sekaligus menyelamatkan kemelut perkahwinan mereka.

Riana yang berperwatakan lembut merupakan seorang feminis yang selalu mahu membuktikan kemampuan dirinya yang boleh bersaing dengan abangnya, Ringgo. Riana menganggap ayahnya lebih menyayangi anak lelaki dan tidak mempercayai kebolehannya. Apa yang Riana tidak tahu adalah sebenarnya ayahnya terlibat dalam kegiatan gangster dan merupakan musuh ketat kepada ayah Manja. Riana yang pada mulanya menurut arahan ayahnya untuk mendekati Hairi akhirnya jatuh hati dengan sikap penyayang Hairi.

Din Unta mula goyah dengan pengaruh Manja dan semakin terdesak untuk menghapuskannya. Akhirnya, Din Unta bersubahat dengan Ringgo untuk menculik Hairi. Apakah yang akan berlaku seterusnya? Jangan ketinggalan untuk menyaksikan “Bini-Bini Perkasa” menerusi slot Aksi, bermula 3 September 2012 setiap hari Isnin jam 9.00 malam bagi mengetahui kesudahannya.

TRILOGI CINTA 2 (DOWNLOAD)

$
0
0


TRILOGI CINTA 2

MULAI: 6 september 2012,
HARI: setiap khamis dan jumaat
MASA: 10 malam.
PELAKON: Rosyam Nor, Fouziah Ghous,Rita Rudaini, Siti Fazurina,Yus Waisar, Rebecca Nur Islam




DOWNLOAD TRILOGI CINTA 2 (DOWNLOAD)

Trilogi Cinta Episod 01 = DOWNLOAD
Trilogi Cinta Episod 02 = DOWNLOAD
Trilogi Cinta Episod 03 = DOWNLOAD
Trilogi Cinta Episod 04 = DOWNLOAD
Trilogi Cinta Episod 05 = DOWNLOAD
Trilogi Cinta Episod 06 = DOWNLOAD
Trilogi Cinta Episod 07 = DOWNLOAD
Trilogi Cinta Episod 08 = DOWNLOAD
Trilogi Cinta Episod 09 =
Trilogi Cinta Episod 10 =
Trilogi Cinta Episod 11 =
Trilogi Cinta Episod 12 =
Trilogi Cinta Episod 13 =
kREDIT: KEPALABERGETAR



SINOPSIS TRILOGI CINTA 2 (DOWNLOAD)
Kesinambungan kisah rumahtangga Norjinah dengan Razif.Hubungan Norjinah dan Razif diuji sekali lagi.

Razif dan Norjinah - waktu mencemburui kebahagiaan mereka. Konflik rumah tangga yang membadai tidak pernah surut. Razif kecewa, Norjinah ada lelaki lain. Adakah kerana dia sudah tua, maka Norjinah beralih kasih pada yang muda? Kalau begituï, dia pun mampu pasang dua! Retak seribu hati Norjinah dituduh curang oleh si suami. Kasihnya pada lelaki kedua hanya sekadar lakonan, sedangkan di hatinya cuma ada satu nama. Razif! Tapi mengapa Razif sanggup menduakannya?



"Siapa yang cintakan Ji tak penting, bang. Siapa yang Ji cinta, itu yang penting."

Norseha dan Badrul- hidup mereka terus berantakan. Norseha benci dengan kelahiran Lukman. Jangankan mahu pegang, pandang pun tak sudi. Hiba hati Badrul melihat Lukman seperti yatim piatu disisih ibu sendiri. Pada Norseha, Lukman anak yang tidak dikehendaki. Berkali-kali dia minta diceraikan. Tapi, Badrul bukan dayus. Kesabarannya semata-mata kerana Lukman.

"Aku sudah menghampakan dia hanya kerana mahu berkorban untuk Norseha. Sayangnya pengorbanan itu tidak mendapat penghargaan sewajarnya. Apakah aku akan lebih dihargai apabila memilih Sharifah Yasmin?"

MIMPI CINDERELLA (DOWNLOAD)

$
0
0
MIMPI CINDERELLA (TV3)
SLOT: Lestary
HARI: setiap malam Selasa
MASA: 9 MALAM




DOWNLOAD MIMPI CINDERELLA (TV3)
Mimpi Cinderella Episod 01 = DOWNLOAD
Mimpi Cinderella Episod 02 = DOWNLOAD
Mimpi Cinderella Episod 03 = DOWNLOAD
Mimpi Cinderella Episod 04 =
Mimpi Cinderella Episod 05 =
Mimpi Cinderella Episod 06 =
Mimpi Cinderella Episod 07 =
Mimpi Cinderella Episod 08 =
Mimpi Cinderella Episod 09 =
Mimpi Cinderella Episod 10 =
Mimpi Cinderella Episod 11 =
kredit: kepalabergetar


SINOPSIS MIMPI CINDERELLA (TV3)
Tamat pengajian, Saleha sukar mendapatkan pekerjaan. Ibu tiri , Karimah. sentiasa membebel menganggap Saleha menjadi beban dan tidak tahu membantu.Dituduh pemalas, dan menyusahkan keluarga,Saleha mahu lari dari keadaan yang dilalui. Hutang bapanya Basir bertimbun-bukan untuk membiayai pengajiannya sebaliknya memenuhi permintaan-permintaan pelik Karimah yang mahu hidup mewah.Karimah banyak mengumpul barang kemas dan duit pemberian Basir, tetapi kedekut untuk membelanjakannya. Kemewahan dilimpahkan kepada dua anak kandungnya Azira dengan Zarita. Kemanjaan berlebihan Karimah,membuat Azira dengan Zarita suka berpoya-poya.

Basir menegur sikap Karimah.Tetapi Karimah kalah dengan rayuan anak-anaknya. Saleha mendapat berita gembira mendapat pekerjaan sebagai pembantu peribadi. Majikannya Lorna, seorang anak hartawan yang memiliki beberapa jenis perniagaan.Lorna seorang gadis yang sangat kasar dan garang.Dengan sikap panas barannya, termasuk Saleha pembantunya sudah berjumlah sebelas orang.Saleha bukan dilayan sebagai pembantu peribadi,tetapi mengalahkan orang gaji.

Saleha bekerja di rumah dan juga di pejabat Lorna. Saleha menangis pada hari pertama bekerja kerana ditengking di depan kakitangan pejabat.Bagi pekerja Lorna,hal itu biasa dan menyanga Saleha tidak akan lama bekerja di sana. Mujur Saleha mempunyai sikap sabar yang tinggi. Dia terpaksa melayani kerenah Lorna yang dianggap sesetengah pekerja mengalami sakut mental.

Tetapi nenek Lorna,Hajah Ashidah sangat baik. Hajah Ashidah membesarkan Lorna sejak kematian ibu Lorna. Bapa Lorna, Sabri sering berulang alik ke luar Negara menguruskan perniagaan. Begitu juga adiknya Emir yang sedang menyambung pengajian di luar Negara. Bukan asing bagi Saleha apabila Lorna menunjukkan kemarahan kepada siapa sahaja, malah kepada tunangnya Haikal. Haikal sangat menyintai Lorna walaupun sikap Lorna yang panas baran itu.

Ada kalanya Haikal menerima kemarahan Lorna dengan senyuman sahaja.Saleha pelik kerana Haikal sepeti tidak mempunyai sifat pemarah. Dan sikapnya berlawanan sekali dengan Lorna.Dan Lorna sangat sayangkan Haikal dan sentiasa cemburu dengan sikap ramah Haikal kepada orang lain.

Melihat kebaikan Hajah Ashidah, Saleha setuju tinggal bersama di rumah Lorna. Hjah Ashida mula menganggap Saleha cucu sendiri.Tetapi Lorna tetap mahu ada batas antara mereka. Kerap Saleha menangis dimarah Lorna dan Haikal selalu ada memujuk dan menyabarkan Saleha.Sekalgus meminta maaf bagi pihak Lorna.Kebaikan Haikal membuatkan Saleha selalu berangan-angan mempunyai teman lelaki sebaik Haikal.

Haikal seorang yang bersifat terbuka. Dia melayan para pekerja seperti keluarga sendiri.Pada mulanya Lorna tidak pernah mencemburui Saleha kerana yakin cinta Haikal hanya untuknya. Bagaimanapun dia mulai menyedari apabila Haikal selalu minta Lorna mencontohi tingkah laku Saleha yang lemah lembut dan dapat bersabar.
Lorna sebaliknya menganggap Saleha bukan saingannya. Haikal juga mengangap Saleha adiknya sendiri dan selalu bergurau jika mereka berjumpa. Hajah Ashidah memberi amaran kepada Lorna supaya berubah, atau Haikal mungkin akan jatuh hati kepada Saleha. Lorna tidak hiraukan amaran Hajah Ashidah sebaliknya melayan Saleha seperti biasa.

Kepulangan Emir membuat suasana rumah lebih berubah.Jika sebelum ini hanya seorang yang memberi arahan, kini Saleha terpaksa melayan kerenah dua orang yang berperangai sama.Emir lebih ego dan panas baran berbanding Lorna. Sejak kecil memiliki jiwa pemberontak kerana Basir suka mengawal semua tindakannya. Dia diberi kemewahan tetapi bukan kasih sayang dan perhatian.

Hari pertama sampai di rumah, Emir menganggap Saleha orang gaji. Dia meminta Saleha menyediakan semua keperluannya, mengemas biliknya mengikut citarasanya dan menyediakan makanan mengikut seleranya. Lorna dengan Emir kerap bertengkar dan berebut khidmat Saleha. Hajah Ashidah mahu Emir lebih sopan dan menghormati bidang tugas Saleha yang lebih kepada melayan Lorna. Emir sanggup membayar gaji Saleha lebih tinggi daripada yang dibayar oleh Lorna.Lorna pula tidak akan melepaskan Saleha menjadi pembantu peribadi Emir.

Saleha jatuh cinta pandang pertama kepada Emir.Dia hairan,dengan sikap sombong Emir dia boleh jatuh cinta kepada pemuda itu.Lantas dia dengan senang hati mengikut apa sahaja arahan Emir walaupun dilarang Lorna dan Lorna kerap mengingatkannya.

Emir pula tetap memandang rendah kepada Saleha. Gadis kampong bukan citarasanya.Sikap naïf Saleha, membuatkan Emir menganggap Saleha boleh diperbodohkan. Namun sebagai gadis terpelajar, Emir selalu meminta pendapat Saleha untuk melaksanakan tugas disyarikat bapanya.Malah Saleha banyak menyelesaikan masalah Emir. Namun Emr tidak pernah menghargai apa yang dilakukan Saleha, sebaliknya menganggap ia kebijaksanaannya sendiri mencari jalan penyelesaian.

Hajah Ashidah memerhatikan keadaan Saleha.Hajah Ashidah tahu Saleha terseksa dengan karenah cucu-cucunya. Hajah Ashidah mencadangkan Saleha berhenti kerja memandangkan Lorna juga akan melangsungkan perkahwinannya dengan Haikal tak lama lagi. Saleha masih mampu bertahan kerana perasaan cintanya kepada Emir.
Beberapa minggu menjelang hari perkahwinan Lorna. Lorna menyedari kemesraan Haikal dengan Saleha. Lorna menyangka Haikal jatuh cinta kepada Saleha. Haikal menjelaskan yang cintanya hanya kepada Lorna dan menganggap Saleha seperti adik. Namun perasaan cemburu Lorna semakin meluap kepada Saleha. Lorna mengamuk dan membaling Saleha dengan kasut pengantinnya. Lorna memang tidak sukakan kasut itu dan mahu Saleha membuangnya.

Tetapi hatinya sedang sakit, Lorna ambik kesempatan membaling Salhea dengan kasut itu. Merasa sayang dengan kasut yang cantik itu, Saleha menyimpannya dan akan membaiki bahagian yang rosak.Saleha berangan-angan untuk memakai kasut itu pada hari perkahwinannya. Saleha menyimpan kasut itu di dalam biliknya.

Menjelang hari perkahwinannya ,Lorna tidak mahu Saleha bekerja dengannya lagi. Lorna memecat Saleha. Emir pula menawarkan Saleha untuk bekerja dengannya. Bagaimanapun Saleha menolak.Dia mahu melupakan Emir yang dianggapnya tidak akan jatuh cinta kepadanya. Ketika berkemas barangnya untuk balik ke kampong, Saleha tidak perasan sebelah kasutnya terjatuh ke bawah katil. Dia hanya memasukkan kotak yang berisi sebelah kasut ke dalam beg pakaian.

Saleha meninggalkan rumah Lorna membawa pelbagai kenangan. Rindu kepada kemesraan Hajah Ashidah dan kebaikan Haikal membuatkan dia sedih. Namun lebih menyeksa apabila berasa sangat rindukan Emir. Emir juga terasa ketiadaan Saleha. Dia berasa sunyi selepas Lorna berkahwin.Pembantu peribadi barunya tidak sesuai dengan jiwanya, lantas dia mengambil pembantu peribadi lelaki.

Kenangan dengan Saleha sentiasa amenjerat perasaan Emir. Bagaimanapun Emir cuba menafikan kerana gadis kampong itu memang tidak sesuai untuknya.Tetapi banyak pertanyaan kepada Hajah Ashidah tentang Saleha membuatkan Hjh Ashidah yakin Emir sudah jatuh cinta kepada Saleha.
Di kampung, Saleha terpaksa berdepan dengan kerenah dan maki hamun ibu tirinya. Amat mengejutkan apabila dia menyedari hanya membawa sebelah kasutnya sahaja.Adik-adik tirinya mengejak Saleha setiap kali Saleha merenung kasut tersebut. Zarita berkata Saleha berangan-angan hendak menjadi Cinderella dan sedang menunggu putera impian membawa sebelah kasutnya.

Karimah pula menghalau Saleha untuk mencari pekerjaan kerana sumber kewangannya sudah tiada.Selama ini Saleha memberinya banyak wang dan kemewahan. Bapanya pula sudah tidak berdaya untuk bekerja.

Akhirnya Saleha kembali ke Bandar untuk mencari pekerjaan. Dengan bantuan kawan-kawan yang dikenali,dia menghadiri beberapa interview. Ketika dibandar, dia ternampak Emir bertengkar dengan seorang gadis. Saleha kecewa kerana Emir sudah ada teman wanita. Bagaimanapun Saleha terkejut apabila teman wanita Emir cuba melanggar Emir dan Saleha bertindak menolak Emir ke tepi untuk mengelakkan kena langgar.

THE GANGSTER - ANTAPAL

$
0
0
 

FILEM: The Gangster - Antapal (Thai)
ARAHAN: Kongkiat Khomsiri
PELAKON: Krissada Sukosol Clapp, Somchai Khemklad, Kritsada Suphapphaphrom, Sakrin Suthammasamai
GENRE: Aksi
TAYANGAN: 11 Oktober 2012



SINOPSIS THE GANGSTER - ANTAPAL
The Gangster - Antapal mengisahkan kehidupan kumpulan gengster sekitar 1950-an sehingga 1960-an di Bangkok. Jod ialah gengster yang disumbat ke penjara selepas cuba menentang sekumpulan anggota keselamatan yang menguasai jalanan.




Selepas keluar penjara, Jod berjanji mengubah senario kejiranannya tapi terpaksa kembali ke dunia gengster untuk mengubahnya



SAIFUL NITA (DOWNLOAD)

$
0
0
SAIFUL NITA (TV3)
MULAI: 4 Spetember 2012,
HARI: setiap Selasa & Rabu (10.30 malam) dan hari Khamis(9.30 malam)
EPISOD: 25 Episod
PELAKON: Aidil Aziz, Kilafairy, Linda Hashim, Arash Mohd, Mariah Faridah, Dato’ Jalaludin Hassan, Hamidah Wahab, Fauzi Nawawi dan Syura.
OST LAGU TEMA = Ku pilih hatimu by Ussy feat Andika Pratama





DOWNLOAD SAIFUL NITA
Saiful Nita Episod 01 = DOWNLOAD
Saiful Nita Episod 02 = DOWNLOAD
Saiful Nita Episod 03 = DOWNLOAD
Saiful Nita Episod 04 = DOWNLOAD
Saiful Nita Episod 05 = DOWNLOAD
Saiful Nita Episod 06 = DOWNLOAD
Saiful Nita Episod 07 = DOWNLOAD
Saiful Nita Episod 08 = DOWNLOAD
Saiful Nita Episod 09 = DOWNLOAD
Saiful Nita Episod 10 = DOWNLOAD - 25 sep 2012
Saiful Nita Episod 11 = DOWNLOAD
Saiful Nita Episod 12 = DOWNLOAD
Saiful Nita Episod 13 = DOWNLOAD
Saiful Nita Episod 14 = DOWNLOAD
Saiful Nita Episod 15 = DOWNLOAD
Saiful Nita Episod 16 = DOWNLOAD
Saiful Nita Episod 17 = DOWNLOAD
Saiful Nita Episod 18 =
Saiful Nita Episod 19 =
Saiful Nita Episod 20 =
Saiful Nita Episod 21 =
Saiful Nita Episod 22 =
Saiful Nita Episod 23 =
Saiful Nita Episod 24 =
Saiful Nita Episod 25 (TAMAT) =
Kredit: kepalabergetar




SINOPSIS SAIFUL NITA
Kisah ‘Saiful Nita’ bermula apabila Saiful (Aidil Aiziz) disatukan oleh bapanya dengan anak perempuan Tan Sri Sulaiman, Nita (Kilafairy) yang mempunyai sikap suka memberontak dan berfoya-foya. Tujuan bapa Saiful, Datuk Mahmud menyatukan Saiful dan Nita kerana dia ingin mengambil kesempatan di atas kekayaan yang dimilik oleh keluarga Tan Sri Sulaiman.

Setelah genap sebulan bertunang, Nita mula menuntut agar Saiful memutuskan pertunangan mereka. Bagaimanapun Saiful enggan memutuskan tali pertunangan mereka sehinggalah Saiful bertemu dengan seorang wanita yang baik hati bernama Netty.

Sementara itu, Nita yang sedang menjalinkan hubungan dengan Doktor Effendi, telah mendapat satu tamparan hebat apabila dia ditinggalkan oleh kekasihnya. Nita juga mengalami gangguan jiwa dan sering bertindak di luar kawalan. Sebagai ‘tunang’, Saiful bersimpati dengan nasib Nita dan sering berada di sisi Nita. Saiful sanggup melakukan apa sahaja untuk menggembirakan Nita.

Nita mula sedar bahawa Saiful merupakan seorang lelaki yang baik dan dia tidak seharusnya melepaskan lelaki sebaik itu. Nita mula menyukai Saiful. Akan tetapi di dalam hati Saiful kini sudah ada nama wanita lain iaitu Netty.

Masih wujudkah lagi perasaan sayang Saiful terhadap Nita? Siapakah menjadi pilihan hati Saiful? Adakah Nita wanita yang pernah meranapkan perasaannya atau Netty wanita yang memahaminya?

EVOLUSI KL DRIFT (DOWNLOAD)

$
0
0

EVOLUSI KL DRIFT (TV2)
MULAI: 4 Oktober 2012,
HARI: setiap Khamis,
MASA: 9.00 malam
EPISOD: 26 episod
PELAKON: Syamsul Yusof, Puteri Sarah Liyana, Zain Saidin, Zach (X-Factor), Ridzuan Hashim dan Ammar Alfian Aziz, Aaron Aziz





DOWNLOAD EVOLUSI KL DRIFT
Evolusi KL Drift Episod 01 = DOWNLOAD
Evolusi KL Drift Episod 02 =
Evolusi KL Drift Episod 03 =
Evolusi KL Drift Episod 04 =
Evolusi KL Drift Episod 05 =
Evolusi KL Drift Episod 06 =
Evolusi KL Drift Episod 07 =
Evolusi KL Drift Episod 08 =
Evolusi KL Drift Episod 09 =
Evolusi KL Drift Episod 10 =
Evolusi KL Drift Episod 11 =
Evolusi KL Drift Episod 12 =
Evolusi KL Drift Episod 13 =
Evolusi KL Drift Episod 14 =
Evolusi KL Drift Episod 15 =
Evolusi KL Drift Episod 16 =
Evolusi KL Drift Episod 17 =
Evolusi KL Drift Episod 18 =
Evolusi KL Drift Episod 19 =
Evolusi KL Drift Episod 20 =
Evolusi KL Drift Episod 21 =
Evolusi KL Drift Episod 22 =
Evolusi KL Drift Episod 23 =
Evolusi KL Drift Episod 24 =
Evolusi KL Drift Episod 25 =
Evolusi KL Drift Episod 26 (TAMAT) =




SINOPSIS EVOLUSI KL DRIFT
Evolusi KL Drift adalah paparan kehidupan remaja yang mencari hala tuju identiti membawa kepada asimilasi rasa yang berupaya menjerumuskan mereka ke dalam perubahan yang ketara diterajui dua watak utama Zack dan Sham, dua nama yang sinonim dengan istilah keakraban. Hubungan sebagai dua sahabat karib yang sama-sama berkongsi hobi dan minat dalam bidang perlumbaan kereta drift.

Kelazimannya bidang perlumbaan kereta drift didominasi oleh golongan maskulin tetapi ianya tidak menghalang Fasha, teman wanita Zack untuk memecahkan monopoli itu dan menjadikannya sebagai hobi yang dikira ‘daring’ dan agresif.

Rentetan daripada sejarah kehidupan Fasha yang telah mengakibatkan krisis identitinya mendorong Zack lebih bersikap protektif terhadap pergaulan Fasha. Perjalanan kehidupan Fasha telah dikongkong bagi menghalangnya daripada bergaul semula dengan golongan yang pernah menjerumuskan Fasha ke lembah yang tidak sihat.

Dalam kesibukan melegakan pergolakan Zack dan Fasha, rupa-rupanya dalam diam dan tanpa disedari telah lagir cinta dalam diri Sham terhadap Fasha. Namun perasaan itu terpaksa diketepikan kerana tidak mahu merosakkan hubungan akrabnya dengan Zack.

Di sebalik kekalutan ini, Joe dan Karl rasa tercabar apabila kegiatan mereka dalam menjerumuskan anak-anak muda yang meminati bidang lumba kereta drift ke alam yang mengkhayalkan dihalang oleh Zack dan rakan-rakannya.

Maka bagi menyelesaikan masalah yang timbul antara Zack dan Joe mereka telah membuat keputusan untuk berlumba kereta yang dianggap sebagai satu ekspresi bagi melepaskan keegoan masing-masing.

Kongsikan babak dan aksi-aksi menarik dan penuh mencabar ini hanya di TV2.

JULIA (DOWNLOAD)

$
0
0
JULIA (TV3)
MENGANTIKAN DRAMA: KAU YANG TERINDAH (TV3)
MULAI: 24 September 2012,
HARI: setiap hari Isnin hingga Khamis
MASA: 7.00 malam.
PELAKON: Fauziah Ghous, Fizo Omar dan Nabila Huda



 


DOWNLOAD JULIA (TV3)
Julia Episod 01 = DOWNLOAD
Julia Episod 02 = DOWNLOAD
Julia Episod 03 =DOWNLOAD
Julia Episod 04 =DOWNLOAD
Julia Episod 05 = DOWNLOAD
Julia Episod 06 =DOWNLOAD
Julia Episod 07 =DOWNLOAD
Julia Episod 08 =DOWNLOAD
Julia Episod 09 = DOWNLOAD
Julia Episod 10 = DOWNLOAD
Julia Episod 11 = DOWNLOAD
Julia Episod 12 =DOWNLOAD
Julia Episod 13 =
Kredit: kepalabergetar


SINOPSIS JULIA
Fauziah Ghous, Fizo Omar dan Nabila HudaAmir (lakonan Fizo Omar ) seorang yang agak nakal di sekolah, Amir telah ditangkap kerana merokok dan dikenakan hukuman rotan di hadapan guru-gurunya.

Amir juga ada hati dengan seorang gadis bernama Sofia lakonan Izreen Azminda, tetapi Sofia dengan selamba menolak cinta Amir, dan mengatakan dia tidak ada hati dengan Amir.

Sementara itu hubungan Amir dan Julia (lakonan Nabila Huda) semakin rapat, Julia berjaya merubah diri Amir dan Amir mulai menumpukan pelajarannya di sekolah.

seterusnya…

DARJAT (DOWNLOAD)

$
0
0
DARJAT (TV3)
MASA: 4 Petang
MULAI: october
HARI: Isnin - khamis



DOWNLOAD DARJAT (TV3)
Darjat Episod 01 = DOWNLOAD
Darjat Episod 02 = DOWNLOAD
Darjat Episod 03 = DOWNLOAD
Darjat Episod 04 = DOWNLOAD
Darjat Episod 05 = DOWNLOAD
Darjat Episod 06 =
Darjat Episod 07 =
Darjat Episod 08 =
Darjat Episod 09 =
Kreadit: kepalabergetar







SINOPSIS DARJAT (TV3)
Darjat drama terbaru menggantikan Dan Bila Esok di Slot Azalea. Lakonan Syazwan Zulkifli, Talha Harith dan Ika Nabila. Sinopsis Darjat, mengisahkan tentang Haziq (Syazwan Zulkifli) yang merupakan remaja yang menghadapi dilema kehidupan yang menuntut pengorbanannya sebagai seorang anak. Haziq yang berasal dari sebuah keluarga yang susah terpaksa menyara keluarganya dengan membawa teksi.

Berbeza dengan Karina (Ika Nabila) yang merupakan anak orang kaya kepada Mansor dan Rosmah. Walaupun berada dalam keluarga yang berharta namun kehidupan Karina sentiasa dikawal oleh ayahnya. Dia hanya dibenarkan berkawan dengan orang kaya anak orang berada sahaja. Jadi tidak hairanlah mengapa Karina sering ditemani oleh Maria dan Tini sahaja.

Apabila Maria dan Tini keluar bersama buah hati mereka, Karina berasa amat bosan dan ketika mereka menonton wayang beramai-ramai, Karina membuat keputusan untuk pulang sendirian menaiki teksi. Sewaktu perjalanan pulang, beberapa orang lelaki yang di ketuai oleh Ghaz (Talha Harith) mahu menculik Karina dan kebetulan ketika itu Haziq berada di situ. Lantas Haziq menghulurkan bantuan dan kemudiannya berlakulah pertempuran di antara Haziq dan Ghaz.

Karina berasa terhutang budi dengan Haziq dan meminta ayahnya mengambil Haziq sebagai pemandu peribadinya. Tambahan pula Haziq merupakan rakan Karina ketika di sekolah dahulu. Mansor walaupun terkenal dengan sikap kedekutnya terpaksa akur dengan kehendak Karina demi keselamatan anaknya. Maka bermulalah tugas baru Haziq sebagai pemandu peribadi Karina.

Pertemuan demi pertemuan, akhirnya Haziq dan Karina dilamun cinta. Namun cinta mereka tidak direstui oleh Mansor kerana Haziq tidak setaraf dengan keluarga mereka. Di rumah Karina dikurung di dalam biliknya kerana Mansor tidak mahu anak gadisnya bertemu dengan Haziq. Mansor telah memasang hajat untuk mengahwinkan Karina dengan Ghaz. Tetapi mengapa Ghaz, yang pernah cuba menculik Karina sebelum ini? Siapakah Ghaz sebenarnya? Adakah kuasa cinta sejati Haziq cukup untuk membebaskan Karina daripada cengkaman bapanya? Untuk mengetahui apa yang bakal berlaku seterusnya jangan lupa untuk membuat temu janji anda bersama drama terbitan Primeworks Studios ini, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 4.00 petang hanya di TV3!

Penonton yang terlepas menyaksikan ‘JULIA’ & ‘DARJAT’ boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my dan juga layari Facebook & Twitter tv3malaysia untuk mendapatkan berita terkini.

SOFAZ THE MOVIE JIWA KACAU (DOWNLOAD)

$
0
0
FILEM: Sofaz The Movie ‘Jiwa Kacau’
ARAHAN: Tauke Raja Lawak dan Isma Af7
PELAKON: Kumpulan Sofazr, Hamid Gurkha, Herman Tino, Jeff Sepah-tu, Mamat Sepah, Saiful Apek, Yassin, Adda Butterfly dan Leez AF.
GENRE: Komedi
TAYANGAN: 27 September 2012







DOWNLOAD SOFAZ THE MOVIE JIWA KACAU
Rapidshare = DOWNLOAD
Kredit: jieazz



SINOPSIS SOFAZ THE MOVIE JIWA KACAU
Sofazr The Movie Jiwa Kacau, mengisahkan sekumpulan anak muda yang menggelarkan diri mereka Sofazr, mereka terlalu sibuk dengan pertunjukan pentas sehingga pada suatu hari mereka mengadu kepada pengurus mereka iaitu Zack (Zul2by2) bahawa mereka kepenatan dan zack telah membeli ubat trtadisional dari Pak Mastur (Hamdan Senario) dengan harapan dapat mengubati keletihan mereka,

Tetapi malangnya setelah mereka meminum ubat tersebut mereka telah pun hilang ingatan serta mengganggu ketenteraman awam dan mengakibatkan mereka di hantar ke Pusat Pemulihan yang di beri nama “Pusat pemulihan jiwa kacau” di sinilah mereka berjumpa dengan Apong (Saiful Apek), Kudin (Yassin Senario), Remy (Tauke jambu), Bob (Jepp Sepahtu), Ar Badul (Dr Bada), Pak Abu (Hamid Gurkha) Attendan Kulai (Mamat Sepah), Attendan Ilya (Ilya Senario), Wak Herman (Herman Tino) dan ramai lagi,

Bermacam-macam peristiwa dan kekecohan yang berlaku sepanjang mereka di pusat pemulihan jiwa kacau ini, Zack dan Wangi (Leez Af) berusaha untuk mencari ubat bagi mengembalikan ingatan mereka adakah mereka semua berjaya dipulihkan? Sama-sama kita nantikan kemunculan filem ini yang tidak siuman di pawagam seluruh negarayang bakal di tayangkan serentak di seluruh negara pada 27 September 2012.

TAKEN 2 (DOWNLOAD)

$
0
0
FILEM: Taken 2
ARAHAN: Olivier Megaton
PELAKON: Liam Neeson, Famke Janssen dan Maggie Grace.
GENRE: Aksi
TAYANGAN: 2 Oktober 2012




DOWNLOAD TAKEN 1 (2008)
RAPIDSHARE = PART1, - PART2
kredit: ddmf



SINOPSIS TAKEN 2

Filem kedua ini menyaksikan bekas ejen perisik, Bryan Mills (Neeson) kembali ke Los Angeles dan menjalani kehidupan seperti orang biasa.

Bermain golf, mengajar anak gadisnya memandu, memburu dan pada masa sama cuba mengenali lebih rapat teman lelaki anak gadisnya.

Satu hari, bekas isteri Bryan ditipu suami barunya yang merancang untuk bercuti. Untuk menghilangkan rasa sedih dan bosan, Bryan mengajak bekas isteri dan anak gadisnya bercuti ke Istanbul.

Di sana, Bryan tanpa disedari diburu sekumpulan penjahat yang ingin membalas dendam selepas kelibatnya disedari.
 

OJAKGYO FAMILY (TV2)

$
0
0

OJAKGYO FAMILY (TV2)
MULAI: 10 Oktober
SLOT: Kristal di TV2.
HARI: setiap Isnin hingga Rabu,
MASA: 5.00 petang.
PELAKON: Kim Yong-Rim, Baek Il-Seob, Kim Ja-Ok, Jeong Woong-In, Ryu Su-Young, Joo Won, Yeon Woo-Jin, Lee Young-Ha dan Jo Mi-Lyeong



SINOPSIS OJAKGYO FAMILY (TV2)
Ojakgyo Family berkongsi kisah sebuah keluarga dari ladang Ojakgyo di Korea Selatan. Keluarga besar Ojakyo terdiri daripada seorang nenek, sepasang suami isteri dan empat orang anak mereka yang telah pun dewasa.

Hwang Chang Sik merupakan ketua keluarga juga seorang bapa yang bertanggungjawab menguruskan ladang Ojakyo. Ibunya Kim Yong Rim dan isterinya, Kim Ja Ok adalah wanita yang penyayang dalam keluarga. Mereka dikurniakan empat orang lelaki yang berbeza usia dan miliki sikap yang berbeza.


Anak sulong mereka, Tae Sik bekerja sebagai ahli terapi fizikal manakal Tae Bum pula bekerja sebagai wartawan penyiaran. Anak bujang mereka yang ketiga bernama Tae Hee berstatus seorang detektif dan anak yang bongsu, Tae Pil sedang mencari pekerjaan yang dirasakan sesuai dengan jiwanya.

Mereka sekeluarga menjalani kehidupan yang amat sempurna sebagai sebuah keluarga yang bahagia dan harmonis. Namun segalanya berubah apabila pada suatu hari, mereka dikejutkan dengan kemunculan lelaki bernama Baek In Ho.

Kehadiran Hwang membongkar rahsia yang selama ini disembunyikan oleh Hwang daripada seluruh ahli keluarganya. Kira-kira 10 tahun yang lalu, Hwang pernah menyewa ladang Ojakgyo dari Baek In Ho dan menukar kembali namanya pada surat perjanjian harta agar dia boleh mengelak dari membayar hutang.

Ahli keluarga yang lain tidak mengetahui tentang perjanjian itu dan menyangka bahawa ladang tersebut milik mereka sekeluarga.Apakah nasib keluarga Hwang setelah mengalami konflik yang berlaku? Mampukah Hwang menyelamatkan keadaan dan masa depan keluarganya?

Kongsikan babak-babak menarik ikatan kekeluargaan yang berdepan cabaran ini hanya di TV2.




ADAM DAN HAWA (DOWNLOAD)

$
0
0


ADAM DAN HAWA (ASTRO)

SALURAN TV: Mustika HD
HARI: setiap hari Isnin hingga Khamis
MULAI: 27 Ogos ini
MASA: 10 Malam
PELAKON: Aoran aziz
EPISOD : 80 Episod



OST LAGU TEMA ADAM DAN HAWA (ASTRO)
  1. Muara Hati - Hafiz & Dato Siti Nurhaliza
  2. Ratu Dihatiku - Triad
  3. Dia yang Kau Pilih - Shahir
  4. Pendam - Shahir
  5. Aku Yang Berdosa - Shahir
  6. Inilah Cinta (Akustik) - Akim
  7. Yang Lalu Biarlah Berlalu - Bunga Cinta Lestary

DOWNLOAD ADAM DAN HAWA 

Adam dan Hawa Episod 1 - 10


Adam dan Hawa Episod 01 = DOWNLOAD
Adam dan Hawa Episod 02 = DOWNLOAD
Adam dan Hawa Episod 03 = DOWNLOAD
Adam dan Hawa Episod 04 = DOWNLOAD
Adam dan Hawa Episod 05 = DOWNLOAD - new
Adam dan Hawa Episod 06 = DOWNLOAD - new
Adam dan Hawa Episod 07 = DOWNLOAD - new
Adam dan Hawa Episod 08 = DOWNLOAD - new
Adam dan Hawa Episod 09 = DOWNLOAD - new
Adam dan Hawa Episod 10 = DOWNLOAD - new





Adam dan Hawa Episod 11 - 20

Adam dan Hawa Episod 11 =  DOWNLOAD - new
Adam dan Hawa Episod 12 =  DOWNLOAD - new
Adam dan Hawa Episod 13 = DOWNLOAD 
Adam dan Hawa Episod 14 = DOWNLOAD 
Adam dan Hawa Episod 15 = DOWNLOAD - new
Adam dan Hawa Episod 16 = DOWNLOAD
Adam dan Hawa Episod 17 = DOWNLOAD - new
Adam dan Hawa Episod 18 = DOWNLOAD (25 sep 2012)
Adam dan Hawa Episod 19 = DOWNLOAD
Adam dan Hawa Episod 20 = DOWNLOAD




Adam dan Hawa Episod 21 = DOWNLOAD
Adam dan Hawa Episod 22 = DOWNLOAD 
Adam dan Hawa Episod 23 = DOWNLOAD 
Adam dan Hawa Episod 24 = DOWNLOAD 
Adam dan Hawa Episod 25 = DOWNLOAD  
Adam dan Hawa Episod 26 = DOWNLOAD - new
Adam dan Hawa Episod 27 = DOWNLOAD

Adam dan Hawa Episod 28 = RAPIDSHARE - HOTFILE - MEDIAFIRE
Adam dan Hawa Episod 29 = isnin 15/10/2012
Adam dan Hawa Episod 30=
Adam dan Hawa Episod 31 =
Adam dan Hawa Episod 32 =
Kredit = kepalabergetar , ddmf,





SINOPSIS DRAMA ADAM DAN HAWA


Secara ringkas, Adam dan Hawa mengisahkan mengenai Ain Hawani atau Hawa, seorang remaja lepasan SPM yang berkerja sementara sebagai guru tadika di taman didikan kanak-kanak milik kakak kepada Adam Mukhriz. Hawa dan Adam telah berkenalan dan akhirnya berkawan.

Adam seorang lelaki kacak dan playboy yang bekerja sebagai juruterbang. Pada suatu hari Hawa dan Adam telah ditangkap basah selepas difitnah oleh seseorang yang mempunyai perasaan dengki terhadap hubungan mereka.

Hawa bagaimana pun tidak dapat boleh menerima ketentuan apabila dia dipaksa kahwin dengan Adam oleh keluarga. Hawa membenci Adam dan dia telah melanjutkan pelajaran ke luar Negara. Setelah pulang ke Malaysia, Adam masih mengharapkan cinta daripada isterinya itu, namun Hawa ego.



SINOPSIS VERSI NOVEL ADAM DAN HAWA

AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku.

Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela. Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.

Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam.

Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...

DENDAM SARAKIT (DOWNLOAD)

$
0
0
DENDAM SARAKIT (TV3)
MULAI: 27 September 2012,
HARI: setiap hari Khamis
MASA: 10.00 malam.
EPISOD: 13 episod
PELAKON: Fouziah Gous, Zain Hamid (Ruffedge), Sharifah Sakinah, Datin Noniswara, Namron, Dato’ Zamshuri Ramli, Adam Shah, Jaslin Puasa, Jobot, Ucop Cecupak dan Saiful Nizen.


 

DOWNLOAD DENDAM SARAKIT (TV3)
Dendam Sarakit Episod 01 = DOWNLOAD
Dendam Sarakit Episod 02 = DOWNLOAD
Dendam Sarakit Episod 03 = DOWNLOAD
Dendam Sarakit Episod 04 =
Dendam Sarakit Episod 05 =
Dendam Sarakit Episod 06 =
Dendam Sarakit Episod 07 =
Dendam Sarakit Episod 08 =
Dendam Sarakit Episod 09 =
Dendam Sarakit Episod 10 =
Dendam Sarakit Episod 11 =
Dendam Sarakit Episod 12 =
Dendam Sarakit Episod 13 (TAMAT) =


SINOPSIS DENDAM SARAKIT (TV3)

“Dendam Sarakit” mengisahkan cinta seorang isteri yang tidak kesampaian akibat dirogol dan dibunuh ketika suaminya, Rafiq pulang ke Kuala Lumpur melawat ibunya, Puan Mariam selepas beberapa bulan mereka berkahwin. Rafiq (Zain Hamid) ditugaskan oleh majikannya di sempadan Malaysia / Thailand. Dia telah bertemu dengan Sarakit (Fouziah Gous), seorang gadis berketurunan Siam. Walaupun hubungan cinta Rafiq dan Sarakit tidak direstui oleh ibu Rafiq, Puan Mariam (Datin Noniswara), mereka telah berkahwin dan berjanji untuk sehidup semati walaupun apa halangan yang datang.

Rafiq yang bimbang dengan keadaan isterinya yang sedang berbadan dua telah bergegas pulang. Puan Mariam kecewa dengan sikap anaknya yang ingkar dengan kehendaknya supaya meninggalkan Sarakit. Puan Mariam sanggup menggunakan khidmat bomoh dan berpakat dengan Dina (Sharifah Sakinah) untuk memisahkan Rafiq dan Sarakit. Dalam diam-diam, Dina telah mengikut Rafiq pulang.

Rafiq pulang ke pangkuan Sarakit tanpa menduga tragedi yang sudah menimpa ke atas Sarakit. Mereka menjalani hidup seperti biasa. Penduduk kampung digemparkan oleh beberapa kejadian aneh. Mereka sering terserempak dengan hantu tenggek. Pada waktu yang sama, perogol Sarakit didapati mati seorang demi seorang dalam keadaan yang mengerikan. Ramdi (Adam Shah) yang turut berada di tempat kejadian semasa Sarakit dirogol pada malam peninggalan Rafiq telah meninggalkan kampung kerana takut dengan hantu Sarakit.

Sementara itu, Puan Mariam juga diganggu oleh lembaga yang menyerupai wajah Sarakit. Dengan bantuan Ustaz Hambali (Dato’ Zamshuri Ramli), Puan Mariam berjaya dipulihkan malah Ustaz Hambali juga mendapat alamat bahawa sesuatu yang buruk telah berlaku pada Rafiq. Justeru, Ustaz Hambali telah pergi ke tempat tinggal Rafiq dan Sarakit.

Sejak kedatangan Ustaz Hambali, Sarakit sering kelihatan resah. Dia merayu kepada Rafiq agar Rafiq jangan berubah hati walaupun apa yang akan berlaku. Sarakit juga meminta agar Rafiq menjaga anak mereka dengan baik. Ustaz Hambali mendedahkan perkara sebenar kepada Rafiq bahawa Sarakit telah mati. Qarin Sarakit telah dipuja dan menguasai badan Dina untuk bersama Rafiq. Namun, demi cintanya kepada Sarakit, Rafiq berjanji akan terus tinggal bersama Sarakit sambil menunggu kelahiran anak mereka.

Ramdi muncul semula di kampung. Apakah Ramdi akan menceritakan kejadian rogol yang dilakukan oleh Jali, Keol, Gato dan Tat? Apakah pula kaitan Pak Bado dengan kematian Sarakit? Berjayakah Ustaz Hambali memisahkan Rafiq dan Sarakit serta memulihkan semangat Rafiq? Apakah yang akan terjadi kepada Dina?

Tonton “Dendam Sarakit” menerusi slot Seram, setiap hari Khamis jam 10.00 malam mulai 27 September 2012 bagi mengetahui kesudahannya.
Viewing all 1410 articles
Browse latest View live




Latest Images